Thursday, December 24, 2009

Selamat Hari Krismas...


Hari ini dah 24 Disember..beberapa jam lagi adalah Hari krismas.

Untuk itu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua yang merayakan Hari
Krismas dan sekaligus selamat Menyambut Tahun Baru 2010.

Memandangkan pada musim perayaan begini pasti

jalan raya akan dipenuhi dengan pelbagai kenderaan,oleh itu berhati-hatilah selalu..

Sentiasalah berhati-hati dan AWAS -Anda Waspada Anda Selamat.


Saturday, December 5, 2009

Menyambung paip..














Baru-baru ini aku berjumpa dengan rakan sekerja aku yang dulu ..
Mereka mengajak aku kerja dengan mereka untuk memasang paip di kpg sg Kut tengah.



Memandangkan aku belum ada kerja lagi jadi aku bersetuju untuk kerja dengan mereka..ok juga daripada takde kerja.Nak pergi kerja jauh-jauh pun tak sesuai juga memandangkan dah hujung tahun ni.


Kawan aku tu minta tolong aku mencari pekerja ,mulanya memang ada juga kawan sekampung aku yang sanggup kerja dengan kami dengan gaji RM50 sehari tapi lepas itu tak jadi pula sebab mereka ada kerja lain pula yang perlu dibuat, jadi terpaksalah aku cari orang lain lagi .


Akhirnya kami kerja bertiga sahaja pada hari pertama iaitu termasuk tauke(kawan aku yang ambil kontrak tu). Hari pertama tu dapat pasang 3 batang paip saja.Maklumlah kerja lewat dan tak tau teknik lagi. Tambahan pula terlalu dekat dengan tiang rumah menyebabkan susah nak kerja.


Pada hari kedua kerja kami lebih baik dan lancar..kami telah gunakan wayar keluli menggantikan tali yang kami gunakan sebelumnya.Kami pasang wayar tersebut dihujung paip dan menyambung satu hujung wayar ke 'chain block' yang di sangkut di hujung paip yang sebelah lagi.Kami gunakan chain block tadi untuk menarik masuk dan menyambung paip tersebut.Kerja menjadi lebih mudah walaupun ada masa kena guna tenaga juga.Hari ini dapat seorang pekerja dari orang tempatan .


Pada hari seterusnya kami guna teknik yang sama dan kerja menjadi semakin mudah dan cepat.
Maklumlah dah biasa..Pada hari ke 2 dan hari ke 3 tu kami dapat pasang masing-masing 11 paip.
Hari ni,hujan lebat jadi kami tak dapat buat kerja. Jadi kenalah off.
Selepas 3 hari kerja tu aku sempat ambil sedikit gambar perkembangan kerja yang kami telah buat.





Sebenarnya kami pasang paip sahaja iaitu menyiapkan kerja kontraktor sebelum itu. Bahagian menggali parit untuk menanam paip itu diberi kepada orang tempatan buat dengan cara kontrak iaitu RM3 setiap satu meter.
Kalau tak ada masalah,rasanya 3 minggu dapat siap kerja tu.Kalau boleh.. siap sebelum Krismas.
oklah ..jumpa lagi.






























Friday, November 27, 2009

Pokok Sagu Dan Proses Membawa dari Kebun Ke Kilang Pemprosesan...






Sebut tentang pokok sagu pasti ramai yang tahu terutama di bahagian Mukah ni.
Tetapi tahukah anda bagaimana pokok sagu atau pokok rumbia itu dibawa dari kebun ke kilang tempat pemprosesan dilakukan.

Di sini aku ingin kongsikan bagaimana cara pokok itu dibawa dari kebun ke sungai sebelum dibawa ke kilang pemprosesan. .
Bagi yang dah biasa dengan kerja ni tahulah tapi mungkin satu kawasan dengan satu kawasan lain berbeza caranya.

Masa aku masih di bangku sekolah rendah dulu caranya adalah berlainan dengan sekarang ni.Prosesnya bermula bila kita kena buat jalan iaitu dengan kayu atau dahan rumbia itu sendiri yang di susun bersambung-sambung 2 hingga 3 baris.

Ini adalah untuk digunakan membawa batang rumbia yang ditebang dan telah dikerat megikut sukatan tertentu ke sungai . Pokok sagu yang hendak ditebang haruslah cukup matang.Setelah pokok itu ditebang proses seterusnya ialah membersihkan batang pohon sagu itu . Proses ini adalah untuk membuang kulit luar yang lembut dan membuang dahan pokok sebelum di sukat kira-kira 3 kaki dan seterusnya di potong.

Setelah pokok tu siap di sukat..tibalah proses memotong pula. Masa dulu orang guna kapak untuk memotong pokok tersebut .Itupun hanya sebahagian pokok sahaja yang dapat dikerat dahulu..setelah siap sebelah bahagian pokok tu,kena terbalikkan pula pokok tadi untuk membersih dan memotong bahagian yang sebelah lagi.

Selepas habis di kerat ,keratan pokok sagu tadi dibuat sedikit lubang pula untuk memudahkan memasang ”patak” (lebihkurang fungsinya macam paku yang dibuat daripada kulit keras pohon sagu sendiri)

Pohon sagu yang siap di potong tadi dibawa ke sungai dengan cara menolak(menggulingkan) dengan tangan mengikut susunan .Selepas selesai semua dibawa ke tepi sungai,proses seterusnya adalah untuk mencantumkan semula pokok tersebut seperti mula sebelum dipotong tadi.Di sini ’patak” tadi digunakan untuk mencantumkan keratan tu semula dengan dahan pokok rumbia itu sendiri. Selepas selesai ia di hanyutkan mengikut arus sungai.Bayangkan kalau sungai tu bengkang-bengkok dan sempit,tambah lagi pokok sagu tadi banyak...letih juga turun naik air untuk lepaskan bahagian yang tersangkut tu.

