Tuesday, June 30, 2009

Tentang Hidup Semalam,Esok Dan Seterusnya.......

Bila memikirkan tentang hidup...aku memikirkan tentang diri dan hidup ku..
Untuk hari ini,esok,lusa dan seterusnya..
Namun semalam telah aku lalui..dan ianya telahpun berlalu...
Cuma apa yang tinggal mungkin hanyalah suatu kenangan,
sama ada ianya pahit atau pun manis untuk di kenang...

Entahlah..bagi ku tiada apa yang harus ku banggakan dalam diriku..
Dari dulu hingga kini tetap sama..
Tiada kelebihan atau keistimewaan dalam diriku..
Namun aku tetap bersyukur kerana inilah diriku..
Dan ku tahu ada yang lebih teruk dari ku

Dan bila bicara tentang cinta,
Sememangnya cinta itu indah..saat kita bersama dan saling menyayangi
Namun sakitnya akan terasa bila terpaksa berpisah
Tak kira apa juga masalahnya,pasti ada yang terluka
Dan untuk dia yang hatinya terluka kerana keputusan ku
maafkan aku kerana terpaksa membuat pilihan....
Cinta tak semestinya bersatu.....itulah hakikatnya,,

Memikirkan tentang masa yang pergi dan yang bakal aku lalui
Pastinya usia ini akan bertambah hari demi hari
Sedangkan aku masih disini terus mencari
Sesuatu yang aku perlukan
Untuk terus hidup dan bersaing dalam arus kehidupan
harus ada punca pendapatan yang mampu bertahan
sedangkan aku cuma pekerja bergaji kontrak dalam jabatan kerajaan..

Entahlah...kadang- kadang semua ni buat aku rasa tertekan
Tambah lagi insan yang pernah kusayang terpaksa ku lepaskan..
Sesungguhnya aku tak pasti adakah yang patah kan tumbuh
dan yang hilang akan berganti ......

Yang pasti hidup ini sebuah perjalanan yang panjang
Dan selagi hidup selagi itu kita harus berjuang
sehingga hidup ini terhenti....

Monday, June 29, 2009

Catatan Hujung Minggu....

Hari ini sabtu ,27hb Jun... aku pulang kampung.Cuba untuk menenangkan fikiranku yang tak menentu kebelakangan ini.Rasanya dah seminggu aku putus hubungan dengan awek aku..Namun aku masih teringat kat dia juga..terutama waktu aku takde apa yang nak dibuat ni.Aku harap dia dapat lupakan aku.....

Dulu aku selalu sms dia aja bila rasa bosan atau sunyi..sekarang dah tiada lagi..
Segalanya mungkin akan tinggal kenangan...nasib baiklah sekali sekala ada adik angkat aku bertanya khabar..

Kalau ada talian internet boleh juga aku pergi chating dengan kawan online tu..
Tapi kat kampung ni mana ada semua tu...belum daftar broadband lagi..
Mungkin aku akan pertimbangkan kemudian ..
Oleh itu aku cuba sibukkan diri untuk menulis draf blog ni dan bila dah kat tempat kerja tu nanti bolehlah aku update blog aku..

Masa aku nak pulang kampung tadi aku jalan-jalan dulu kat pekan tu..
Sempat pula aku tengok tapak projek ‘waterfront” pekan dalat tu.... aku ada ambil sedikit gambar..Aku sempat juga pergi ke tapak jambatan yang menyeberangi batang oya iaitu jambatan Dalat..

Pekerja sedang buat kerja mereka masa tu..rasanya mungkin tak lama sangat lagi nak siap. Kalau jambatan tu siap dapatlah aku kerja dari kampung pula..cuma agak jauh sikit..Untuk masa ni kami terpaksa guna perahu penambang untuk menyeberangi batang oya tu...Sampai seberang iaitu di kampung Brunei tu kena guna van pula ke kampung aku..tambang van tu Rm3 ..

Kalau tiap hari nak pergi kerja macamtu boleh bankrap tu...maklumlah gaji aku kecil je sebab tu aku menumpang di rumah uncle aku kat pekan tu..
Dari situ aku guna motor aku sendiri pergi kerja kat mukah tu..murah sikit...
Belanja minyak motor aku taklah banyak sangat..kira jimatlah juga..RM4 sehari...

Kat kampung ni aku tak pergi mana-mana..,setakat duduk rumah je..
Kadang-kadang pergi kedai berdekatan je..
Masa aku sedang duduk rehat sambil tenangkan fikiran kat tangga rumah aku tu, aku tengok budak-budak sedang asyik bermain ala kungfu..macam yang selalu kita tengok kat tv tu. Mereka siap gunakan pedang kayu pula...bahaya sunggguh aksi mereka tu.

