Thursday, March 29, 2012

Tong Air 1Malaysia di Kampung ku.

Hari ini bila saya balik dari kerja..saya dengar orang bercerita
pasal tong air 1malaysia .Dengar-dengar kecoh juga
masa pembahagian tong tu.Mana tidaknya,bukan semua dapat,mesti ada yang
tidak puashati.

Lagi pula mereka yang bertanggungjawab mengagih tong tu kata
'siapa cepat dia dapat'.Itu yang saya dengar,tidak tahu pula kisah sebenar.
Bila orang kampung dengar macamtu..mulalah mereka berebut mengambil tong
tersebut untuk diri masing-masing.

Ada yang dapat 2 atau 3..tidak tahu pula untuk seorang atau ambil untuk orang lain.,
itu saya tidak pasti. Ada pula kisah  seseorang yang sudah dapat ambil tong tu dan letakkan
 di satu tempat ,di rampas orang lain pula..huh..terpaksalah dia pulang dengan tangan kosong..

Dahlah pulang dengan tangan kosong setelah tong yang dia kumpul kena rampas
orang lain,sampai rumah pula kena marah isteri lagi.
Isteri marah kerana dia lepaskan saja tong itu kepada orang lain...siap cakap suami tu
memang bodoh bila tidak mempertahankan tong yang dia dah kumpul tadi...
eh..eh..eh..sampai begitu sekali.

Laki tadi sebenarnya tidak mahu bergaduh kerana tong percuma tu..tapi isteri pula
marah-marah kan suami.Bagi ku,biarlah..buat apa juga kecoh sangat dengan tong tu.
Mungkin orang  yang perlu dipersalahkan  adalah orang yang
bertanggungjawab  untuk mengagih  tong itu tadi.Mereka perlu
guna kebijaksanaan supaya lebih adil.

Ini tidak,cakap siapa cepat dia dapat..........
Mungkin satu rumah satu tong adalah lebih baik dan adil.walaupun
 tidak mungkin semua orang akan dapat...barang percuma
kenalah bagi betul-betul.,bukan satu orang 2 hingga 3 tong... huh....melampau..

Itu semua kisah yang saya dengar..saya pun tiada di situ hehe..
Saya sekadar bercerita berdasarkan apa yang saya dengar dari penduduk kampung..
Rasanya pengagihan tong air tu ada kaitan dengan PRU akan datang huhu..
Sebab cara pengagihannya pelik juga..."siapa cepat dia dapat" haha..

Oklah,sekadar berkongsi apa yang terjadi di sekeliling...
Tengoklah gambar tong air tu yang sempat saya rakamkan tadi di rumah jiran...











Sunday, March 25, 2012

Di serang semut.....

Sebut pasal semut,pasti anda terbayang tentang semut yang selalu dalam gula tu.
Ini kerana semut jenis ni yang selalu kita jumpa di rumah.
Tapi yang aku heran ni,semut hitam yang dua tiga kali lebih besar dari saiz semut gula tu
banyak sangat di rumah aku ni.(Rumah ibubapa hehe)

Semut ni dah semacam 'menyerang' .Dalam almari makan mereka ada.
Dalam bilik tidur,dalam almari pakaian,dalam kotak-katak barang elektrik pun ada.
Pendek kata,di mana-mana pun mereka ada.Mereka akan keluar waktu malam.
Siang dalam persembunyian,..dalam pakaian atau dalam kotak camtu..
Ini sebahagian  semut yang aku bunuh tadi...

Baru sebentar tadi aku dah menjumpai semut-semut tersebut
dengan telur mereka dalam buku dan beg laptop aku pula..huh..
Mujurlah aku memang dah bersedia dengan racun penyembur serangga.

Mujurlah ada benda ni....


Tak taulah bagaimana nak halau terus semut ni.Ada orang kata guna
serbuk lada putih.Taburkan dalam almari makanan.Adik saya
dah buat petua tu tapi aku tengok tak berkesan pun.
Ada juga kawan cakap guna sabun mandi.Guna jenis yang
kuat bau wangi dia..

Sabun tu dipotong kecil-kecil , di masukkan dalam kain
dan diletakkan dalam almari pakaian.Itu aku tak tau,
belum cuba juga.Kalau berkesan pun,masuk dalam 
almari makanan mesti berbau sabun la makanan tu..

Ada sesiapa yang ada cara yang lebih efektif tak...
Baiklah,nak rehat dulu.Tadi dah letih selongkar pakaian
yang penuh dengan semut tu..


Sunday, March 18, 2012

Gelanggang futsal Kampung ku...?

Hari ni aku rehat saja di rumah.Cuma waktu petang adalah berjalan keluar sekejap.
Masa  keluar tu aku singah  tengok sekejap belia kampung mula
nak main futsal di gelanggang yang masih pasir saja.Lebih kurang seperti  padang bola pantai saja aku tengok haha.

Bagus jugalah ada disediakan gelanggang futsal ni..Tidaklah juga belia kampung ni lepak tak tentu hala atau tidak juga mereka main di tengah jalan raya seperti dulu.

Cuma yang menyedihkan gelanggang tu yang sepatutnya
 lebih baik lagi....itupun budak-budak tu guna juga untuk main.

Aku tak pastilah berapa tender syarikat buat tu..mungkin duit tak cukup agaknya.
Atau memang projek tu diluluskan   untuk dibuat setakat pasir begitu  saja.Itu aku tak tau..

