Hari ini bila saya balik dari kerja..saya dengar orang bercerita
pasal tong air 1malaysia .Dengar-dengar kecoh juga
masa pembahagian tong tu.Mana tidaknya,bukan semua dapat,mesti ada yang
tidak puashati.
Lagi pula mereka yang bertanggungjawab mengagih tong tu kata
'siapa cepat dia dapat'.Itu yang saya dengar,tidak tahu pula kisah sebenar.
Bila orang kampung dengar macamtu..mulalah mereka berebut mengambil tong
tersebut untuk diri masing-masing.
Ada yang dapat 2 atau 3..tidak tahu pula untuk seorang atau ambil untuk orang lain.,
itu saya tidak pasti. Ada pula kisah seseorang yang sudah dapat ambil tong tu dan letakkan
di satu tempat ,di rampas orang lain pula..huh..terpaksalah dia pulang dengan tangan kosong..
Dahlah pulang dengan tangan kosong setelah tong yang dia kumpul kena rampas
orang lain,sampai rumah pula kena marah isteri lagi.
Isteri marah kerana dia lepaskan saja tong itu kepada orang lain...siap cakap suami tu
memang bodoh bila tidak mempertahankan tong yang dia dah kumpul tadi...
eh..eh..eh..sampai begitu sekali.
Laki tadi sebenarnya tidak mahu bergaduh kerana tong percuma tu..tapi isteri pula
marah-marah kan suami.Bagi ku,biarlah..buat apa juga kecoh sangat dengan tong tu.
Mungkin orang yang perlu dipersalahkan adalah orang yang
bertanggungjawab untuk mengagih tong itu tadi.Mereka perlu
guna kebijaksanaan supaya lebih adil.
Ini tidak,cakap siapa cepat dia dapat..........
Mungkin satu rumah satu tong adalah lebih baik dan adil.walaupun
tidak mungkin semua orang akan dapat...barang percuma
kenalah bagi betul-betul.,bukan satu orang 2 hingga 3 tong... huh....melampau..
Itu semua kisah yang saya dengar..saya pun tiada di situ hehe..
Saya sekadar bercerita berdasarkan apa yang saya dengar dari penduduk kampung..
Rasanya pengagihan tong air tu ada kaitan dengan PRU akan datang huhu..
Sebab cara pengagihannya pelik juga..."siapa cepat dia dapat" haha..
Oklah,sekadar berkongsi apa yang terjadi di sekeliling...
Tengoklah gambar tong air tu yang sempat saya rakamkan tadi di rumah jiran...
No comments:
Post a Comment