Aku terfikir juga,betapa besar pengaruh filem atau iklan kepada golongan kanak kanak ni.Mereka ni golongan yang mudah terpengaruh.Itu dunia mereka,dunia yang tiada banyak masalah...dan kita pernah melaluinya dulu. Tapi kini segalanya telah berubah..

Aku bukan lagi seperti dulu ..seperti kanak kanak itu yang..riang selalu.
Aku hanya mampu mengenang kembali masa lalu....dan andai masa itu dapat kuundurkan,pasti akan ku perbetulkan segala kesilapan ku..

Thursday, June 25, 2009

Kadang kadang aku rasa hidup ini tak akan berubah....

Kadang kadang aku rasa hidup ini memang tak akan berubah ..walau pun aku telah cuba sedaya upaya untuk membuat yang terbaik,namun aku masih tak mampu.
Banyak orang perkatakan nasib anda akan berubah jika anda benar benar berusaha..betul kah?


Tapi bagi ku segalanya masih seperti biasa,malah lebih teruk plak.
Kadang kadang aku bagai tak mampu nak berfikir.......
Mungkin kerana otak aku dah terlalu banyak bahan yang perlu di proses...macam RAM komputer tu.Semakin banyak fail atau program beroperasi semakin perlahan perjalanan komputer tu.



Banyak perkara yang aku fikir kebelakangan ini,dan tambah lagi aku terpaksa putus dengan awek aku..entah dapatkah tak pengganti tu ...haiii..
Mungkin dah memang nasib aku atau apa saja perkataan yang sewaktu dengannya.


Rasanya otak aku beberapa hari ni macam tak dapat nak proses apa apa..
Rasanya macam dah tepu je kotak fikiran ku..waktu macam ni pandangan ku macam kabur aja rasanya. Hah...apa apa aja berlaku kat aku ni..mungkin ini yang dikatakan stress tu..Mujurlah aku ada kawan dengan chat online tu..kalau tak parah juga rasanya..uuiiiiii....
Ada kawan dengan cerita,borak borak dapatlah kurangkan tekanan sikit.
Untung juga aku ada adik adik angkat yang sentiasa mendengar dan bercerita dengan aku bila masa macam tu..terima kasih adik.....dan kawan kawan...
Semoga hari hari yang akan datang semakin ceria .....

Wednesday, June 24, 2009

Lepak kat ofis je...

Beberapa hari ni aku tak pergi mana mana,lepak je kt ofis ni.Takde apa sangat kerja nak buat. Sambil tu sempat pula aku online chat dengan kawan-kawan.Nak release tension lah konon.
Kadang kadang tu pening juga kepala ni...line ni slow semacam je.

Beberapa hari ni juga aku tak sentuh blog aku..ni baru nak update sedikit.
Kadang-kadang bila aku baca semula apa yang aku tulis tu ,aku rasa tak suka plak .....
Oleh itu ,jangan plak heran bila tengok ada je yang hilang..Biarlah aku simpan sendiri...
Kalau yang sempat baca tu..taulah..tapi rasanya takde sangat yang baca tu.

Hari ni nampaknya cuaca tak berapa baik..badan aku pun rasa sedikit demam.
Harap-harap jangan kena hujan bila pulang nanti..maklum je pakai motor.
Makan tengah hari pun lewat maklumlah hujan je..
Tapi dalam pada tu sempat juga chat lagi.Terima kasih kepada yang sudi teman kan aku chat tu.



Ni lah ofis kami...dalam dan luar..




Minggu lepas aku pergi balingian bersama seorang IK dan beberapa Ik pelatih.
Kononnya nak bagi latihan praktikal kat pelatih tu..
Mereka buat larva surveillance dan cara penggunaan mesin fogging iaitu bagaimana nak mengendalikan mesin dan penyelenggaraan.

Aku terlibat mengajar mereka buat semburan asap dan cara mengendalikan mesin fogging tu.
Mereka memberikan kerjasama yang baik juga. Semua mereka telah cuba membuat semburan tu..boleh tahan.
Kat bawah ni aku ada gambar yang sempat aku rakam kan..masa fogging tu.







Rasanya tu aja yang aku nak tulis hari ini.
















Friday, June 19, 2009

Tertekan?

