Tuesday, June 4, 2013

Format komputer dengan windows 7 menggunakan USB flash..

Bercerita tentang komputer,macam-macam yang boleh kita fikirkan.Bermula dengan jenis komputer itu sendiri,hardware,software dan penjagaan komputer kita.Saya sendiri bukanlah pakar
atau pandai sangat tentang komputer ni.

Dan saya memang tidak pernah mempelajari komputer di bangku sekolah 
seperti orang lain.Namun setakat nak menjaga dan format komputer sendiri dah kira ok 
jugalah.Bukan tak belajar,cuma saya tak pernah belajar di sekolah dulu haha..
Saya belajar komputer dari kawan-kawan saja.Tetapi yang paling banyak mengajar 
saya adalah 'internet'.Saya banyak belajar melalui internet,daripada blog-blog yang 
berkaitan IT dan daripada ebook yang di jual di internet tu.
Memang internet ini berguna jika kena dengan caranya..

Baiklah,hari ini saya nak kongsikan cara format laptop dengan windows 7 menggunakan
usb flash drive.Sebenarnya laptop yang satu ni memang tempat saya buat percubaan
saja..asyik kena format saja tu hehe.

Mula-mula kena sediakan usb flash drive yang boleh kita gunakan format tu nanti.
Ambil perhatian,usb yang saya gunakan ini telah diformat dan dipasang dengan 
menggunakan software atau perisian 'WinToFlash ' dari novicorp.Kalau usb yang disediakan
dengan perisian lain mungkin caranya tak sama.











Pasangkan usb flash yang telah dipasang dengan Windows 7 setup dan restart komputer.
Tekan F2 sebelum windows bermula untuk buat perubahan pada BIOS setting.












Klik pada menu 'Main' dan tukar SATA mode ke AHCI jika format dari windows asal
windows Xp.Kalau dari windows 7 memang dah dalam mode AHCI.












Klik pada menu 'Boot" dan tukar Boot priority order ke USB HDD atau mana-mana
yang berkaitan dengan usb yang anda gunakan seperti mana yang dikesan oleh
komputer anda.Untuk komputer saya tertulis USB HDD (Sandisk 2.0).
Gunakan F5 atau F6 untuk membuat pilihan.Tekan F10 untuk save and Exit.












Keluar skrin macamni...klik Enter dan windows akan restart.





















Klik 'Next" untuk teruskan.












Klik 'install now' untuk teruskan.





















Pada peringkat ini kena buat pilihan versi windows 7 yang anda suka dan tekan 'next' untuk
teruskan.Ohya,sebenarnya windows setup yang saya guna ni dah dibuang file ei.cfg yang menetapkan
windows yang sesuai dengan key yang dibekalkan bersama CD yang kita beli.
Kalau yang satu versi saja tak perlu buat pilihan.Mungkin juga sedikit berbeza 
tapi tak adalah banyak sangat.












Klik untuk tanda 'I accept the license term' dan
klik Next untuk teruskan.












Pilih custom(advance).












Untuk padam partition lama dan buat partition baru kena
klik 'drive option(Advanced) ' yang ada
di sebelah kanan bawah tu.












Klik ok 












Setelah semua partition dipadam beginilah rupanya.












Klik 'new' untuk buat partition baru.Bahagikan jumlah saiz partition mengikut
kehendak anda berdasarkan saiz keseluruhan hardisk komputer anda.












Windows akan buat partition tambahan..Klik ok saja.












Kelihatan partition 1 , partition 2 dan Unallocated space.Klik pada Unallocated space dan
klik pada new untuk buat partition ke 3.
Seterusnya klik pada partition 2 dan klik Next untuk pasangkan windows .






























Tunggu sampai restart dan tekan F2 untuk tukar semula boot priority ke hardisk semula.
Maksudnya komputer akan boot melalui hardisk semula.
Kalau tak tukar komputer akan mengesan
usb dan mula semula dengan setup windows.Tekan F10 .








































Pada peringkat ini kena letakkan mana-mana
 "user name" yang anda kehendaki.












Jika nak letak password silakan tetapi jika tak letak
password pun tidak apa-apa juga.
Klik Next.












Bahagian ini paling penting.Sediakan product key untuk dimasukkan kedalam
ruang yang disediakan dan tekan Next..





Pilih 'recomended setting' atau 'install important updates only' atau
 mana-mana anda suka.












Pilih time zone dari drop menu..pilih masa tempatan.
Saya pilih UTC+8.00-Kuala Lumpur,Singapore.












Skip saja.













Dah selesai.Yang selebihnya pandai-pandailah pasangkan 
software yang anda suka termasuk driver-driver yang diperlukan
oleh komputer anda.

2 comments:

  1. Mana nak dapat produk key? Sebab laptop dah lama beli

    ReplyDelete
  2. Lagi satu nak tanya.. laptop usb 2.0 tp pendrive guna usb 3.0.. laptop x bole baca.. jadi macam mana ea? Guna port usb 3.0 pon laptop tak bole kesan dekat mana pendrive tu..

    ReplyDelete