Sunday, May 6, 2012

Pokok Ara di pekan Dalat...........

Inilah  sepohon pokok ara yang kelihatan subur.Pokok ini terletak di antara deretan bangunan
kedai yang terdapat di Pekan Dalat.Jika sesiapa dari luar datang ke Dalat  pasti akan 
dapat tengok pokok ini.

Sebenarnya pokok ini bukan sengaja dibiarkan hidup  subur di situ.Bagi penduduk Dalat
dan yang berhampiran tahulah sebabnya.Tapi mungkin ada juga yang tak tau.
Baiklah ,saya  akan bagitau sebabnya secara ringkas..

Dulu pasar di pekan Dalat ini bukanlah seperti sekarang.Dulu pasar Dalat hanya terdiri  dari deretan
bangunan kayu sahaja..dan kebanyakan terletak di sepanjang  batang Oya tu di mana
Waterfront dibina sekarang.

Dalam proses pembinaan pasar baru  tu pernah pekerja binaan cuba menebang pokok ara tu
tetapi dikatakan tidak berjaya.Dari cerita yang pernah saya  dengar,ada pekerja yang sakit perut
bila cuba menebang dan ada juga mereka kata 'excavator' (orang tempatan panggil Kato/Piko)
yang digunakan tidak dapat bergerak bila cuba menghampiri dan menebang pokok tersebut.

Maksudnya ada penunggu atau makluk halus yang mendiami pokok tersebut.Itu cerita
saya dengar.Sebab itulah pokok itu kekal di sana...sebab tidak berjaya di tebang.
Kalau nak tahu lebih lagi kena tanya orang tua yang tahu..saya pun dengar dengar saja.
Oklah..saya undur dulu..........

1 comment:

  1. saya berasal dari dalat.. saya cuma penah melintas pokok ara ini pada waktu siang sahaja.. tapi pada satu mlm krismas, saya pulang akhir.. saya cuba melintas area pokok ara tu.. kamu org percaya atau tidak , saya terlihat jermaan bayang2 9 kaki tinggi .. seperti sedang memandang pokok ara itu.. percaya atau tidak.. boleh coba sendiri

    ReplyDelete