Sunday, November 4, 2012

Hati-hati memandu....utamakan Keselamatan...

Inilah keadaan jalan yang saya lalui setiap hari bila pergi kerja. Ini disebabkan oleh lori yang melakukan kerja pengangkutan pasir yang melalui jalan ini. Jika kegiatan pengangkutan pasir ini berterusan setiap hari dan tiada tindakan membaikpulih jalan pasti keadaan jalan akan menjadi lebih teruk.
Keadaan jalan yang rosak begini akan menyukarkan pengguna jalan tersebut. Tambahan pula kerosakan jalan yang berlaku di bahagian selekoh jalan tersebut adalah lebih merbahaya.Ini kerana untuk mengelakkan bahagian jalan yang rosak,pemandu akan mengambil laluan yang bertentangan.Jika tiba-tiba ada kenderaan dari hadapan tanpa disedari pasti berlaku kemalangan.



Diharapkan pihak yang bertanggungjawab akan memberi perhatian dan ambil tindakan
sekurang-kurangnya menampal jalan yang berlubang terutama di simpang berhampiran Jambatan Mat Win
dan kawasan selekoh jalan yang terlibat.


Adalah lebih baik berwaspada daripada mengambil tindakan selepas berlaku kemalangan....
Tambahan pula dalam keadaan musim hujan seperti sekarang akan mempercepatkan
lagi penghakisan jalan yang sedia rosak tersebut..




Kepada pengguna jalan Dalat - Sg Kut Muara, dinasihatkan supaya lebih berhati hati..
dan kepada pihak yang bertanggungjawab sila beri perhatian...

Sunday, September 9, 2012

Selamat Hari Malaysia.....

Diam tak diam dah masuk bulan September rupanya.
Lama juga aku tak update blog aku ni.
Sibuk juga beberapa minggu ni,
macam-macam perkara kena buat.

Tiap hari kerja berulang-alik dari Kpg ke tempat kerja.
Dah sampai rumah petang pula letih..malas nak update pula.
Lagi pun sekarang ni aku sibuk layan trading emas
dari Isnin sampai Jumaat tu hihi..cuba-cuba belajar...

Hujung minggu macam ni baru ada sedikit ruang untuk
update blog aku.Cuma aku tak tau apa harus aku tulis....
Ohya,hari Raya dan hari Kemerdekaan baru saja berlalu..
dan hari Malaysia akan menyusul minggu depan.

Selamat Hari Malaysia..dan salam 1Malaysia untuk semua.
Kekalkan keamanan dan saling menghormati
 antara satu sama lain.Selamat hari kekerdekaan untuk semua...



Wednesday, July 18, 2012

Upgrade service pack windows Xp profesional dalam 1 cd installer.

Kali ini saya nak berkongsi bagai mana nak upgrade service pack Windows Xp.Biasanya jika kita
memformat komputer kita dengan windows xp service pack 1,kita akan upgrade windows kita dengan 
memasang service pack selepas selesai windows dipasang pada komputer kita.

Contohnya jika komputer kita dipasang dengan Windows Xp service pack 1,kita boleh update
dengan download service pack terkini dan memasang pada komputer kita tadi.Masalahnya,
cara ini kadang-kadang bermasalah kerana ada komputer yang tidak boleh diformat dengan
windows Xp service pack 1 sedangkan itu saja windows installer yang kita ada.

Inilah yang berlaku kepada saya baru-baru ini.Saya cuba memformat laptop 
acer aspire 4349 saya.Setiap kali saya cuba format dengan windows xp pro(sp1)
saya tu akan keluar BSOD (blue screen)dan perkataan menyatakan ada masalah pada 
hardisk dan minta dilakukan scan.Saya tukar hardisk pun sama juga.

Saya cuba cari penyelesaian di internet,ubah setting SATA - AHCI / IDE juga 
tak berhasil.Dipendekkan cerita,akhirnya saya cuba 'intergrate' service pack
 ke dalam windows intaller(windowsXp pro sp1) yang saya gunakan..
dan bila selesai jadilah windows Xp Pro service pack 3.
Saya cuba gunakan cd yang saya buat tadi untuk format dan kali ini berhasil.

