Friday, April 18, 2014

Mesyuarat Agung Persatuan Melanau Dalat 2014.

Pada 5 April 2014 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agung Persatuan Melanau Dalat(PMDS)
bertempat di Dewan Masyarakat Dalat. Mesyuarat tersebut dijadualkan akan dirasmikan
oleh YB Abu Seman Jahwie,setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sarawak merangkap
ADUN N38 Jemoreng pada pagi hari tersebut.

Memandangkan pada pagi hari tersebut juga YB Abu Seman menghadiri majlis yang diadakan di Mukah,
mesyuarat tersebut diteruskan tanpa menunggu YB Abu Seman.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu
Negara ku dan Ibu Pertiwi ku dan diikuti dengan bacaan doa selamat oleh Imam Ali Hj Kalong.
Seterusya disusuli ucapan daripada YDP PMDS, Hj Ibrahim Mekir dan ucapan daripada Penolong Pegawai Daerah Jerni bin Hj Rapaie.




Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kursus yang dianjurkan oleh PMDS sebelum ini oleh Penolong Pegawai Daerah Dalat,Jerni Hj Rapaie.



Selepas rehat jam 10.50 pagi majlis diteruskan semula kira-kira jam 11.15 pagi dimulakan dengan persembahan tarian oleh penari dari kampung Tanam Dalat.


Selepas saja selesai  persembahan tarian, majlis diteruskan dengan mesyuarat dan pembubaran 
AJK Persatuan Melanau Dalat 2012-2014 dan memulakan pemilihan AJK PMDS
untuk sesi 2014 - 2016. 


Kira - kira jam 2.20 petang YB Abu Seman tiba untuk bersama menyertai majlis dan seterusya
telah merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Melanau Dalat (PMDS) 2014.
Dalam majlis tersebut YB Abu Seman telah menyumbangkan sejumlah RM3000 untuk
menjalankan aktiviti persatuan. Beliau malah sempat menari poco-poco bersama
ajk persatuan sebelum beredar untuk menghadiri majlis seterusnya di Matu.




Antara AJK baru yang telah dipilih dalam mesyuarat tersebut :  1. YDP /Pengerusi :  En Alphonsus b. Aki 2. Timb. pengerusi : En Zaidi Kassim  3.Setiausaha : En Blujab b. Temayuh.
Majlis selesai kira - kira jam 4.30 petang.