Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2011 atau
dengan kata lain ,penghujung tahun 2011.
Pasti banyak yang telah berlaku kepada kita sepanjang tahun ini,
baik yang pahit ataupun manis.
Jika ia sesuatu yang manis dan indah untuk dikenang..
biarlah ia jadi kenangan untuk untuk dibawa
ke tahun hadapan.
Tetapi jika ianya terlalu pahit..biarkan saja ia berlalu
bersama tahun 2011 ini..dan berharap tahun hadapan
menjanjikan segala sesuatu yang lebih baik buat kita semua.
Dan bagi diri ku sendiri..aku mengharapkan hidup ini akan lebih baik
bersama kedatangan tahun 2012 yang akan menjelang tak lama lagi.
Setiap orang pasti berharap akan kebahahagiaan dan ketenangan hidup
disamping keluarga..sama seperti diriku....
Akhirnya ,sama-samalah kita berdoa dan berharap semoga segala
impian akan tercapai dan kesakitan akan pergi bersama tahun 2011 ini.
Selamat menyambut tahun 2012...
Suatu catatan tentang perjalanan hidup, pengalaman,perkongsian maklumat,info,cetusan rasa...serta aktiviti harian ku.. dan segalanya sekadar catatan.....
Saturday, December 31, 2011
Thursday, November 24, 2011
Sekadar kongsi je ...
Sunday, October 9, 2011
Kursus Induksi 2011
Nampaknya lama juga blog saya ni tak diupdate kan.Kali ni saya nak
cerita sedikit tentang kursus induksi yang telah kami hadiri pada 23hb hingga 30hb September yang lepas,bertempat di Hotel Penview Kuching,Sarawak.
Seramai 98 orang telah hadir daripada seratus lebih yang dipanggil.Saya adalah salah seorang daripada jumlah tersebut hehe.Sebenarnya saya baru tahu yang saya dipangil 2 hari sebelum kursus tu diadakan.Kalau kursus lain memang saya tak akan pergi.
Mana taknya,semua benda yang diperlukan saya belum sediakan.
Mujurlah masa tu ada lagi simpanan lebih dalam akaun tu,kalau tak tahulah nak cari duit kat mana.Sekurangnya ada lebih RM700 juga saya keluar belanja tu huhu..
Hampir semua pakain yang diperlukan tu saya kena beli..tulah bayak sangat belanja tu termasuk tambang teksi dan bas..mujurlah penginapan dan makan masa kursus ditanggung haha..
Oklah,di sini saya nak kongsikan apa yang diperlukan masa kursus itu.Sebenarnya ada juga kawan yang telah pergi tu bagi tau apa yang diperlukan tapi tak jelas sangat.
Antara benda yang diperlukan ialah pakaian sukan - baju T berkolar dan berlengan panjang/pendek. Kena ada baju yang berwarna putih(wajib),pakain putih ni digunakan bila ada rombongan keluar atau lawatan..tujuannya supaya seragam.Baju sukan lain boleh guna warna bebas.
Seluar sukan pula adalah tracksuit panjang dan berwarna gelap.
Pakain batik-dipakai pada hari khamis.Pakaian tradisional menurut suku kaum masing-masing untuk dipakai semasa giliran bertugas atau untuk persembahan kumpulan.
Pakaian lain adalah pakain casual-kemeja berkolar,berlengan dan tidak menjolok mata,seluar panjang jenis khakis.
Untuk pakain formal-kemeja lengan panjang dan berwarna cerah,tali leher.Seluar panjang jenis slack berwarna gelap.Kasut kulit dan stokin warna gelap..jaket warna gelap( jika perlu bila sejuk dalam bilik kuliah). Tu bagi lelaki.
Untuk perempuan pula,pakain formal - Baju kurung atau kebaya,skirt labuh yang melebihi lutut,blouse yang tidak menjolok mata,kasut kulit warna gelap yang menutupi tumit dan jari kaki dan jaket berwarna gelap (jika perlu bila bilik kuliah adalah sejuk)
Begitulah serba sedikit barangan yang diperlukan seperti yang kami dikehendaki bawa.Tak taulah untuk kursus akan datang hihi. Di samping itu alat -alat tulis dan pensil warna juga diperlukan untuk membuat tugasan.Sebenarnya semua tu ada disenaraikan dalam surat panggian kursus tu..
Baiklah,di sini saya akan kongsikan sedikit gambar suasana masa kami berkursus tu.
Dibawah ini adalah gambar para pesrta dengan facilator - facilitator kursus....
Gambar seterusnya pula adalah suasana semasa riadah atau masa permainan.
Ni pula gambar masa dalam bilik kuliah..
Setiap peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan
mengikut kumpulan masing-masing.Antara tugasan adalah membuat logo kumpulan,bendera kumpulan dan carta organisasi kumpulan sendiri.Di sinilah alatulis dan pensil
warna tadi diperlukan..
Di samping membuat tugasan,mendengar ceramah dan beriadah tu,memmang tidak lupa
juga dengan makan dan minum haha..penting ni,untuk tenaga..maklumlah tidur agak kurang juga.Kawan saya cakap ,siang lebih panjang dari malam..maksudnya kurang masa tidurlah tu hehe..
Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan mengikut kreativiti masing-masing seperti tarian atau pertunjukan fesyen.
Setelah melalui beberapa hari ceramah,persembahan,dan melakukan segala tugasan bersama sama akhirnya saat untuk kami berpisah pun tiba.Ada juga kawan-kawan yang menitiskan air mata terutama kawan perempuan tu. Walaupun baru kenal beberapa hari namun peserta berasa dah mesra dan seperti keluarga,tu yang sedih berpisah tu haha..
Akhir kata, selamat maju jaya kepada semua rakan kursus induksi Modul Umum & Khusus Bil. 12/2011 Kumpulan 3 Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Friday, July 1, 2011
Pesta Kaul Kampung Sg Kut Muara 2011
Inilah gambar gambar yang sempat saya rakamkan semasa
Pesta Kaul di kampung saya pada 2hb Jun yang lalu..
Pada hari tersebut,Yb Hjh Fatimah juga telah hadir untuk bersama
penduduk setempat meraikan Pesta Kaul tersebut.
HELIKOPTER YANG DIGUNAKAN OLEH
YB HJH FATIMAH DAN SUAMI...
YB SEMPAT MERAKAMKAN KENANGAN
BERSAMA DENGAN BUDAK-BUDAK KAMPUNG...
SETERUSNYA ADALAH GAMBAR UPACARA
MENGHANTAR 'SERARENG' KE LOKASI YANG
TELAH DITENTUKAN.
GAMBAR SETERUSNYA PULA ADALAH GAMBAR
DETIK-DETIK SEBELUM 'SERARENG' DI HANTAR
KE LOKASI YANG DITETAPKAN UNTUK
DIPACAKKAN DI LOKASI TERSEBUT.
INILAH DEWAN SERBAGUNA KPG SG KUT MUARA.
INILAH YANG DINAMAKAN 'SERARENG' TU ............
Itulah gambar-gambar yang saya dapat kongsikan di sini..jumpa lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)