Siapakah yang tak pernah merasa tertekan atau tak pernah mengalami tekanan.
Macam-macam perkara yang boleh buat kita tertekan.Yang pastinya tekanan sentiasa ada dalam hidup seharian kita .



Masa kat sekolah dulu kita tertekan kerana pelajaran dan harapan guru serta keluarga agar mendapat yang baik dalam pelajaran.Paling tertekan ialah saat-saat tiba ujian.Macam-macam boleh terjadi bila nak masuk dewan peperiksaan tu.



Kalau setakat ujian penggal persekolahan tu , tak juga teruk sangat. Penggal depan masih boleh uijan kalau keputusan tak baik.Tapi yang betul-betul akan buat kita menggelabah tu ialah masa peperiksaan umum seperti SPM atau STPM tu.



Bagi aku , aku dah hadapi kedua-duanya. Masa SPM tu aku taklah gelabah sanga dan dapatlah meluluskan diri setakat nak sambung tingkatan 6.
Cuma bila sampai peperiksaan STPM tu aku tak dapat nak lepas. Terima jelah..



Masa peperiksaan kertas Ekonomi STPM tu lah aku macam orang hilang akal je bila masuk dewan peperiksaan.Adakah patut aku duduk di meja yang takde label angka giliran..meja di letak kat tepi dewan je....Nasib baiklah kawan aku cepat2 bagi tau.Hai..macam-macam ada....



Masa dah kerja ni lain pula ceritanya.Dalam kerja memang ada tekanan..kalau bos incharge kita jenis tak bertimbang rasa , ada juga yang tertekan. Buat itu salah,buat ini salah..apalagi kalau memang tak buat kerja tu..memang kita yang salah.



Bagi ku,kerja bukan masalah. Cuma jangan buat hal masa kerja atau lawan bos..
Apa yang buat otak aku sibuk sikit ialah duit belanja je dan masalah lain..yang peribadi .
Tiap -tiap hari kena keluar belanja..



Pergi kerja kena beli minyak..tengahari makan nak belanja lagi.Tu yang tiap hari,belum lagi yang lain-lain termasuk kredit hanset kita tu.Motor kena bayar bulan-bulan..dah kita buat hutang kenalah bayar...Tanpa sedar baru 15hb dah kering akaun bank tu..Nak korek kat mana lagi?



Aku tak tau nak cari kat mana lagi..Kerja sambilan kalau yang sesuai boleh juga cuba-cuba.
Nak cari pendapatan kat internet,ada juga aku buat tapi yang masuk takdelah plak..malah pernah kena tipu!Hidup ni memang macamtu..kalau tak kenakan orang,kita yang kena.

Oklah,aku tak nak cakap yang peribadi ni.Mungkin lain kali je.

Thursday, June 18, 2009

Hidup ini

Saat-saat begini
Tika aku sendirian
Terasa jiwa ini kosong
dan kesepian

Kadang-kadang...
Aku rasa tertekan
Ada sesuatu mengganggu fikiran ku
Entahlah.......

Cuma...
Yang aku tahu
Hidup ini tidak semudah
dan seindah yang aku harapkan

Namun....
Aku masih mengharapkan
Agar ada yang mengerti dan memahami
diri ku....

Harapan ku...
Agar suatu hari
Aku menemui apa yang aku harapkan
Dan mampu bertahan

Dalam mengharungi
Setiap dugaan hidup ini
Yang tidak berkesudahan.....

Friday, June 12, 2009

Minda

Hari ini aku tak tau nak tulis apa.Kepala aku rasa kosong je.
Entahlah,macam-macam yang terfikir di kepala ni...semuanya masalah je.Belum lagi sampai pertengahan bulan lagi tapi belanja tinggal sikit je lagi.Kena jimat paras maksimum ni..

Hari ni tak banyak kerja..duduk je kat pejabat ni ..
Kerana terlalu banyak masa kat opis ni aku cuba update blog aku tapi takde apa nak ditulis.
Maklumlah kepala aku kosong je..mungkin sebab lagi ingat perkara 2 hari lalu.

Aku gaduh ngan awek ku,hari ni dia sms tapi tak marah-marah lagi..
Cuma ,katanya nak pulang ke kampung di Selangor nak jaga nenek dan datuknya.
Cukuplah,aku tak nak cerita banyak tentang itu..

Kebanyakkan masa aku hari ni aku guna untuk edit blog aku,tukar templat dan masukkan ruang iklan.Belajar je,banyak kali buat pun tak betul.Peningnya tapi sekurangnya dapat juga kurangkan tekanan.Oklah,ada kerja sikit...

