Wednesday, February 3, 2010

Dalat

Kali ini aku nak cerita sikit tentang Dalat iaitu sebuah pekan yang berada dalam bahagian Mukah.Dalat terletak kira-kira 40 lebih km dari Bandar Mukah.
Perjalanan dari Mukah ke Dalat mengambil masa kira-kira 20 hingga 40 minit dengan kereta.


Dalat diisytiharkan sebagai sebuah daerah di Bahagian Sibu Pada 2 April 1974 dan pada 1 Mac 2002 pula Mukah telah diisytiharkan sebagai Bahagian ke-10 di Negeri Sarawak. Dengan pengisytiharan ini yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib Mahmud, secara rasminya Daerah Dalat ditadbir oleh Bahagian Mukah.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini Dalat telah mengalami perubahan dari segi pembangunan. Pada awal tahun 2008 yang lalu Taman Poket telah siap dibina dan dibuka kepada kunjungan orang awam.Di tengah-tengah taman ini terletak Jerunai (klideng) yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.









Dalam bulan Oktober 2009 jambatan Dalat telah siap dibina
dan telah mula digunakan.





Jambatan ini digunakan untuk menghubungkan beberapa buah kampung dengan
Pekan dalat iaitu Kampung Brunei ,Kampung Baru Dalat,Kampung sg Kut Tengah dan Kpg Sg kut Muara.

Dari segi kesihatan dan perubatan ,Dalat memiliki sebuah hospital dan sebuah Pejabat Kesihatan.Dari segi keselamatan pula sebuah balai polis telah disediakan untuk kemudahan penduduk di sini.

Antara kemudahan lain yang ada di Dalat ini adalah sekolah-sekolah rendah dan menengah,kompleks sukan dan institusi kewangan .
RHB adalah satu-satunya bank yang ada di Dalat ini.




Selain itu pasarnya telah mengalami perubahan daripada bangunan kayu kepada
bangunanan konkrit seperti sekarang .







Di samping itu ‘waterfront’ juga sedang dibina di tebingan batang oya bertentangan dengan
Kampung Brunei dan Kampung Baru di seberang.
Di sungai ini juga sering diadakan sukan air seperti lumba perahu bermotor dan berkayuh.












Itulah serba sedikit tentang Dalat yang dapat aku kongsikan.
Kalau nak tau lebih lagi kenalah datang ke Dalat .