Friday, August 16, 2013

Buat partition baru dalam Windows 7..

Hari yang lepas saya telah kongsikan  cara tmbah partition baru dan buang partition lama 
dalam windows Xp guna Easeus Partition Master.
Hari ini pula saya akan berkongsi cara tambahkan partition yang ada 
dalam windows 7.



Klik kanan pada my computer dan klik pada 'manage'.



Klik 'disk management'..




Klik kanan pada partition yang hendak dibahagikan supaya dapat menjadi partition yang baru..
saya pilih partition D yang menempatkan fail dokumen.Klik pada 
'shrink volume'..



Klik shrink jika dah berpuashati dengan jumlah
ruang yang dipilih..


Jadi macamni..(unallocated)..



Klik kanan pada 'unallocated' partition..dan klik 'new simple volume'


Klik next....


Klik next..(saya pilih saiz maksimum )


Pilih huruf untuk partition yang anda suka(yang belum diguna).
Klik next.


Klik next


Klik finish...



Selesai.
Dah tambah 1 partition baru.

Wednesday, August 14, 2013

Mengurus partition guna EaseUS Partition Master dalam windows xp..

Kali ini saya nak kongsikan cara padam partition dan buat partition baru dalam windows Xp.Kalau dalam windows 7 tak perlu guna software khas tapi untuk windows Xp kita kena guna software khas.
Di sini saya guna Easeus partition Master versi percuma.

             Buka Easeus partition 
             dan klik pada partition manager...






Klik pada partition yang hendak di padam dan klik 'delete' di bahagian atas tu.(Perlu diingat partition yang anda hendak padamkan bukan yang mengandungi windows yang sedang anda gunakan.Saya padam partition kosong saja tu.)
Lepas tu klik ok pada langkah seterusnya..




Klik pada unallocated partition dan klik create pada bahagian atas tu.
Namakan partition yang anda buat ,pilih drive letter dan nyatakan saiz yang dikehendaki .
Anda pilih jika hendak bahagikan jumlah partition yang belum dibuat(unallocated) atau klik ok 
saja untuk buat partition tanpa bahagikan jumlah partition yang belum dibuat tadi.



   Tutup Easeus partition master dan ikut arahan seterusnya...


  Klik ok.Selesai..Partition berlabel new itulah yang saya baru buat tadi.,anda boleh
namakan partition ikut kehendak anda sendiri.

Friday, August 9, 2013

Bakul mini dari kertas suratkhabar....

Inilah hasil terbaru yang saya buat dari kertas surat khabar.
Entah apa-apa nama yang harus saya berikan  hmmm,saya namakan 'bakul mini serbaguna ' sajalah..
Baiklah ,saya akan tunjukkan dan lihatlah sendiri...takdelah cantik tapi puas hati
kerana dapat buat sesuatu dari surat khabar terbuang.

















































































Saturday, August 3, 2013

Cuba-cuba buat kraftangan lah pula...

Entah macam mana tiba - tiba pula aku terfikir nak buat kraftangan kertas.
Jadi aku cuba cari info tentang krafttangan kertas di internet.Nampaknya
memang banyak juga blog yang tunjuk cara buat kraftangan kertas tu.

Yang aku cari adalah kraftangan daripada kertas surat khabar memandangkan
di tempat kerja aku ni banyak juga kertas surat khabar yang di langgan tiap hari.
Kalau dibuang saja pun sayang juga,dari itu timbul idea nak buat kraftangan ni.

Berdasarkan tunjuk ajar di internet tu aku cuba lah buat
kraftangan dari surat khabar lama.
Berdasarkan apa yang aku pelajari dari internet dan buat sedikit pengubahsuaian dan
sedikit idea kreatif ,beginilah apa yang aku hasilkan hehe...









































































































































Mula mula memang nak cuba-cuba saja tapi lama-lama rasa 
seronok pula .Nampaknya,itu saja yang aku dah  buat setakat ini.
Aku akan fikirkan apa lagi yang akan aku buat lepas ni..