Thursday, June 11, 2009

Cinta Itu Indah.....

Tika sedang bercinta segalanya memang indah,
tapi bila dah putus cinta pasti sakit ....

segala kenangan manis akan lenyap kerana ditenggelami kesedihan..
Cuma mereka yang tak menghargai cinta atau
yang sengaja mainkan perasaan tak kan rasa apa-apa bila berlaku perpisahan.......

“When I Fall in LoVe
Eveything Was Beautiful But When I Fail In Love Everything Look Horrible”


Sesungguhnya cinta itu indah bagi yang tahu menilai dan menghargainya...
Tetapi bagi yang suka memainkan perasaan orang lain,mereka akan menggunakan cinta sebagai
jalan untuk mendapatkan apa yang diinginkan...oleh itu hati-hatilah wahai pencinta...

Tuesday, June 9, 2009

Pemeriksaan Kesihatan..

Hari ni aku menghadiri pemeriksaan kesihatan di hospital dekat dengan tempat aku kerja ni je.
Pemeriksaan ni memang khas untuk kami di jabatan kesihatan ni..wajiblah katakan..
Tapi baguslah,kalau tak wajib memang ada yang tak buat pemeriksaan tu..lagipun pihak atasan yang aturkan.Tak perlulah susah-susah buat janji temu.Aku pun dah lepas dah pemeriksaan tu.

Sebelum membuat pemeriksaan ni kita kena berpuasa pada malam sebelumnya sehingga pemeriksaan dibuat...pastu bolehlah nak makan atau minum.Kita boleh puasa selepas makan malam iaitu sebelum pukul 10 malam sehingga selesai pemeriksaan di buat...

Ini adalah bertujuan memastikan hasil pemeriksaan itu tepat..biasanya pemeriksaan darah ,air kencing,x-ray bahagian dada dan pemeriksaan denyutan jantung dilakukan.
Jika kita makan atau minum apa-apa sebelum tu mungkin akan menyebabkan pemeriksaan kandungan darah seperti gula tidak tepat..Lebih kurang macam tu lah..aku bukan tau sangat bahagian ni..

Apa-apa pun keputusan pemeriksaan tu akan diketahui beberapa hari kemudian..cuma pemeriksaan kadar denyutan jantung aku macam tak normal je..
Harap-harap tiada masalah..

Friday, June 5, 2009

Andai masa dapat diundurkan.....

Sesekali aku terfikir ...jikalaulah masa tu boleh diundurkan semula bagaimanakah agaknya ya..apakah yang boleh aku lakukan?
Mungkin jika masa benar-benar dapat diundurkan pasti banyak yang akan kita lakukan...

Jikalaulah dulu masa sekolah kita asyik ponteng dan tak kisah pada ajaran guru masa dalam kelas menyebabkan akhirnya kita gagal mencapai keputusan yang baik ...Agaknya kita boleh buat perubahan pada masa itu..

Jangan ponteng,tumpukan perhatian masa dalam kelas..berusaha lebih bersungguh-sungguh.
Mungkinkah ini yang akan kita lakukan..

Atau , jika dulu kita adalah seorang pelajar nakal menyebabkan kawan-kawan tak senang dengan kita..adakah perlu kita ubah perangai dulu?

Andai masa dapat diundurkan semula,pasti ada yang boleh kita ubah...
Walaubagaimana pun..bukan semua perlu diubah..andainya kenangan dulu tu suatu yang indah..
biarkan ia dan jika pahit untuk dikenang buatlah perubahan agar menjadi kenangan indah.

Agaknya.......
Andai masa tu betul-betul dapat diundurkan dan kita mampu mengubah masa lampau...pasti ahli sejarah akan pening kepala kerana fakta sejarah mungkin akan berubah-ubah...

Andai masa dapat diundurkan...fikirkanlah sendiri apa yang akan kita lakukan?

Thursday, June 4, 2009

Bingung..

Entah apa yang aku nak tulis hari ni..mood aku tak baik sejak beberapa hari ni.Tak dapat nak fikir apa nak ditulis.. dah tulis sekerat pas tu hilang plak..maklumlah banyak yang terfikir dalam kepala ni.


Sekejap tadi adalah kawan aku ajak pergi minum kat luar tu tapi entah kenapa tiba-tiba aku rasa macam tak senang hati lalu pulang semula ke pejabat sebelum sampai ke tempat tujuan ..

Maklumlah aku pakai motor senang aja nak pusing balik...


Bukan apa, bila duit dah takde ni aku jadi takde mood . Tinggal cukup beli minyak je lagi..