Tetapi itu dulu..kini manusia semakin bijak dan maju . Orang dah tak lagi gunakan kapak untuk memotong pokok sagu itu tetapi dah menggunakan gergaji berantai(Chain Saw).
Memotong pokok rumbia dah menjadi mudah dan cepat dengan mesin tersebut.Untuk membawa keratan sagu ke sungai juga bukan semata-mata guna tangan sahaja tetapi telah ada alat khas yang di tempat aku dipanggil ’dayung”. Ia adalah sepasang kayu yang di pasang besi bulat pada hujungnya.

Besi ini akan di pasangkan ke setiap hujung keratan rumbia tadi dan ditolak atau ditarik mengikut kesesuaian pengguna.Dengan alat ini keratan pokok sagu tadi boleh di bawa dengan lebih laju.Bukan itu sahaja,ia boleh disambung dengan kayu dan besi lain untuk membawa keratan sagu lebih dari satu kerat sekaligus.Ada juga yang lebih kreatif telah mencipta kereta kayu yang boleh membawa lebih banyak keratan pokok sagu sekaligus tetapi perlu jalan yang lebih baik.

Sampai di pangkalan ,kalau dapat guna lori kena tunggu lori pembeli.
Tetapi jika masih perlu dibawa dengan sungai sebelum dijual..kena kumpul semua keratan pokok sagu tadi tetapi sekarang ini caranya tak perlu ikut turutan. Cukuplah keratan pokok sagu tadi di buat sedikit lubang pada kulitnya untuk memasukkan tali.
Selesai semua dipasang tali..bolehlah ditarik..biasanya dengan enjin sangkut.

Begitulah keadaanya cara tradisional proses pengambilan pokok sagu dulu dan sekarang.
Ternyata sekarang ini proses pengambilan pokok sagu lebih mudah dan cepat..
Itu adalah bagi pekebun kecil-kecilan...pengusaha ladang ada cara tersendiri pula..





Thursday, November 19, 2009

Laptop aku...




Sejak aku diberhentikan kerja kerana tiada peruntukan hampir 2 bulan lepas,
aku dah tak sibuk sangat.Maklumlah kat kampung .Terlalu banyak masa
yang terluang dan kebanyakkan masa aku gunakan bermain-main dengan laptop aku ni.

Mujur juga ada laptop 2nd hand ni yang aku beli daripada ipar aku dulu..kira-kira 3 tahun lepas. Walaupun model lama tapi masih ok lagi sebab aku jaga dengan baik.Cuma bahagian luarnya ada retak sedikit..Masa tu aku tau sedikit je tentang komputer tu...

Sekurangnya laptop inilah yang banyak berguna kepada aku..aku telah gunakannya masa kerja dan di rumah...dengan adanya komputer ni taklah juga aku bosan sangat.
Lagipun dengan adanya komputer sendiri ni dapatlah aku mempelajari lebih banyak tentang komputer dan IT.

Kata orang try n error lah tu...tapi aku bukan buat sembarangan tu..
Adalah juga bertanya dan mendapat tunjuk ajar daripada orang yang lebih tau tentang komputer ni.Terima kasih kepada mereka yang telah memberi tunjuk ajar .....

Setakat ni oklah juga,dah mampu nak reformat komputer sendiri dan maintenance..
Selain tu aku tambah pengetahuan aku tentang IT ni dengan membaca hasil tulisan pakar komputer kat internet tu dan ada juga membeli ebook dari mereka…

Cukuplah untuk kali ini…jumpa lagi..

Sunday, November 1, 2009

Jambatan Dalat..


Permukaan jambatan yang bertar...

Akhirnya Jambatan Dalat yang menghubungkan beberapa buah kampung,termasuk kampung aku dengan pekan Dalat telah
siap dan telah digunakan kira-kira sebulan yang lalu..



Jambatan Dalat ketika dalam pembinaan..

Sebelum ini ,penduduk kampung menggunakan jalan air iaitu melalui sungai untuk ke Pekan Dalat. Selepas jalan Sg Kut ke Kpg Brunei siap dibina,penggunaan jalan air telah berkurangan kerana
kebanyakan penduduk kampung yang berdekatan telah mula
menggunakan jalan tersebut .





Jambatan ketika dalam proses pembinaan..
Cuma yang menjadi masalah pula ialah untuk menyeberang Batang Oya dari kampung Brunei ke pasar Dalat di seberang kampung tersebut.

Lantaran itu beberapa penduduk tempatan telah mengambil kesempatan dengan menyediakan perahu tambang untuk orang yang hendak ke seberang.


Batang oya... kampung Brunei ,Dalat.

Sebuah feri kayu juga telah dibina untuk membawa kenderaan seperti kereta dan motosikal untuk menyeberang sungai tersebut.Sebelum itu mereka telah gunakan feri tersebut di tapak Jambatan Dalat sekarang.

Namun itu dulu,sekarang dengan siapnya Jambatan Dalat telah membolehkan penduduk kampung terus menggunakan kenderaan ke seberang tanpa perlu menunggu feri atau meninggalkan kenderaan dan meneruskan perjalanan ke seberang dengan perahu tambang pula.

Dengan siapnya jambatan tersebut juga bermakna berkuranganlah juga pendapatan pengusaha perahu tambang.
Ini kerana hampir semua van pengangkut penumpang terus ke seberang tanpa melalui kampung Brunei di mana perahu penambang menyediakan perkhidmatan.

