Thursday, July 30, 2009

Cerita kosong je..



Menara Pehin..aku ambil gambar sambil jogging..

Beberapa hari ni tak banyak aktiviti yang aku lakukan..Cuma petang petang tu aku pergi jogging kat Dataran Pehin tu,baru 2 hari aku turun jogging tu.Bangun pagi tu rasanya kaki ni sakit sakit,maklumlah dah lebih setahun rasanya aku tak pergi jogging atau pergi bermain untuk keluarkan peluh.Petang ni mungkin nak pergi lagi..

Semalam juga chief bawa aku ikut mereka pergi buat ceramah Influenza A (H1N1) kat SK Kampung seberang.Aku ikut je ,duduk pejabat pun aku bukan ada kerja sangat nak buat selain online layari internet ...Aku dengar lepas ni nak buat ceramah kat sekolah di Penipah dan Penakub pula...


Pemandangan senja sungai depan rumah aku...

Hujung minggu lepas aku pulang kampung seperti biasa..duduk rumah je.
Banyak masa aku guna untuk rehat kat rumah dan kadang kadang aku online guna broadband celcom..guna hp dan Kad sim celcom aku ni je cuma line dia tak berapa baik,asyik putus je.Maklumlah guna prepaid RM20 semiggu tu..

Hari ini aku tak pergi mana-mana,keja kat ofis ni je.Buat apa-apa yang patut.
Lepas ni aku pun tak tau nak buat apa lagi..Oklah,rasanya perut ni dah lapar.
Tak nak cakap banyak,buat bosan je..lain kali cerita lagi.Bye.






Thursday, July 23, 2009

Semalam aku ikut ceramah Influenza A (H1N1) di SK Mukah...

Hari ni cuaca baik.Perjalanan ku ke tempat kerja dari Dalat agak selesa bukan seperti semalam.Semalam hujan lebat dari pagi-pagi lagi,aku terpaksa juga redah hujan tu dengan motosikal ke tempat kerja aku.Aku kesejukan sampai di pejabat..basah sikit.

Pagi ni tadi aku pergi dengan pasukan yang diketuai oleh Ahli Kaji Serangga buat 'larva survey' di kampung Bunut tu kejap. Dapatlah beberapa buah rumah setengah hari tu..Rasanya ada 6 buah rumah kalau tak silap yang ada jentik-jentik sama ada dalam atau luar rumah.



Petang ni aku kat pejabat je..
Semalam pula aku ada menyertai pasukan yang membuat ceramah kat SK Mukah..
Aku pergi dengan Ketua Unit kami (unit kawalan penyakit) dan Pegawai kesihatan Mukah dan seorang IK lagi..


Bos bos tu yang buat ceramah..aku setakat membantu apa yang patut..
Termasuk ambil bambar seperti dibawah nilah hehe..
Gambar gambar tu aku rakamkan dengan hanphone aku je..



penceramah kami..








Para cikgu dan yang tepi tu bos besar kami ,
Pegawai Kesihatan Bhg Mukah .




Budak budak ni cuba ulangi cara cuci
tangan yang betul seperti yang diajar..



Budak-budak tengah dengar ceramah..
dan tengok videonya sekali.



Aku takde kat situ.,belakang kamera ni ha.




Cuba ulang apa yang di ajar tadi..






IK Tarmizi buat demonstrasi cara cuci tangan yang betul..



Budak budak ni tengah ikut abang IK buat
demonstrasi cuci tangan...



Ada soalan ? Kena tanya...



Di akhir majlis..
Kami terima sijil penghargaan dan cenderamata
daripada Pengetua SK Mukah..
Terima kasih.

Tuesday, July 21, 2009

Mengambil Slaid Darah....

Hari ni aku tak pergi mana mana..bosan juga.Duduk ofis, online kejap pastu jalan kesana -sini

dalam ofis.Kadang kadang keluar pergi pusing-pusing kat pasar tu,habis pusing-pusing balik

semula ke pejabat..Macamnilah bila takde kerja luar.Tapi kalau dah hujung bulan sibuklah sikit.



Hujung bulan kena buat laporan kerja dan buat tuntutan perjalanan dan kerja lebih masa.


Tapi dalam 2 bulan ni aku jarang pergi traveling,kuranglah juga pendapatan tu.


Nak harap gaji bulan bayar ansuaran motor,minyak , makan dan kredit hp aku pun kadang-kadang dah habis seminggu je..



Nak buat macam mana lagi kalau memang tak cukup..mujurlah minggu lepas ada traveling ke dalat tu.Adalah juga tuntutan RM 100 lebih tu..Tolong pasukan kesihatan Dalat ambil slaid darah untuk program filariasis. (untut)



Aku telah ditugaskan di SMK Dalat dan SMK Oya. Sempatlah juga aku ambil sedikit gambar masa kerja tu..



Macam-macamlah karenah budak-budak tu kerana takut di cucuk jarum tu..ada yang menjerit dan menangis..perempuanlah biasanya.Ada juga budak tu yang pengsan sebelum diambil darah kerana takut tengok darah pula..