Jika anda memiliki windows installer yang perlu di updatekan
 (windwsXp service
 pack 1 atau windowsXp service pack 2),beginilah caranya.
Caranya nak buat tu senang saja.

Mula-mula kena download service pack terkini,contohnya service
 pack 3 (ini saja yang ada untuk 
windowsXp masa ni) dan simpan dalam komputer anda.
Seterusnya,kena download 'nLite' dan pasang dalam komputer kita.
Cari  dalam internet  , ianya adalah percuma saja .

Setelah berjaya dipasang pada komputer anda,buka nLite tadi...
Berikut adalah langkah-langkah upgrade Windows Xp service pack 1
 menjadi windowsXp service pack 3.Ini langkah bagaimana saya lakukan..


                       Tekan next....

                      Masukkan cd installer (windowsXp sp1) yang nak
                     diupgrade ke service pack 3 tu...


                       Pilih dimana cd tadi berada ....

                      Pilih di mana  hendak menyimpan file windows yang akan diubah nanti..

                     Saya buat folder baru di desktop dan namakan 123..
                      Klik ok dan seterusnya...

                       Tekan next...

                        Tekan next...(kalau ada apa-apa file sebelumnya,klik
                        kanan dan delete saja dan tekan next)..

                      Pilih service pack  dan bootable ISO....
                      Tekan next...                

                       Pilih service pack yang anda download tadi
                       yang telah disimpan dalam komputer ...


                       Pilih,buka dan tekan next....

                         Tekan ok..

 
                        Next..........

                       Pilih make ISO..

                       Pilih di mana nak simpan file ISO anda yang akan di burn nanti..
                      Boleh tentukan nama file...save dan next..


                       Next....


                          Finish..

Itu dia Windows Xp pro service pack 3 dah siap...
Selepas tu kena burn file ISO yang anda save tadi ke dalam cd untuk
digunakan memformat komputer anda..Selamat mencuba.

Saturday, July 7, 2012

Kad kredit...

Sebut tentang kad kredit ni, tiba-tiba aku teringat dengan seorang kawan.
Dulu ketika aku masih belum dapat pekerjaan tetap aku selalu keluar
makan dan minum dengan dia.
Dia ni selalu bercerita tentang kebaikan kad kredit
dan mengajar aku bagaimana nak guna
kad kredit.

Katanya dengan  kad kredit boleh pinjam duit dan tidak seperti pinjam
dengan kawan atau saudara yang selalu tanya bila kita nak bayar ..
Memanglah ada betulnya juga,..kad kredit dia
pula bukan satu..tapi lebih iaitu dalam 3 atau 4 macamtu..

Katanya lagi..kita kena pandai ..pinjam dengan kad kredit yang satu dan bayar
untuk kad kredit yang lain.Begitulah selalunya dia buat..
Memang betul dia boleh buat begitu..

Namun bagi aku buat begitu akan menyusahkan akhirnya..
dan ternyata apa yang aku fikirkan ada betulnya.
Sekarang dia dah tak ada kerja lain ...asyik bayar kad kredit saja..
Pinjam dari bank lain dan bayar kepada bank lain..

Huh...bila nak habis kalau asyik pinjam dan bayar saja..
Kalau berkurang tak apalah juga ..tapi
dia ni macam tak habis-habis lagi bayar..
akhirnya..aku juga yang kena pinjamkan duit..

Kepada sesiapa yang seronok guna kad kredit tu..hati-hatilah ya..
Dengan kad kredit memang memudahkan banyak perkara..
Tetapi kena guna dengan bijak..
Jangan guna habis  semua limit untuk semua kad tersebut..

Bagi ku jika ingin meminjam duit atau berhutang
guna  kad kredit biarlah ada pulangan..
contohnya..pinjam buat modal berniaga..
bila ada keuntungan dapatlah digunakan
untuk membayar balik.