Cuma yang ada penumpang tempatan sahajalah..
Tapi ok jugalah tu kan daripada takde langsung..




Friday, October 16, 2009

Rehat di kampung!!!

Hai..lama dah aku tak menyentuh blog ni.,maklumlah sekarang ni susah nak dapat line internet percuma macam dulu .
Nampaknya hari ini dah 16hb oktober dan bermakna 16 hari jugalah aku dah menggangur setelah perkhidmatan kontrak aku di Pejabat Kesihatan(Mukah) tu di tamatkan.

Alasan pemberhentian kontrak kami adalah kerana tiada lagi peruntukan untuk membayar gaji pekerja kontrak.Nak buat macam mana dah nama kontrak terima ajalah nasib tu.

Buat masa ni aku tak tau nak buat kerja apa dan sampai bila baru aku akan dapat kerja baru.,cuma masa ni aku buat kerja-kerja untuk diri sendiri je.Beberapa hari ni aku cuba buat pengubahsuaian dalam bilik aku ..tambah rak dan susun barang-barang biar nampak tak berterabur sangat hehe.

Untuk hari-hari aku yang seterusnya aku tak pasti..nak buat apa ya...
Buat masa ni aku nak rehat dulu..tak nak cari kerja yang sekejap - sekejap tu..
Mungkin bulan depan baru aku cari kerja untuk sementara ..bukan apa ,aku masih menunggu permohonan kerja yang dijangka keputusannya keluar bulan ni juga.

Kalau dapat nanti o.klah juga juga tapi kalau tak dapat..susahlah nak bayar ansuran motor aku yang tinggal setengah tahun lagi tu.
Untunglah ayah aku ada kebun rumbia sedikit,bolehlah juga tebang rumbia untuk belanja.Maklum juga ayah aku dah tak kuat lagi nak buat kerja tu,memang tunggu aku juga nak tebang tu hehe..

Oklah ,sampai sini je...harap2lah hari-hari yang akan datang lebih baik dan aku akan dapat kerja tetap pula.

Monday, September 28, 2009

Tamat perkhidmatan.....


Nampaknya dah lama aku tak update blog aku ni...

sebenarnya banyak yang berlaku kebelakangan ini,dan aku agak sibuk dan takde masa nak update blog aku...takde bahan juga sebenarnya hehe.


Maklumlah beberapa bulan kebelakangan ini aku tak ada kerja luar atau pergi traveling. Kebanyakkan masa duduk kat ofis aja..


Bulan ni adalah bulan terakhir perkhidmatan aku di pejabat ini..

Perkhidmatan aku dan 3 lagi kawan telah diberhentikan atas sebab tiada peruntukan untuk membayar gaji kami..


Yalah.,kami ni setakat pekerja bergaji kontrak je.

Nak buat macam mana,kena cari kerja lain pula lagi.

Sempat kerja 3 tahun lebih je...


Rasanya lepas ni aku jarang update blog aku lagi memandangkan tiada kemudahan internet seperti kat ofis ni..

Apa-apa pun mungkin kena guna broadband lah pula...


Oklah,jumpa lagi.
Selamat hari raya kepada semua yang menyambut hari raya..

Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Kemerdekaan!



KePaDa SeMua RaKyat MaLaysia..






SaLam 1MaLaysia....





SeLamat Hari KemeRdekaaN....



TeriMa Kasih KePada PeMimpiN



kita



Yang teLah MemperjuangkaN


KemerdekaaN..


Kekalkan


keamanan...


kekalkan


perpaduan...


SeLaMat Hari KemerDekaan YanG


Ke 52.

Friday, August 28, 2009

Hidup ini umpama roda....


Kata orang 'Hidup Ini Umpama Roda'..dan aku terfikir memang ada betulnya kata tu.
Yalah...hidup ini memang tidak menentu.

Kadang-kadang kita boleh jadi senang dan
tiba-tiba boleh jadi susah pula.

Bila kita senang kita bantu orang..dan bila kita susah
kita perlukan orang lain pula untuk membantu kita.

Bila kita berada di puncak jangan pula lupa pada orang di bawah..
Sesekali pandanglah ke bawah bila anda dah berada di puncak...
kerana kita bermula dari bawah.

Kadang-kadang orang kaitkan hidup ini dengan arus yang ada pasang dan surutnya..
Tapi memang dah menjadi lumrah hidup macam tu...

Ada yang terus pasang dan ada pula sebaliknya...
Aku harap hidup ni akan ada pasangnya...

Thursday, August 27, 2009

MagicEffect Photo editor


Hari ni aku nak kogsi sikit tentang software yang baru saja aku pasangkan kat laptop aku ni.
Rasanya boleh tahan juga softare ni..namanya MagicEffect Photo Editor.

Ianya ada beberapa effect untuk dipilih bagi proses mengedit photo anda.

Beginilah lebih kurang gambaran daripada beberapa effect tersebut..




Light

Sketch




preset


Tulah gambaran beberapa effect yang ada.
Effect yang lain ialah star,mazing,water,dream,whether dan lain-lain
termasuk frame .
Caranya gunakannya amat mudah..cuma klik pada effect
yang kita nak dan apply.

Pastu kena save lah kat mana-mana.
Oklah,setakat tu aja aku nak kongsikan.

Tuesday, August 25, 2009

Bosannn....

Entah kenapa hari ni aku rasa amat bosan...dan aku rasa mood aku tak baik...
Bukan saja hari ni..sebenarnya dah beberapa hari ini mood aku tak baik.
Kadang-kadang aku rasa bosan..
Kadang-kadang aku bingung dan tak tau apa nak buat..

