Nampaknya beberapa hari ini hujan selalu saja turun di waktu pagi.Saya yang kena bekerja
dari kampung tiap tiap hari terpaksalah meredah hujan juga.Nak buat macam mana.Kena guna
baju hujanlah, nak beli kereta pendapatan masih belum mengizinkan huhu.
Kalau setakat hujan yang renyai-renyai itu tidak juga masalah sangat tapi bila hujan
turun dengan lebat ini yang menimbulkan sedikit masalah terutama bagi penunggang motosikal
seperti saya ini.
Apa tidaknya, hujan yang terlalu lebat itu akan membuatkan penglihatan kita kabur.
Tidak kiralah bagi pemandu kereta atau pun motosikal seperti saya.
Bagi pengguna jalan raya yang memandu di waktu hujan ,di sini saya ingin
memberi sedikit peringatan..
Berdasarkan pengalaman saya yang menunggang motosikal dari kampung saya ke tempat kerja
di Mukah setiap hari,banyak kereta yang tidak menyalakan lampu ketika memandu di waktu hujan..
Kadang-kadang saya terkejut juga bila tiba-tiba ada kereta melintas saya dari depan kerana tidak nampak
dari jauh. Dahlah kereta warna gelap,kena hujan lagi bertambahlah gelap.
Bagi kereta atau lori atau apa saja yang bergerak atas jalanraya yang ingin masuk lorong atau membelok sila bagi isyarat lampu membelok awal sedikit.Banyak juga saya jumpa kereta yang memandu didepan saya yang membrek dan terus membelok.
Pernah juga saya jumpa sebuah lori yang tidak menyalakan lampu tu di depan saya yang terus
membrek dan belok ketika masa hujan hari tu. Mujur juga saya memang dah perlahan kerana
nak masuk lorong yang sama.
Kalau tidak ,mungkin akan tergelincir macam satu hari dulu tu yang juga berlaku ketika hujan..
Saya dah 2 kali tergelincir kerana brek tak makan atas jalan basah tu.
Sekarang ni saya lebih berhati-hati,maklumlah dah kena dan hampir masuk longkang hari tu..
Untuk itu sentiasalah beringat ,sila nyalakan lampu bila memandu dalam hujan terutamanya ketika hujan
lebat. Bagi lah isyarat membelok lebih awal sebelum membelok.,jangan main brek dan terus belok saja.
Bertimbang rasalah di jalan raya untuk kebaikan dan keselamatan bersama......
No comments:
Post a Comment