Hari ni aku balik awal sikit.Aku minta off dengan bos sebab ada sedikit urusan bank.
Mujurlah juga tengah hari ni cuaca agak baik..tidak hujan macam pagi tadi.,kalau tidak
terpaksalah berhujan lagi.Sejak beberapa bulan ni simpanan ASB aku semakin berkurang huhu..
Rasanya simpanan aku tak akan bertambah untuk dalam masa terdekat ini
kerana perbelanjaaan aku pun lebih dari pendapatan..Dua,tiga bulan lagi tinggal buku lah tu.
Baru semalam PM mengumumkan tentang pembatalan SBPA dan mengekalkan sistem SSM.
Sebenarnya bukan semua kandungan SBPA tu tidak baik tapi untuk memuaskan hati
semua pihak adalah bukan perkara mudah.Mujurlah sistem SSM yang terpakai sekarang
telah melalui penambahbaikan.Sekurangnya gaji aku ada juga
bertambah sedikit walaupun masih tidak dapat mengimbangi
perbelanjaan harian ku dan mereka yang sama
gred dengan aku..gred pertama(paling bawah untuk penjawat awam).
Apa nak buat,kena buat sesuatu utuk menambah pendapatan.Mungkin aku perlu
mencuba untuk memohon jawatan yang lebih baik berdasarkan
kelayakan akademik aku yang lebih baik. Rugi juga kalau penat penat belajar sampai tingkatan 6,
kena guna SRP je.Sekurangnya aku dapat jawatan yang berkelayakan SPM...tupun kalau dapat.
Kalau tak dapat ,terpaksalah berpuashati dengan apa yang aku dapat sekarang.
Sekurangnya ada pekerjaan tetap hehe...
Kadang-kadang terfiir nak cuba belajar forex...tapi setakat ni masih pening tengok graf
tu..tak tau nak mengenali jenis 'patern' graf yang turun atau naik huhu..
Kalau tak tau apa-apa jangan cuba-cuba nak main forex ni...haha..
Memang banyak yang kaya kerna forex tapi banyak juga yang kering terus...
Oklah,malas nak fikir-fikir dulu.Buat kerja sambilan je dulu atau buat bisness
kecil-kecilan.....sekurangnya ada juga duit masuk haha..Baiklah,biar
saya fikirkan dulu....bye...
No comments:
Post a Comment