Aku buka ym aku tapi takde sapa online...
Yang ada pun bukan nak balas msj aku...terpaksalah aku delete aja contact tu..
Yalah..kenapa harus simpan kalau kita msj beberapa kali takde balas
tak naklah tu..kan..

Akhir-akhir ni banyak yang perlu aku fikirkan...
Lebih kurang 2 bulan lepas aku putus dengan gf..
Tapi aku masih teringat lagi kat dia..
Maklumlah belum dapat ganti..

Baru-baru ini masalah anakbuah aku pula perlu aku fikirkan.
Masalah peribadi ...pening juga dibuatnya..
Entahlah..aku harap semuanya berlalu dengan baik..
dan hari-hari ku akan ceria..

Monday, August 24, 2009

Adakalanya...

Adakalanya...

Aku terfikir tentang hidup

Tentang hidup seharian..tentang teman-teman

Tentang masalah...tentang cinta dan kerinduan



Bila fikir tentang cinta dan kerinduan...

Terfikir aku tentang cinta lalu..

Yang telah aku lalui...

Namun ..kini telah tiada lagi..

Yang tinggal hanya kenangan ..



Tentang masa depan ...

Siapakah yang mampu menentukan..

Dan aku mengharapkan yang lebih baik

Dalam kerjaya ,cinta...dan segalanya...


Adakalanya.....

Hari-hari ku lalui amat bosan

Dan ...penuh dengan tekanan...

Saat begini aku perlukan seseorang...

Untuk borak-borak dan gurau-gurauan..


Dan adakalanya....

Fikiran ku terganggu tiba-tiba

Hingga aku tak tau ..

apa aku nak tulis seterusnya...?

Monday, August 17, 2009

"Yahoo messenger encounted a problem and needs to close....."


Arrghhh...asyik-asyik cakap "yahoo messenger encounted a problem and needs to
close.We are sorry for the inconvenience....". Lebih kurang macam tu lah ayat yang
tertulis bila je aku on yahoo messenger ku. Kalau dah macam tu kena tutup la tu.,sampai 2..3
kali baru dapat pakai ym tu...


Macam-macam masalah ..kadang-kadang bila buka Internet explorer dia cakap "internet explorer encounted a problem and needs to close......." plak.


Baru-baru ni aku dah format laptop ni..jalan dah ok.Tu pula jadi masalah...

Sebenarnya semalam aku dah uninstall ym aku tu kerana masalah tu...dan passang balik hari ni.
tapi bila dah selesai pasang dan aku start balik ..masih timbul masalah tu..


Nak kena format lagi agaknya..



Apa-apa pun..cuba repair windows dulu...







Saturday, August 15, 2009

KAWAN

Hidup ini tanpa kawan adalah amat bosan.Tapi ada juga kawan yang membosankan.
Kawan ada banyak jenis kawan..ada kawan yang masa kita berada sentiasa bersama kita dan bila kita dah kekurangan mulalah menghilang.

Kawan yang baik ialah kawan yang sentiasa bersama kita tak kira kita sedang kaya atau dah papa kedana.Ini yang dikatakan teman sebenar atau teman sejati.
Fikirkanlah jenis manakah kita bila berkawan......

Kawan tak mengira jantina...kawan kadangkala menjadi pendengar masalah kita..
Walaupun tak mampu menyelesaikan masalah kita tapi sekurangnya boleh mengurangkan tekanan kita bila kita meluahkan masalah kepadanya.
Mungkin juga kawan kita mempunyai penyelesaian dan nasihat berguna..

Ada masanya kita perlukan kawan yang berlainan jantina untuk jadi pendengar masalah kita.
Jika anda ada masalah dengar gf ..kawan perempuan mungkin lebih memahami situasi kita..
dan dapat memberi nasihat serta semangat..dan begitulah sebaliknya.

Sekarang ni banyak laman web sosial untuk mencari kawan dan kenalan baru...tapi sejauh mana kah kawan yang kita kenal dalam laman web mencari kawan ni akan bertahan dan kekal sebagai kawan..mungkin ada yang kekal dan kebanyakkan akan hilang selepas sebulan dua je..

Mulanya memang tengah panas..add sana add sini..hantar msj ,balas msj...
Tapi selepas 2 ..3 kali msj ada yang tak layan lagi pastu..
Kalau yang hansome atau cantik tu oklah juga..banyak msj ..byk komen..
Yang tak punya pakej tu..komen sendiri ajalah hehehe.


Ada juga jenis kawan ni yang berkenalan sebab nak minta kredit...
Adakah patut belum kenal dah bagi rq..aku selalu juga kena tu..
Kalau dah bagi sekali tu..selalulah rq tu sampai nanti mau rimas juga dibuatya..
Walau pun rm1 je tapi kalu dah berkali -kali habis juga lah kredit kena tolak svc charge tu..

Sebenarnya aku tengah bosan bertemankan laptop je ni..timbul lah pula idea nak tulis tentang kawan ni.Lagipun ym aku terpaksa aku uninstall sebab bermasalah...nak pasang balik line internet tk bagus pula .Oklah.,nak buat kerja lain pula dah.




Aku Dan Blog..

Nampaknya hari ni aku banyak masa terluang..maklumlah aku kat kampung masa ni.
Aku ambil masa ni ntuk berehat sepenuhnya.Aku tak pergi kemana-mana...cuma aku banyak habiskan masa melayari internet dan membaca blog-blog yang jadi follower aku dan blog yang terdapat dalam list follower aku tu..Kira banyak jugalah tu.