Tapi semuanya berjalan lancar...cikgu dan pelajar terlibat telah memberi kerjasama yang baik .


Inilah antara gambar yang sempat aku ambil tu..untuk buat kenangan je..


Ni Kat SMK Dalat...(Dewan terbuka)



Gambar bawah ni semuanya kat dewan SMK Oya..











Oklah,kepala aku pun rasa pening ni..Kejap lagi nak pulang..jam dah cukup.


sebelum tu nak tengok perlawanan bolasepak kejap ..piala MuFa separuh akhir ni..bye.






Monday, July 20, 2009

M..,Kenangan Cinta Pertama....

Walaupun dah hampir sebulan aku berpisah dengan gf ku namun sesekali aku masih teringat padanya...aku masih mengenangkan kenangan indah dan suka duka ku dengannya.
Aku telah cuba membantu dia tika dia perlukan bantuan terutama membekal kredit hp..dan sokongan saat dia sakit..tp kini semua tinggal kenangan..
Kadang-kadang aku rasa bersalah dengan keputusan yang aku buat namun aku terpaksa lakukan..

Aku rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan insan yang dulunya ku sayangi .
Kenapalah ini harus berlaku saat aku dah betul-betul menyayangi seseorang dan mengharapkan dia akan menjadi orang yang pertama dan terakhir kucintai..
Namun apakan daya,aku terpaksa memilih..dan terpaksa berpisah..
.
Aku harap dia mampu bertahan dan tabah menghadapi semua ini..
Maafkan aku sekali lagi...
Biarlah ku simpan segala kenangan ini
Walaupun kadang-kadang aku menitiskan air mata
Bila mengenang kembali....dan saat ku tuliskan coretan ini
Air mata ku menitis lagi...

Kadang-kadang terfikir juga aku
Bila orang katakan bahawa cinta pertama memang sukar di lupa..
Dan aku akui kebenarannya bila aku begitu payah melupakannya...
Namun ku harap dia mampu lupakan aku dan berjumpa insan yang lebih baik..

Aku pernah minta dia jadi kawan atau adik angkat aku..
Namun dia enggan......jadi aku terpaksa lupakan semuanya....
Dan aku tak mengharap dia akan maafkan aku..
Cuma aku harap dia akan bahagia dalam hidup..serta sihat sejahtera..

Bagi diri ku sendiri...
Aku masih tak pasti adakah yang patah akan tumbuh
dan yang hilang akan berganti...
Kerana setakat ini aku masih sendiri...

Dan ...semoga dia dapat memahami apa yang aku lakukan
Kerana cinta tak semestinya bersatu
Dan dalam cinta harus ada pengorbanan....
Sama ada cinta pada insan dan cinta pada Tuhan...

Sunday, July 12, 2009

Aku dan hidup ku..hanya aku yang tahu apa yang ku rasa....


Minggu ni aku pulang kampung lagi..maklumlah dekat je.Kalau jambatan yang menghubungkan kampung aku dengan pekan dalat ni siap bolehlah aku pulang bila bila masa je..tak perlulah nak bayar tambang perahu dan van ulang alik ke kampung aku.

Semalam dan hari ini aku tak pergi mana-mana.Aku banyak menghabiskan masa ku di rumah saja.. hari Sabtu dan Ahad ni saja hari aku boleh rehat .Hari Isnin hingga Jumaat tu aku kena berulang-alik dari tempat kerja ke rumah.Letihlah juga...

Buat masa ni aku masih menumpang di rumah pakcik ..saudara belah bapa aku..
Tinggal menumpang kat rumah orang ni kadang-kadang sangat tertekan juga.
Bila nak buat apa-apa pun kena berfikir dulu,kalau tuan rumah tak suka tak sedap juga rasa bila kena marah nanti..Rasanya serba salah saja..Bila cara dan citarasa kita tak sama dengan mereka atau tuan rumah kita boleh hadapi tekanan.

Hanya orang yang pernah merasa keadaan ini akan faham..tiada yang lebih baik dari rumah sendiri .Aku ingin menyewa rumah dekat tempat kerja tapi gaji aku tak mengizinkan pula.
Maklumlah sewa saja dah lebih separuh dari gaji aku sebulan..

Sebenarnya kebelakangan ini aku memang rasa tertekan sangat...cuma masa kerja aku rasa bagus sikit .Banyak yang berlaku padaku kebelakangani ini. Bulan lepas aku terpaksa berpisah dengan girlfriend aku..sedihlah juga..minggu dulu aku kena marah tuan rumah tempat aku tinggal tu..katanya aku tak berguna bagi dia..kalau setakat kawan je aku dah keluar dari rumah tu..dan aku akan usahakan..

Memang benar kata orang bila diperlukan kita berguna dan bila tak diperlukan..siapalah kita bagi mereka...Kira-kira 2 tahun dulu aku juga telah difitnah kawan-kawan kat kampung sendiri hingga aku tak suka pulang kampung aku..aku dikatakan mengganggu rumahtangga orang...oh pedihnya..Aku tak pernah buat pun ,cuma aku suka tolong orang masa tu bila ada keramaian..Di situlah aku mula dapat masalah.

