Hari ni nak cerita pula pasal tumbuhan yang terapung atas air saja tu iaitu keladi bunting..
Memandangkan keladi bunting ni banyak terdapat tepi sungai tempat saya ni tergeraklah hati ni nak buat entri tentang keladi bunting haha..
Keladi bunting atau nama saintifiknya Eichornia Crassipes merupakan sejenis tumbuhan yang hidup subur di permukaan air.Sesetengah orang memanggilnya pokok Kemelin,Orkid air dan Water Hyacinth.
Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Amerika Selatan .Ia berbentuk seakan akan bunga orkid dengan enam kelopak berwarna ungu atau merah jambu keputihan.Keladi bunting kini telah banyak digunakan sebagai tanaman perhiasan dalam pasu atau kolam kecil di halaman rumah.
Selain itu ia juga digunakan dalam kolam ternakan ikan. Dengan kehadiran plankton plankton yang hidup pada akar pokok keladi bunting menjadikan ia sumber makanan bagi ikan-ikan yang dipelihara dalam kolam atau takungan.
Dalam penternakan pula daun keladi bunting digunakan sebagai makanan lembu dan kambing. Ada juga kajian yang menyatakan bahawa keladi bunting boleh dijadikan sumber bahan mentah untuk membuat kertas cuma hasil kualiti kertasnya kurang baik jika dibandingkan dengan hasil kertas daripada kayu.