Terima kasih kepada yang jadi rakan blogger (follower) aku...Aku bukanlah pandai sangat dalam berblog ni dan aku masih belajar lagi..Baru-baru ni aku terfikir untuk meletakkan entri dalam beberapa kategori khas supaya lebih mudah bagi yang ingin membaca.Tu pun kalau ada yang nak baca hehe..sebenarnya lebih mudah bagiku juga.Aku dah pun buat..

Blog ni aku buat untuk suka-suka je sambil belajar dan juga sekadar sebagai catatan tentang aktiviti yang ku buat dan kadang-kadang tentang pengalaman dan apa yang terbuku di hati..Untuk itu aku telah cuba membahagikan entri mengikut kategori yang aku fikirkan sesuai..

Tentang komputer ni pun aku baru-baru ni juga belajar.Aku tak pernah ambil mana-mana pelajaran komputer di sekolah atau mana-mana sekolah komputer.

Semuanya aku belajar sendiri dan dari kawan-kawan yang sudi berkongsi ilmu tu..
termasuk dari punca di internet.
Setakat ni oklah juga..dah boleh memformat semula komputer sendiri.
Taklah perlu nak pergi kedai komputer kalau setakat masih boleh buat sendiri..jimatlah juga duit sikit kan..

Ada juga aku terfikir nak buat blog baru di mana aku boleh meletakkan karya kreatif seperti puisi atau cerita-cerita pendek..tapi aku takut pula kekeringan idea..jadi aku fikir lebih baik aku letakkan dalam kategori sendiri dalam blog yang sama.Aku akan fikirkan tentang itu dan aku akan tambah bila aku dah buat nanti..

Rasanya cukuplah setakat ni..cerita panjang-panjang pun bosan pula nanti.









Thursday, August 13, 2009

Aku pergi temuduga...


Semalam aku pergi temuduga untuk jawatan dalam kementerian kesihatan...

pelbagai jawatan.

Temuduga tu telah berlangsung dari hari Isnin lagi....

dan berakhir esok.


Macam-macam soalan yang di tanya..

termasuk menteri kesihatan dan isu semasa..

Mujurlah aku boleh jawab semua walaupun tak pasti sangat.. hehe..


Sebenarnya dah banyak kali juga aku pergi temuduga ..

setakat ni belum ada yang berjaya.


Tulah aku tak akan mengharap sangat akan berjaya kali ini...

yang lepas -lepas pun aku dapat jawab dengan baik dan penemuduga cakap ok pun tak dapat juga..Entahlah.


Aku pernah temuduga untuk pegawai Imigresen 2 kali dan attendant kesihatan baru-baru ini.
Semuanya tiada jawapan....maknanya tak dapat lah tu..

Tunggu dan lihat ajalah lagi nanti...Kalau dapat ok juga...

Dah bosan jadi pekerja bertaraf kontrak dah ni..gaji hari pulak.


Banyak kekurangan bergaji hari ni...elaun rumah tak ada,kerja hari minggu dan hari cuti sama macam hari biasa juga bayarannya.


Sesekali tengok tuntutan OT kawan yang dah tetap tu rasa tak sedap hati plak .Bukan apa,tuntutan mereka 1 jam dah mengalahkan Ot aku beberapa jam huhuhu...


Apa-apa pun harap-harap akan dapat kerja tetap pasni..



Tuesday, August 11, 2009

Aku format komputer....


Minggu ni aku tak pergi mana mana.Aku banyak habiskan masa di ofis dan depan laptop ni...bukan online cuma aku kena format semula komputer aku.Maklumlah dah lambat semacam dah.Aku agak lapop aku dah kena serang virus jadi aku format lah ..


Selepas semua selesai rasanya komputer aku dah ok semula..taklah laju sangat tapi bolehlah.

Kalau dulu tu...kadang kadang aku rasa nak hempas je laptop aku tu pasal terlalu lambat..

sekarang sudah bagus sikit,laju sangat takdelah sebab processor dia celeron je dan RAM nya pun tak besar.Komputer lama dan 2nd hand kata kan..laptop ipar aku.


Hari ni turun hujan dan agak lebat juga tadi..nampaknya jerebu dah tiada lagi buat masa ni. Tak tau lah beberapa hari lagi.Beberapa hari yang lalu jerebu agak teruk dan aku yang hari hari ulang alik pergi kerja juga telah terbatuk batuk kesan daripada terdedah kepada jerebu tu..

Harap harap lepas ni tiada lagi jerebu dan tiada lagi kebakaran yang besar sepeti kebakaran hutan dan ladang yang menyumbang kepada jerebu.


Walau bagaimana pun..Influenza A (H1N1) masih lagi membimbangkan .

Oleh itu kena ambil langkah berjaga jaga dan amalkan kebersihan diri... jika anda berasa demam silalah berjumpa doktor atau mendapatkan rawatan di pusat perubatan terdekat.

Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga..


Ini adalah info terkini tentang Influenza A(H1N1) setakat aku tulis artikel ni.

Aku dapat info ni dari laman web kementerian kesihatam Malaysia.


Situasi semasa Influenza A(H1N1)(Setakat 11 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)

Kes - Kes Baru: 270Kes - Kes Import: 0Kes Jangkitan Tempatan: 270Kes Kematian: 6
Jumlah Kes di Malaysia: 2,253 dengan jumlah kematian 38 orang.
Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 48 pesakit sedang dirawat di hospital dan 11 lagi dirawat di ICU. Daripada 11 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (2), obesiti (1) dan post -delivery (1). Seramai 11 orang telah didiscaj dari hospital semalam.
Untuk makluman, 6 kematian adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 6, 8 dan 9 Ogos 2009, dilaporkan pada 10 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Empat (4) daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko samada Diabetes, Hipertensi atau Asma. Tarikh kematian sebenar 6 kes tersebut adalah seperti berikut, 4 Ogos (1), 6 Ogos (2) dan 7 Ogos(3).




oklah...sampai jumpa lagi...