Cuma aku berharap akan ada peruntukan lanjut untuk menaiktaraf
gelanggang tersebut kepada yang lebih baik.

Akhirnya ,aku harap mereka yang berkenaan ambil tindakan untuk
menambahbaik gelanggang tersebut untuk kebaikan bersama.

Thursday, March 15, 2012

Memandu di waktu hujan,,jangan terlalu jimat lampu.........

Nampaknya beberapa hari ini hujan selalu saja turun di waktu pagi.Saya yang kena bekerja
dari kampung tiap tiap hari terpaksalah meredah hujan juga.Nak buat macam mana.Kena guna
baju hujanlah, nak beli kereta pendapatan masih belum mengizinkan huhu.

Kalau setakat hujan yang renyai-renyai itu tidak juga masalah sangat tapi bila hujan
turun dengan lebat ini yang menimbulkan sedikit masalah terutama bagi penunggang motosikal
seperti saya ini.

Apa tidaknya, hujan yang terlalu lebat itu  akan membuatkan penglihatan kita kabur.
Tidak kiralah bagi pemandu kereta atau pun motosikal seperti saya.
Bagi pengguna jalan raya yang memandu di waktu hujan ,di sini saya ingin
memberi sedikit peringatan..

Berdasarkan pengalaman saya yang menunggang motosikal dari kampung saya ke tempat kerja
di Mukah setiap hari,banyak kereta yang tidak menyalakan lampu  ketika memandu di  waktu hujan..
Kadang-kadang saya terkejut juga bila tiba-tiba ada kereta melintas saya dari depan kerana tidak nampak
dari jauh. Dahlah kereta warna gelap,kena hujan lagi bertambahlah gelap.

Bagi kereta atau lori atau apa saja yang bergerak atas jalanraya  yang ingin masuk lorong atau membelok sila bagi   isyarat lampu membelok awal sedikit.Banyak juga saya jumpa kereta yang memandu didepan saya yang membrek dan terus membelok.

Pernah juga saya jumpa sebuah lori yang tidak menyalakan lampu tu di depan saya yang terus
membrek dan belok ketika masa hujan hari tu. Mujur juga saya memang dah perlahan kerana
 nak masuk lorong yang sama.

Kalau tidak ,mungkin akan tergelincir macam satu hari dulu tu yang juga berlaku ketika hujan..
Saya dah 2 kali tergelincir kerana brek tak makan atas jalan basah tu.
Sekarang ni saya lebih berhati-hati,maklumlah dah kena dan hampir masuk longkang hari tu..

Untuk itu sentiasalah beringat ,sila nyalakan lampu bila memandu dalam hujan terutamanya ketika hujan
lebat. Bagi lah isyarat membelok lebih awal   sebelum membelok.,jangan main brek dan terus belok saja.
Bertimbang rasalah  di jalan raya untuk kebaikan dan keselamatan bersama......





Friday, March 9, 2012

Sekadar berfikir......

Hari ni aku balik awal sikit.Aku minta off dengan bos sebab ada sedikit urusan bank.
Mujurlah juga  tengah hari ni cuaca agak baik..tidak hujan macam pagi tadi.,kalau tidak
terpaksalah berhujan lagi.Sejak beberapa bulan ni simpanan ASB aku semakin berkurang huhu..
Rasanya simpanan aku tak akan bertambah untuk dalam masa terdekat ini
kerana perbelanjaaan aku pun lebih dari pendapatan..Dua,tiga bulan lagi tinggal buku lah tu.

Baru semalam PM mengumumkan tentang pembatalan SBPA dan mengekalkan sistem SSM.
Sebenarnya bukan semua kandungan SBPA tu tidak baik tapi untuk memuaskan hati
semua pihak adalah bukan perkara mudah.Mujurlah sistem SSM yang terpakai sekarang
telah melalui penambahbaikan.Sekurangnya gaji aku ada juga
 bertambah sedikit walaupun masih tidak dapat mengimbangi
 perbelanjaan harian ku dan mereka yang sama
 gred dengan aku..gred pertama(paling bawah untuk penjawat awam).

Apa nak buat,kena buat sesuatu utuk menambah pendapatan.Mungkin aku perlu
mencuba untuk memohon jawatan yang lebih baik berdasarkan
kelayakan akademik aku yang lebih baik. Rugi juga kalau penat penat belajar sampai tingkatan 6,
kena guna SRP je.Sekurangnya aku dapat jawatan yang berkelayakan SPM...tupun kalau dapat.
Kalau tak dapat ,terpaksalah berpuashati dengan apa yang aku dapat sekarang.
Sekurangnya ada pekerjaan tetap hehe...

Kadang-kadang terfiir nak cuba belajar forex...tapi setakat ni masih pening tengok graf
tu..tak tau nak mengenali jenis 'patern' graf yang turun atau naik huhu..
Kalau tak tau apa-apa jangan cuba-cuba nak main forex ni...haha..
Memang banyak yang kaya kerna forex tapi banyak juga yang kering terus...

Oklah,malas nak fikir-fikir dulu.Buat kerja sambilan je dulu atau buat bisness
kecil-kecilan.....sekurangnya ada juga duit masuk haha..Baiklah,biar
saya fikirkan dulu....bye...