Walau pun perkara tu dah berlalu tapi aku tak pernah lupa apa orang buat kat aku..aku pun dah tak peduli sangat tentang keramaian kat kampung aku..Kalau ada keramaian aku tengok je tapi tak kan membantu sangat.Kerana aku tak nak menyusahkan diri ku lagi..bila orang tak senang hati nanti.

Memang begitulah resam hidup..sebaik mana pun kita, pasti ada yang tak senang hati.Apa lagi kalau kita memang teruk .Untuk mengurangkan tekanan ,kebosanan dan apa-apa lagi yang merunsingkan.. aku banyak melayari internet..chating dengan kawan di internet..meluangkan masa kat social network dan membaca blog.

Cuma line broadband yang aku gunakan ni tak bagus..maklumlah aku guna sim kad celcom je..langgan broadband prabayar mingguan saja..tapi ok juga sekadar nak update antivirus dan blog aku ni.

Cukuplah setakat ni dulu..hari-hari akan datang tak tau lagi apa akan berlaku.
Biarlah hari-hari yang lalu terus berlalu dan menjadi kenangan yang mungkin akan terus menghantui masa depan ku..dan aku harap hari-hari yang akan datang akan memberi sinar harapan,lebih menceriakan dan membawa kebahagian dalam hidup selamanya.

Friday, July 10, 2009

Pesta Balau Dalat...

Pada 4hb Julai yang lalu aku telah pergi ke tapak pesta/karnibal balau iaitu di stadium perpaduan Dalat.Aku pergi melihat lihat keadaan kat pameran sempena pesta balau pada hari sabtu 4hb Julai tu ....Hari lain aku tak pergi lagi termasuk malam tu.Aku dengar pada sebelah malam tu ada pertandingan karaoke.Pameran gerai sempena karnibal balau tu bermula 3hb hingga 5hb julai lepas..
Semasa jalan jalan melihat pameran tu aku sempat ambil gambar..apa apa saja yang terlintas
tu ..ni lah gambarnya..Sekadar berkongsi je..


Model rumah "belanga"




Sulang




Model "jalur" (Tempat memproses tepung sago secara tradisional)



Patung yang digunakan oleh kaum melanau dalam perubatan....


Model "belanga" (Tempat membuat biji sagu masak)


Pameran makanan ringan


Hasil kraftangan kaum iban
Permainan tarik tali..


























































Wednesday, July 1, 2009

Kisah Ku...

Kadang kadang dalam hidup ini, kita cuba berbuat baik kepada orang tetapi tidak dihargai,sedangkan bila kita melakukan sedikit kesilapan kita mula jadi tumpuan..Hilanglah segala kebaikan yang pernah kita lakukan selama ini.
Cuma keburukan itu yang akan kekal dalam diri kita..Umpama kain putih tercalit kotoran..kesannya tetap ada walaupun kotoran itu bukan dari kita.

Perkara buruk pasti tersebar dengan cepat tak kira berita itu benar atau tidak....
Memang menyakitkan bila kita jadi mangsa bualan atas apa yang tak pernah kita lakukan..
Dan...

Aku pernah melaluinya,dan aku tak pernah lupa...
Masa tu kira kira 2 tahun yang lepas,aku memang aktif lagi kat kampung .Apa saja keramaian aku akan terlibat dan cuba membantu terutama bila ada kematian.

Aku membantu setakat yang mampu ...kerana dah selalu bergaul dengan orang tulah aku dah jadi mesra dengan semua orang termasuk anak dara dan isteri orang..
Aku juga selalu terlibat bila ada keramaian anjuran kampung..seperti bila ada pertandinan karaoke peringakat kampung.

Dipendekkan cerita,bila terlibat dengan semua nilah aku sentiasa kena bergaul dan bertemu dengan orang atau lebih tepat ajk penganjuran tu..Di sinilah bermula masalah aku..
Aku tak tau bagaimana nak cakap..aku sendiri tak tau dan aku dengar dari orang lain juga.

Masa tu aku dapat tahu ada orang benci aku bila adik perempuan aku cakap kat aku..
Aku terkejut juga..mereka kata aku ada ganggu isteri orang..siap cakap mereka nampak aku pergi rumah tu pula..Hai...teruknya mereka tu...aku dah kena fitnah. Sakitnya,nasib je aku tak belasah mereka..atau aku yang kena belasah.

Yang teruknya kawan kawan aku anggap berita tu betul...faham fahamlah apa aku rasa.
Tetapi beberapa lama lepas tu aku dengar salah seorang yang sebarkan berita tu ada skandal dengan perempuan tu..dan aku dengar isterinya juga telah menyerang perempuan itu.

Aku tak kisah mereka nak buat apa..itu hal mereka., tapi jangan burukkan aku...kerana aku tak buat apa apa...
Sehingga sekarang aku masih ingat lagi perkara itu..dan mereka yang memburukkan aku..
Sekarang aku jarang pulang kampung...kalau pulang pun aku duduk rumah je dan tak nak terlibat dengan keramaian lagi..