Friday, August 7, 2009

Jerebu Lagi...





Beberapa hari ni kelihatan jerebu semakin menebal di mukah .
Pagi ni aku turun terasa bau asap menusuk ke hidung ..terasa semacam habuk masuk ke kerongkong menyebabkan batuk aku semakin menjadi.






Bahang atas jalan juga terasa semakin panas..
maksudnya udara kita semakin panas disebabkan partikel habuk yang terapung diudara memerangkap haba.








Biasanya aku tak guna kipas sampai pagi tidur malam tu..
tapi semalam masa aku layari internet aku rasa berpeluh walaupun guna kipas.
Dan aku tidur guna kipas sampai pagi pun tak sejuk lagi.






Semasa aku pulang kerja lewat senja tu ,aku sering terjumpa bomba melintas dan ternampak beberapa tanah kebun atau tepi jalan yang terbakar disebabkan cuaca panas dan kering sekarang..Keadaan ini menyebabkan rumput atau kayu mudah terbakar.
Hati-hati bila anda membuang puntung rokok anda kerana ia boleh menjadi punca kebakaran.


Bagi yang menghidap asma kena lebih berhati hati kerana habuk boleh menyebabkan mereka rasa susah bernafas.Bagi yang menghidap asma jangan terlalu banyak terdedah dengan habuk dan minum air yang banyak.



Dalam keadaan sekarang yang tengah hangat dengan Influenza A(H1N1) pesakit asma adalah salah satu yang tergolong dalam golongan berisiko bagi Influenza A(H1N1).
Jika rasa demam,sakit tekak dan batuk batuk silalah buat pemeriksaan di klinik atau hospital terdekat.




Cukuplah dulu untuk kali ni...Jumpa lagi.




Thursday, August 6, 2009

Aduhhh ....pening kepala ni....


Rasanya lama dah aku tak update kan blog aku.Maklumlah awal bulan macam ni kena buat laporan kerja dan siapkan tuntutan perjalanan(claim).Yang ni mesti kena buat sebab melibatkan pendapatan hehe.Banyak perjalanan kerja luar,banyak juga claim nanti.Nak harap gaji mana cukup.


Sekarang nipun dah kering poket ni,gaji kami yang kontrak ni minggu depan baru keluar agaknya.Yalah..terpaksa berpuasa..dahlah pagi tak sarapan. Nak tak nak beli roti juga pakai tahan perut. Tinggal RM5 je lagi macam mana nak belanja esok..untuk makan dan minyak motor ...aduhhhh pening..


Beberapa hari ni aku rasa sedikit kurang sihat..tulah nak update blog ni pun rasa tak ada mood..takde idea plak sebab kepala dah pening.

Cuaca yang berjerebu seperti sekarang ni mudah menyebabkan demam...tapi jaga-jaga kalau anda rasa demam tu...kena buat pemeriksaan kesihatan sebab sekarang ni Influenza A. (H1N1 )sedang menyerang...ambil langkah berjaga-jaga.


Sebenarnya hampir satu hari ni aku banyak tolong kawan memformat komputer dan memasang semula program atau perisian yang perlu.Pasang program ni taklah masalah sangat cuma yang buat aku sakit kepala tadi ialah mencari driver yang diperlukan..Maklumlah tiada disk driver ,mungkin dah hilang agaknya.Mujurlah aku guna software khas iaitu Uniblue Driver Scanner..


Boleh tahan juga perisian ni. Selepas dipasang scan saja untuk melihat mana driver 'out of date' dan ia akan 'download' dan pasang jika perlu.Jika ada yang nak cuba bolehlah....ni link dia:



Oklah..rasanya cukup sampai di sini..

Kawan yang lain pun dah lama pulang..tinggal aku je kat ofis kerana update blog ni.

Akhirnya,waspadalah dengan Influenza A (H1N1)..jaga kebersihan.

Thursday, July 30, 2009

Cerita kosong je..



Menara Pehin..aku ambil gambar sambil jogging..

Beberapa hari ni tak banyak aktiviti yang aku lakukan..Cuma petang petang tu aku pergi jogging kat Dataran Pehin tu,baru 2 hari aku turun jogging tu.Bangun pagi tu rasanya kaki ni sakit sakit,maklumlah dah lebih setahun rasanya aku tak pergi jogging atau pergi bermain untuk keluarkan peluh.Petang ni mungkin nak pergi lagi..

Semalam juga chief bawa aku ikut mereka pergi buat ceramah Influenza A (H1N1) kat SK Kampung seberang.Aku ikut je ,duduk pejabat pun aku bukan ada kerja sangat nak buat selain online layari internet ...Aku dengar lepas ni nak buat ceramah kat sekolah di Penipah dan Penakub pula...


Pemandangan senja sungai depan rumah aku...

Hujung minggu lepas aku pulang kampung seperti biasa..duduk rumah je.
Banyak masa aku guna untuk rehat kat rumah dan kadang kadang aku online guna broadband celcom..guna hp dan Kad sim celcom aku ni je cuma line dia tak berapa baik,asyik putus je.Maklumlah guna prepaid RM20 semiggu tu..

