Wednesday, May 1, 2013

Pesta Kaul Mukah 2013...



Kaul Mukah 2013 kini datang lagi.Tahun ini Pesta kaul Mukah berlangsung dari
24hb April hingga 28hb April 2013.Di sini saya ingin kongsikan foto suasana sepanjang
Pesta Kaul Mukah 2013 tersebut.

Di bawah ini adalah suasana semasa persiapan sebelum bermula pesta Kaul tersebut.
Kelihatan khemah-khemah telah siap didirikan tetapi belum siap sepenuhnya
kerana masih perlu dihias dengan daya kreativiti  masing-masing.






Seterusnya kita lihat bagaimana rupa khemah yang telah siap dihias....Hmm...
semakin menarik dan cantik...lagi unik...........













Antara yang dipamerkan dalam khemah atau gerai - gerai tersebut adalah seperti berikut.....

Alat penangkap ikan seperti bubu: Agen

Bubu

''Gaah"

model peralatan memproses sagu..

Muui:...proses membuat sagu masak dengan 'belanga'..

Patung yang digunakan dalam perubatan tradisional,yang dinamakan 'blum 'atau  'dakan'..
Pameran warisan rumbia..menyak

Pirai..sejenis peralatan menangkap ikan kecil...
Produk Press Metal..

Membuat 'Tebaloi'..

Pameran kraftangan


Itulah antara pameran yang dapat kita saksikan pada pesta kaul Mukah 2013 yang lalu.
Sebenarnya banyak lagi yang dapat disaksikan pada di tapak pesta kaul tersebut tetapi tak dapat
nak tunjukan semua. Kena tunggu tahun depan dan datang sendiri ke tapak
Kaul pada tahun seterusnya jika nak tahu.

Dan yang terakhir saya kongsikan foto-foto yang sempat saya rakamkan pada
 hari perasmian  Pesta Kaul Mukah 2013  tersebut.Jumpa lagi di Pesta Kaul
Mukah seterusnya pada tahun 2014.