Sunday, November 4, 2012

Hati-hati memandu....utamakan Keselamatan...

Inilah keadaan jalan yang saya lalui setiap hari bila pergi kerja. Ini disebabkan oleh lori yang melakukan kerja pengangkutan pasir yang melalui jalan ini. Jika kegiatan pengangkutan pasir ini berterusan setiap hari dan tiada tindakan membaikpulih jalan pasti keadaan jalan akan menjadi lebih teruk.
Keadaan jalan yang rosak begini akan menyukarkan pengguna jalan tersebut. Tambahan pula kerosakan jalan yang berlaku di bahagian selekoh jalan tersebut adalah lebih merbahaya.Ini kerana untuk mengelakkan bahagian jalan yang rosak,pemandu akan mengambil laluan yang bertentangan.Jika tiba-tiba ada kenderaan dari hadapan tanpa disedari pasti berlaku kemalangan.



Diharapkan pihak yang bertanggungjawab akan memberi perhatian dan ambil tindakan
sekurang-kurangnya menampal jalan yang berlubang terutama di simpang berhampiran Jambatan Mat Win
dan kawasan selekoh jalan yang terlibat.


Adalah lebih baik berwaspada daripada mengambil tindakan selepas berlaku kemalangan....
Tambahan pula dalam keadaan musim hujan seperti sekarang akan mempercepatkan
lagi penghakisan jalan yang sedia rosak tersebut..




Kepada pengguna jalan Dalat - Sg Kut Muara, dinasihatkan supaya lebih berhati hati..
dan kepada pihak yang bertanggungjawab sila beri perhatian...