Hari ini aku tak pergi mana-mana,keja kat ofis ni je.Buat apa-apa yang patut.
Lepas ni aku pun tak tau nak buat apa lagi..Oklah,rasanya perut ni dah lapar.
Tak nak cakap banyak,buat bosan je..lain kali cerita lagi.Bye.






Thursday, July 23, 2009

Semalam aku ikut ceramah Influenza A (H1N1) di SK Mukah...

Hari ni cuaca baik.Perjalanan ku ke tempat kerja dari Dalat agak selesa bukan seperti semalam.Semalam hujan lebat dari pagi-pagi lagi,aku terpaksa juga redah hujan tu dengan motosikal ke tempat kerja aku.Aku kesejukan sampai di pejabat..basah sikit.

Pagi ni tadi aku pergi dengan pasukan yang diketuai oleh Ahli Kaji Serangga buat 'larva survey' di kampung Bunut tu kejap. Dapatlah beberapa buah rumah setengah hari tu..Rasanya ada 6 buah rumah kalau tak silap yang ada jentik-jentik sama ada dalam atau luar rumah.



Petang ni aku kat pejabat je..
Semalam pula aku ada menyertai pasukan yang membuat ceramah kat SK Mukah..
Aku pergi dengan Ketua Unit kami (unit kawalan penyakit) dan Pegawai kesihatan Mukah dan seorang IK lagi..


Bos bos tu yang buat ceramah..aku setakat membantu apa yang patut..
Termasuk ambil bambar seperti dibawah nilah hehe..
Gambar gambar tu aku rakamkan dengan hanphone aku je..



penceramah kami..








Para cikgu dan yang tepi tu bos besar kami ,
Pegawai Kesihatan Bhg Mukah .




Budak budak ni cuba ulangi cara cuci
tangan yang betul seperti yang diajar..



Budak-budak tengah dengar ceramah..
dan tengok videonya sekali.



Aku takde kat situ.,belakang kamera ni ha.




Cuba ulang apa yang di ajar tadi..






IK Tarmizi buat demonstrasi cara cuci tangan yang betul..



Budak budak ni tengah ikut abang IK buat
demonstrasi cuci tangan...



Ada soalan ? Kena tanya...



Di akhir majlis..
Kami terima sijil penghargaan dan cenderamata
daripada Pengetua SK Mukah..
Terima kasih.

Tuesday, July 21, 2009

Mengambil Slaid Darah....

Hari ni aku tak pergi mana mana..bosan juga.Duduk ofis, online kejap pastu jalan kesana -sini

dalam ofis.Kadang kadang keluar pergi pusing-pusing kat pasar tu,habis pusing-pusing balik

semula ke pejabat..Macamnilah bila takde kerja luar.Tapi kalau dah hujung bulan sibuklah sikit.



Hujung bulan kena buat laporan kerja dan buat tuntutan perjalanan dan kerja lebih masa.


Tapi dalam 2 bulan ni aku jarang pergi traveling,kuranglah juga pendapatan tu.


Nak harap gaji bulan bayar ansuaran motor,minyak , makan dan kredit hp aku pun kadang-kadang dah habis seminggu je..



Nak buat macam mana lagi kalau memang tak cukup..mujurlah minggu lepas ada traveling ke dalat tu.Adalah juga tuntutan RM 100 lebih tu..Tolong pasukan kesihatan Dalat ambil slaid darah untuk program filariasis. (untut)



Aku telah ditugaskan di SMK Dalat dan SMK Oya. Sempatlah juga aku ambil sedikit gambar masa kerja tu..



Macam-macamlah karenah budak-budak tu kerana takut di cucuk jarum tu..ada yang menjerit dan menangis..perempuanlah biasanya.Ada juga budak tu yang pengsan sebelum diambil darah kerana takut tengok darah pula..


Tapi semuanya berjalan lancar...cikgu dan pelajar terlibat telah memberi kerjasama yang baik .


Inilah antara gambar yang sempat aku ambil tu..untuk buat kenangan je..


Ni Kat SMK Dalat...(Dewan terbuka)



Gambar bawah ni semuanya kat dewan SMK Oya..











Oklah,kepala aku pun rasa pening ni..Kejap lagi nak pulang..jam dah cukup.


sebelum tu nak tengok perlawanan bolasepak kejap ..piala MuFa separuh akhir ni..bye.






Monday, July 20, 2009

M..,Kenangan Cinta Pertama....

Walaupun dah hampir sebulan aku berpisah dengan gf ku namun sesekali aku masih teringat padanya...aku masih mengenangkan kenangan indah dan suka duka ku dengannya.
Aku telah cuba membantu dia tika dia perlukan bantuan terutama membekal kredit hp..dan sokongan saat dia sakit..tp kini semua tinggal kenangan..
Kadang-kadang aku rasa bersalah dengan keputusan yang aku buat namun aku terpaksa lakukan..

Aku rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan insan yang dulunya ku sayangi .
Kenapalah ini harus berlaku saat aku dah betul-betul menyayangi seseorang dan mengharapkan dia akan menjadi orang yang pertama dan terakhir kucintai..
Namun apakan daya,aku terpaksa memilih..dan terpaksa berpisah..
.
Aku harap dia mampu bertahan dan tabah menghadapi semua ini..
Maafkan aku sekali lagi...
Biarlah ku simpan segala kenangan ini
Walaupun kadang-kadang aku menitiskan air mata
Bila mengenang kembali....dan saat ku tuliskan coretan ini
Air mata ku menitis lagi...

Kadang-kadang terfikir juga aku
Bila orang katakan bahawa cinta pertama memang sukar di lupa..
Dan aku akui kebenarannya bila aku begitu payah melupakannya...
Namun ku harap dia mampu lupakan aku dan berjumpa insan yang lebih baik..

