Sunday, January 2, 2011

Selamat tinggal 2010..

Tidak terasa hari ini dah 2 hari kita melangkah ke tahun 2011.
Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011.
Semoga tahun 2011 ini akan lebih bermakna bagi kita
dalam menjalankan kehidupan seharian kita.

Semoga di tahun ini rezeki kita akan lebih murah dan pendapatan akan terus bertambah.
Biarlah apa yang berlaku dalam tahun 2010 menjadi kenangan
dan pedoman bagi kita untuk menjalani hidup seharian kita di tahun 2011 ini dengan lebih baik.

Biarpun tahun sudah berubah..namun bukan semua harus berubah.
Ada perkara yang elok dikekalkan dan ada perkara yang harus diperbaiki atau diubah terus..atau perlu diubah sedikit demi sedikit.

Segalanya adalah bergantung kepada keadaan semasa...pandai pandailah sendiri untuk
menguruskannya.Selamat tahun baru untuk semua....