Itu pandangan aku saja...lain orang lain
pendapat..Cukuplah..Sekadar renungan
semata mata...dan sekadar sebuah catatan
bagi diri ku...






Monday, June 4, 2012

Regata Dalat 2012

             Pada 25hb Mei hingga 27hb Mei 2012 yang lepas telah diadakan
               Regatta di Dalat.Berikut adalah foto-foto yang dirakamkan
                               ketika berlangsung regata tersebut.




PERTANDINGAN MENGGUBAH RAKIT






PERTANDINGAN MEMBUAT UMAI



PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN





PERAHU BIDAR




PERLUMBAAN BOT LAJU


PAMERAN FOTO



PENERIMA BASIKAL






PARA PENONTON

Itulah sahaja antara gambar yang sempat dirakamkan.Kualiti gambar kurang
memuaskan kerana guna kamera hanphone saja.

Saturday, May 26, 2012

Tandas Kampung..tandas terapung........


                     Inilah dia tandas terapung.Tandas ini dibina di atas batang kayu yang terapung.
                                             Ini biasa  dilihat di perkampungan  ditepi sungai......





Bila air dah surut.......beginilah keadaannya.........




Sunday, May 6, 2012

Pokok Ara di pekan Dalat...........

Inilah  sepohon pokok ara yang kelihatan subur.Pokok ini terletak di antara deretan bangunan
kedai yang terdapat di Pekan Dalat.Jika sesiapa dari luar datang ke Dalat  pasti akan 
dapat tengok pokok ini.

Sebenarnya pokok ini bukan sengaja dibiarkan hidup  subur di situ.Bagi penduduk Dalat
dan yang berhampiran tahulah sebabnya.Tapi mungkin ada juga yang tak tau.
Baiklah ,saya  akan bagitau sebabnya secara ringkas..

Dulu pasar di pekan Dalat ini bukanlah seperti sekarang.Dulu pasar Dalat hanya terdiri  dari deretan
bangunan kayu sahaja..dan kebanyakan terletak di sepanjang  batang Oya tu di mana
Waterfront dibina sekarang.

Dalam proses pembinaan pasar baru  tu pernah pekerja binaan cuba menebang pokok ara tu
tetapi dikatakan tidak berjaya.Dari cerita yang pernah saya  dengar,ada pekerja yang sakit perut
bila cuba menebang dan ada juga mereka kata 'excavator' (orang tempatan panggil Kato/Piko)
yang digunakan tidak dapat bergerak bila cuba menghampiri dan menebang pokok tersebut.

Maksudnya ada penunggu atau makluk halus yang mendiami pokok tersebut.Itu cerita
saya dengar.Sebab itulah pokok itu kekal di sana...sebab tidak berjaya di tebang.
Kalau nak tahu lebih lagi kena tanya orang tua yang tahu..saya pun dengar dengar saja.
Oklah..saya undur dulu..........

Tuesday, May 1, 2012

Kaul Mukah 2012.(bhg 2).

Tahun ini saya tak ikut sangat program yang berlangsung ketika Pesta Kaul Mukah 2012 ni.
Saya sempat berjalan-jalan di tapak Kaul pada hari perasmian tu  saja..tapi saya pergi selepas
upacara perasmian berlangsung.Bukan apa,malas nak pergi waktu orang terlalu ramai..parking pun susah.

Ok..inilah gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika berjalan jalan tu.
Sekadar berkongsi..tengoklah sapa  yang termasuk dalam gambar tu haha..
Kualiti gambar memang tak bagus sebab saya guna handphone murah je..hehe..
Jommmmm.....





























Pertandingan Mr&Miss Jerd..(Jerd = Kuat)


Makan 'siet'









Itu sajalah gambar yang sempat saya rakamkan..
Mungkin kena beli kamera yang lebih baik lagi nanti hehe..
Ok...nak keluar dulu....