Makan...petang nanti kat rumah ajalah. Banyak yang kena guna wang ni sedangkan gaji tak keluar lagi...tension.


Gaji agaknya keluar minggu depan...biasanya macam tulah.Kalau tak minggu pertama,minggu selepas itu.Jangan aja tak keluar langsung.Biasalah aku ni dikira gaji hari,ada kerja adalah gaji..

Kalau dah kira kontrak gaji hari memang macam nilah,walaupun dalam perkhidmatan awam ni.


Harap-harap hujung minggu ni adalah gaji tu..kalau tak,kena pinjam lagi..Bertambah pulalah yang kena dibayar..Kalau ada pendapatan lain kan bagus..Ada juga join affilliate dan entah apa-apa lagi kat internet tu tapi tapi lebih banyak duit keluar daripada yang masuk.


Suatu ketika dulu adalah aku langgan kredit prepaid celcom dari sebuah syarikat selama setahun.Boleh tahan juga kena keluar modal..Langganan pertama 4 keping sebulan,pastu lebih banyak pula.Semua modal tu cecah 4 angkalah juga.


Mulanya memang ok juga,kawan pun ada yang tolong jualkan.Maklumlah dapat komisen tanpa keluar modal..Adalah beberapa bulan aku dapat bekalan kad tu ..masa tu nampak macam ok je semua tetapi selepas hampir 6 bulan syarikat menyatakan terpaksa menghentikan operasi kerana mendapat komplen daripada seseorang/syarikat(aku tak ingat lagi dah).

Itulah alasan dia dan bahagian penguasa perdagangan tempatan menasihatkan mereka menutup operasi mereka.Mereka berjanji akan mengembalikan modal yang lebih tu kemudian secara berperingkat-peringkat katanya.Tapi yang pasti sampai sekarang sesen pun aku tak dapat lagi..
Rasanya adalah lebih seribu ringgit lagi tu..nak buat macamana..

Nak tau? Yang aku maksudkan syarikat yang jual kad prabayar separuh harga tulah..
Lupakan ajalah..banyak sangat dah aku kena macamtu.Tapi yang tulah yang terbanyak.Kawan-kawan sendiri pun kena hati-hati juga. Aku pun dah kena juga dengan kawan ni tapi taklah banyak sangat.Dah pinjam tak bayar-bayar lagi sampai sekarang.

Oklah.Cukuplah sampai sini dulu..Jumpa lagi.

Tuesday, June 2, 2009

Semburan kabus...


Gambar sebelum fogging....Kpg Tutus Hilir.

Hari ni 1hb Jun..Selamat Hari Gawai kepada yang merayakannya. Selamat bercuti juga kepada semua yang bercuti..sama ada cuti sekolah ataupun cuti perayaan Gawai...
Aku pun cuti juga tapi kena turun buat kerja hari ni memandangkan ada satu kes denggi.

Hari ni juga kami telah pergi ke politeknik mukah untuk mengutip ovitrap atau perangkap nyamuk iaitu pada sebelah pagi.. Ovitrap ni perlu dikutip walaupun hari cuti kerana pusingan genap 1 minggu adalah hari ini...kenalah kutip juga..Ini kerana jika dibiarkan melebihi 1 minggu telur nyamuk akan menjadi nyamuk dewasa dan terbang...kalau dah terbang nyamuk tu bertambahlah populasinya.
Pada sebelah petangnya kami menjalankan langkah kawalan untuk kes yang disyaki demam denggi tu iaitu di kampung Tutus Hilir,Mukah.Kami buat larva 'survey ' dan selepas itu buat aktiviti semburan kabus(fogging)

Semburan kabus ni adalah campuran racun dan minyak diesel.Sebelum semburan kabus dibuat biasanya kami akan memberitahu penduduk supaya menutup barang makanan sebagai langkah berjaga-jaga.
Oleh itu peringatan yang biasa setiap kali fogging nak dilakukan ialah supaya menutup makanan yang terdedah..Dan bagi penghuni pula adalah dinasihatkan supaya keluar dari rumah atau bilik kerana dikhuatiri akan tersedut asap semburan terlalu banyak nanti.Ini akan mendatangkan kesan kepada kesihatan terutama penghidap sakit astma.


Dibawah ini adalah gambar yang sempat dirakamkan masa fogging tersebut...






Oklah,malam dah lewat ni.Esok nak pulang kampung kejap tengok pesta kaul kat kampung aku tu..
Selamat Hari Gawai
...Jumpa lagi.