Friday, April 20, 2012

Laptop 2nd hand ku.....


Dua minggu yang lepas saya telah mendapat sebuah laptop yang tidak
 berfungsi dengan baik daripada seorang kawan.Dia suruh saya
keluarkan hard disk dan RAM untuk  disimpan dan
selebihnya dia bagi saya. 

Kebetulan juga anakbuah saya ada laptop model yang sama,jadi
lebih baik saya simpan untuk ambil 'sparepart' nanti.Ketika saya
ambil sparepart  tu sempat juga saya pasang hard disk
dan RAM dari laptop anakbuah saya  kedalam laptop rosak tu.

Bila saya cuba 'on' macam bagus pula,jadi saya belilah hard disk dan
 RAM yang baru.Laptop inilah yang saya guna  
waktu update blog ni..hehehe...

Semalam saya buka lagi laptop tu kerana touchpad tidak berfungsi.,dan
setelah dibuka kasingnya didapati kabel dari touchpad tidak
 bersambung dengan motherboard(tertanggal) dan
setelah saya pasangkan semula touchpad telah berfungsi semula.

Skrin pun macam dah  ok saja,kalau dulu skrin laptop ni selalu bergetar.
Kawan saya tu dah tukar skrin  yang baru tapi setelah beberapa bulan
pakai skrin laptop tu bergetar semula.Sebab tulah dia suruh 
saya  buang tapi saya nak simpan juga untuk ambil sparepart dan tempat belajar..hehe..
Sekarang pun macam dah bagus pula.

Beginilah  keadaan laptop tu yang saya buka,pasang  dan hidupkan
semula..dan akhirnya saya guna semula..Kalau tiada masalah skrin lagi bererti
saya dapat satu laptop 2nd hand berharga RM200 lebih saja setakat ni.

Kabel touchpad yang ada masking tape tu yang tertanggal...

Keyboard pun dah rosak (anakbuah aku punya keyboard,dah tukar)

Ni hard disk 2nd hand dibeli dari lelong.com

Hard disk sebelah belakang...

Motherboard




RAM dan kipas

Dah siap dan on semula....
Akhirnya siap dan dapat digunakan semula ..yahoooo...
Lepas ni kena beli keyboard pula,dah tanggal semua tu...
Jumpa lagi di lain post.........

Sunday, April 8, 2012

Perasmian Gelanggang Futsal Kpg Sg Kut Muara 2012.

Hari ini saya tak pergi mana mana tempat yang jauh...kira-kira pukul 9.00 pagi
dah pergi gelanggang futsal tak jauh dari rumah aku tu.
Bukan apa.,.. hari ini ada pertandingan futsal tertutup di kampung aku ni.
Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Pada hari ini juga sebenarnya adalah hari perasmian
gelanggang futsal tu..yang juga telah lama digunakan oleh belia kampung
bermain walaupun masih berpasir saja atau belum lengkap sepenuhnya lagi.
Dikhabarkan peruntukan untuk membuat gelanggang sedemikain rupa adalah RM54 ribu.

Gelanggang futsal  yang ada sekarang


Hari ini tadi kunjungan YB Hjh Fatimah membawa khabar baik  kepada penduduk
kampung Sg Kut Muara terutama kepada para belia.Sambil menyempurnakan
simbolik perasmian gelanggang futsal tersebut,YB Hjh Fatimah
juga menyampaikan peruntukan tambahan sebanyak RM100 ribu untuk menaiktaraf
gelanggang futsal yang sedia ada.



Ketibaan YB Hjh Fatimah dan rombongan.

YB Hjh Fatimah sedang bersalaman dengan penduduk tempatan
 Di harap gelanggang futsal ini akan dimanfaatkan  dengan sebaik mungkin oleh belia
 kampung ini,lebih-lebih   lagi selepas dinaiktaraf nanti. Semoga dengan adanya
 kemudahan  riadah seumpama ini akan mengurangkan tabiat ‘melepak’ di kalangan
 remaja dan belia kampung dan sekaligus menghindari masalah sosial yang berkaitan



YB Hjh Fatimah sedang menyampaikan ucapan.

          



Friday, April 6, 2012

Kaul Mukah 2012..(Bhg 1)


Rasanya tinggal 2 minggu lagi Pesta Kaul Mukah 2012 akan bermula.
Aktiviti sempena Pesta  Kaul tersebut dijadualkan bermula pada
19 April hingga 29 April 2012.

Pada 19 April 2012 ,8.30 am - 10.30 am bertempat di Tapak Kaul Mukah
akan diadakan Pertandingan Mengubah Seraheng.Pada hari seterusnya akan
diadakan upacara Ritual Pesta Kaul mukah 2012 di Tugek,Pantai Kala Dana.

Majlis Perasmian Pesta Kaul Mukah 2012 akan diadakan
pada 21 April dan dijadualkan akan disempurnakan oleh
YAB Ketua Menteri Sarawak.

Pada hari yang sama juga dijadualkan akan diadakan perarakan
'seraheng' dan perarakan seni warisan budaya,Pertandingan bolasepak pantai,
Pertandingan Lagu klasik,Persembahan kebudayaan dan banyak lagi.

Aktiviti yang dijalankan sempena Pesta Kaul Mulah 2012 ini dijadualkan
berlangsung sehingga malam 29 April 2012.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pesta Kaul Mukah dan
aktiviti yang dijalankan silalah berkunjung ke
 laman web http://www.kaulmukah.com/










Itu saja yang  saya kongsikan.
Semoga mendapat sedikit info daripada
 apa yang saya kongsikan . Sama-samalah kita
pergi ke tapak Kaul tu nanti..untuk bersama memeriahkan
lagi suasana pada hari tersebut..jumpa di sana.


Salam Hujung Minggu.

Hujung minggu ni agak panjang sikit cuti.....
Maksud aku boleh seharian lepak di rumah...hari lain aku waktu  malam saja berada di rumah. 
Kerja berulangalik dari rumah sejauh kira kira 120 km tiap hari ni 
meletihkan juga.

Kalau kena hujan dalam perjalanan lagilah teruk..
Nak buat macam mana dah kena cari makan...
itupun tak lah cukup juga.
Kalau nak sewa rumah memang lagilah tak cukup..

Nasiblah orang tua ada rumah sendiri..
boleh tumpang percuma..hehe..
Maksudnya tak bayar sewa la tu...

Sebenarnya hari ni aku 
tak tau nak tulis apa..
Aku rasa kosong dan bosan je ni..
Macam ada yang kurang...adalah tu..selepas bawa update blog ni 
dah rasa ok sikit hehe..

Oklah..terima kasih kepada pelawat 
yang datang ke blog aku yang entah apa-apa ni..haha..
Aku tak pandai lah nak tulis bagus bagus..
Jumpa lagi..