Sunday, March 25, 2012

Di serang semut.....

Sebut pasal semut,pasti anda terbayang tentang semut yang selalu dalam gula tu.
Ini kerana semut jenis ni yang selalu kita jumpa di rumah.
Tapi yang aku heran ni,semut hitam yang dua tiga kali lebih besar dari saiz semut gula tu
banyak sangat di rumah aku ni.(Rumah ibubapa hehe)

Semut ni dah semacam 'menyerang' .Dalam almari makan mereka ada.
Dalam bilik tidur,dalam almari pakaian,dalam kotak-katak barang elektrik pun ada.
Pendek kata,di mana-mana pun mereka ada.Mereka akan keluar waktu malam.
Siang dalam persembunyian,..dalam pakaian atau dalam kotak camtu..
Ini sebahagian  semut yang aku bunuh tadi...

Baru sebentar tadi aku dah menjumpai semut-semut tersebut
dengan telur mereka dalam buku dan beg laptop aku pula..huh..
Mujurlah aku memang dah bersedia dengan racun penyembur serangga.

Mujurlah ada benda ni....


Tak taulah bagaimana nak halau terus semut ni.Ada orang kata guna
serbuk lada putih.Taburkan dalam almari makanan.Adik saya
dah buat petua tu tapi aku tengok tak berkesan pun.
Ada juga kawan cakap guna sabun mandi.Guna jenis yang
kuat bau wangi dia..

Sabun tu dipotong kecil-kecil , di masukkan dalam kain
dan diletakkan dalam almari pakaian.Itu aku tak tau,
belum cuba juga.Kalau berkesan pun,masuk dalam 
almari makanan mesti berbau sabun la makanan tu..

Ada sesiapa yang ada cara yang lebih efektif tak...
Baiklah,nak rehat dulu.Tadi dah letih selongkar pakaian
yang penuh dengan semut tu..


No comments:

Post a Comment