Sunday, March 18, 2012

Gelanggang futsal Kampung ku...?

Hari ni aku rehat saja di rumah.Cuma waktu petang adalah berjalan keluar sekejap.
Masa  keluar tu aku singah  tengok sekejap belia kampung mula
nak main futsal di gelanggang yang masih pasir saja.Lebih kurang seperti  padang bola pantai saja aku tengok haha.

Bagus jugalah ada disediakan gelanggang futsal ni..Tidaklah juga belia kampung ni lepak tak tentu hala atau tidak juga mereka main di tengah jalan raya seperti dulu.

Cuma yang menyedihkan gelanggang tu yang sepatutnya
 lebih baik lagi....itupun budak-budak tu guna juga untuk main.

Aku tak pastilah berapa tender syarikat buat tu..mungkin duit tak cukup agaknya.
Atau memang projek tu diluluskan   untuk dibuat setakat pasir begitu  saja.Itu aku tak tau..

Cuma aku berharap akan ada peruntukan lanjut untuk menaiktaraf
gelanggang tersebut kepada yang lebih baik.

Akhirnya ,aku harap mereka yang berkenaan ambil tindakan untuk
menambahbaik gelanggang tersebut untuk kebaikan bersama.

No comments:

Post a Comment