Sunday, December 3, 2017

Salam sejahtera...

Salam sejahtera.terima kasih kerana berkunjung ke blog saya.
Nampaknya dah hampir 1 tahun saya tak update blog ni..
Sebenarnya saya agak sibuk kebelakangan ini..banyak kerja kena buat dan kebanyakan
dilakukan secara online.

Yalah kan ini zaman teknologi,,semua urusan online. Kena ikut perubahan kalau tak nanti ketinggalan. Banyak yang berubah,contohnya sekarang wang digital semakin banyak
dikeluarkan. Bitcoin adalah satu wang digital yang paling  ketara pergerakannya..dulu masa
saya mula kenal bitcon tu nilai 1Bitcoin kurang USD1000 tapi sekarang dah  lebih USD10,000 untuk 1 Bitcoin..

Tanpa disedari masa bergerak begitu pantas. Sekarang dah awal bulan Disember.
Tak lama lagi kita menyambut tahun baru 2018 .
Masa sentiasa cepat berlalu tanpa menunggu kita,tak kira kita dah bersedia atau tidak untuk
pergi lebih jauh.

Untuk itu ..bersedialah. Taraf hidup makin tinggi.Harga barang pasti akan sentiasa naik
walaupun gaji kita tak naik. Semalam saya pergi gunting rambut di satu kedai.,dulu dalam tahun yang sama saya kena bayar RM7.00 untuk gunting saja tapi semalam kena bayar RM9.00 pula .

Baiklah,,tak tau nak cakap apa lagi.Cukup sampai sini dulu.Jumpa lagi.