Aku pernah minta dia jadi kawan atau adik angkat aku..
Namun dia enggan......jadi aku terpaksa lupakan semuanya....
Dan aku tak mengharap dia akan maafkan aku..
Cuma aku harap dia akan bahagia dalam hidup..serta sihat sejahtera..

Bagi diri ku sendiri...
Aku masih tak pasti adakah yang patah akan tumbuh
dan yang hilang akan berganti...
Kerana setakat ini aku masih sendiri...

Dan ...semoga dia dapat memahami apa yang aku lakukan
Kerana cinta tak semestinya bersatu
Dan dalam cinta harus ada pengorbanan....
Sama ada cinta pada insan dan cinta pada Tuhan...

Sunday, July 12, 2009

Aku dan hidup ku..hanya aku yang tahu apa yang ku rasa....


Minggu ni aku pulang kampung lagi..maklumlah dekat je.Kalau jambatan yang menghubungkan kampung aku dengan pekan dalat ni siap bolehlah aku pulang bila bila masa je..tak perlulah nak bayar tambang perahu dan van ulang alik ke kampung aku.

Semalam dan hari ini aku tak pergi mana-mana.Aku banyak menghabiskan masa ku di rumah saja.. hari Sabtu dan Ahad ni saja hari aku boleh rehat .Hari Isnin hingga Jumaat tu aku kena berulang-alik dari tempat kerja ke rumah.Letihlah juga...

Buat masa ni aku masih menumpang di rumah pakcik ..saudara belah bapa aku..
Tinggal menumpang kat rumah orang ni kadang-kadang sangat tertekan juga.
Bila nak buat apa-apa pun kena berfikir dulu,kalau tuan rumah tak suka tak sedap juga rasa bila kena marah nanti..Rasanya serba salah saja..Bila cara dan citarasa kita tak sama dengan mereka atau tuan rumah kita boleh hadapi tekanan.

Hanya orang yang pernah merasa keadaan ini akan faham..tiada yang lebih baik dari rumah sendiri .Aku ingin menyewa rumah dekat tempat kerja tapi gaji aku tak mengizinkan pula.
Maklumlah sewa saja dah lebih separuh dari gaji aku sebulan..

Sebenarnya kebelakangan ini aku memang rasa tertekan sangat...cuma masa kerja aku rasa bagus sikit .Banyak yang berlaku padaku kebelakangani ini. Bulan lepas aku terpaksa berpisah dengan girlfriend aku..sedihlah juga..minggu dulu aku kena marah tuan rumah tempat aku tinggal tu..katanya aku tak berguna bagi dia..kalau setakat kawan je aku dah keluar dari rumah tu..dan aku akan usahakan..

Memang benar kata orang bila diperlukan kita berguna dan bila tak diperlukan..siapalah kita bagi mereka...Kira-kira 2 tahun dulu aku juga telah difitnah kawan-kawan kat kampung sendiri hingga aku tak suka pulang kampung aku..aku dikatakan mengganggu rumahtangga orang...oh pedihnya..Aku tak pernah buat pun ,cuma aku suka tolong orang masa tu bila ada keramaian..Di situlah aku mula dapat masalah.

Walau pun perkara tu dah berlalu tapi aku tak pernah lupa apa orang buat kat aku..aku pun dah tak peduli sangat tentang keramaian kat kampung aku..Kalau ada keramaian aku tengok je tapi tak kan membantu sangat.Kerana aku tak nak menyusahkan diri ku lagi..bila orang tak senang hati nanti.

Memang begitulah resam hidup..sebaik mana pun kita, pasti ada yang tak senang hati.Apa lagi kalau kita memang teruk .Untuk mengurangkan tekanan ,kebosanan dan apa-apa lagi yang merunsingkan.. aku banyak melayari internet..chating dengan kawan di internet..meluangkan masa kat social network dan membaca blog.

Cuma line broadband yang aku gunakan ni tak bagus..maklumlah aku guna sim kad celcom je..langgan broadband prabayar mingguan saja..tapi ok juga sekadar nak update antivirus dan blog aku ni.

Cukuplah setakat ni dulu..hari-hari akan datang tak tau lagi apa akan berlaku.
Biarlah hari-hari yang lalu terus berlalu dan menjadi kenangan yang mungkin akan terus menghantui masa depan ku..dan aku harap hari-hari yang akan datang akan memberi sinar harapan,lebih menceriakan dan membawa kebahagian dalam hidup selamanya.

Friday, July 10, 2009

Pesta Balau Dalat...

Pada 4hb Julai yang lalu aku telah pergi ke tapak pesta/karnibal balau iaitu di stadium perpaduan Dalat.Aku pergi melihat lihat keadaan kat pameran sempena pesta balau pada hari sabtu 4hb Julai tu ....Hari lain aku tak pergi lagi termasuk malam tu.Aku dengar pada sebelah malam tu ada pertandingan karaoke.Pameran gerai sempena karnibal balau tu bermula 3hb hingga 5hb julai lepas..
Semasa jalan jalan melihat pameran tu aku sempat ambil gambar..apa apa saja yang terlintas
tu ..ni lah gambarnya..Sekadar berkongsi je..


Model rumah "belanga"




Sulang




Model "jalur" (Tempat memproses tepung sago secara tradisional)



Patung yang digunakan oleh kaum melanau dalam perubatan....


Model "belanga" (Tempat membuat biji sagu masak)


Pameran makanan ringan


Hasil kraftangan kaum iban
Permainan tarik tali..