Sunday, February 26, 2012

Akhirnya saya berjaya buat 'bootable usb pendrive'.

Akhirnya aku berjaya juga membuat 'bootable usb pendrive'.Sebenarnya dah beberapa
 kali saya cuba tapi tak berjaya.Baru-baru ni saya cuba lagi buat berdasarkan
 arahan dari pakar yang saya dapatkan dari internet.Walaupun mulanya tak berjaya
tapi setelah mencuba dengan berbagai cara atau lebih tepat
lagi selepas ubahsuai sedikit langkah tu,akhirnya berjaya juga..hehe..

Di sini saya ingin berkongsi bagaimana saya buat 'bootable usb pendrive' tersebut.  


 Mula-mula kena download atau dapatkan 'software' berikut : 1.PeToUSB ,2. Bootsect, 3. Usb_prep8
dan letakkan dalam satu folder supaya lebih mudah untuk digunakan dalam proses
membuat 'bootable usb pendrive'nanti.Selain tu,kita kena ada pendrive dan cd windows.


Buka folder yang menempatkan software tersebut dan klik pada PeToUsb application.
Window seperti di atas akan keluar.Tandakan 'enable disk format','quick format' dan ' Enable LBA .......klik usb removeable(pastikan destinatian drive btul) dan seterusnya klik Start.




Klik Yes..pada windows seprti di atas..



Klik Yes pada arahan 'You are about to repartition and format a disk..'

Klik Ok. Selesailah proses memformat pendrive tadi.

Jika window ni masih buka.Tutup saja.Maka langkah pertama dah selesai.
Ni masuk langkah ke 2 pula.Guna software yang kedua pula.Bagi saya ,langkah
 ke 2 dan yang ke 3 ni  agak rumit Tapi saya rasa saya dah gunakan cara yang lebih mudah.

Kali ini kena guna comand prompt.(CMD). Kena taip arahan sikit.,di bahagian ini buat saya agak 
lama untuk selesaikan kerna semuanya tak jadi walaupun arahan ada.
Walau bagaimana pun akhirnya saya jumpa cara..mungkin lebih mudah dan tak mengelirukan..


 Buka cmd ...start,run,(taip 'cmd) klik ok. Ini untuk windowsXp.
Buka folder bootsect ,copy address di atas tu.......



Pada window cmd taip cd ,paste kan address bootsect tadi dan tekan ENTER..



Seterusnya taip bootsect lagi..tekan ENTER..


Di hujung bootsect tadi, jarak..taip /nt52 G: 
Seterusnya tekan ENTER. (G itu adalah drive letter untuk usb drive saya,anda letaklah mana-mana
drive letter untuk usb drive anda).





Selesailah sudah untuk langkah ke 2.
  
Seterusnya kita masuk ke langkah terakhir.Software yang terlibat ialah 
usb_prep8.Kita boleh   sambung dengan cmd tadi
atau buka cmd baru.(tutup dan buka cmd baru)


Pada comand prompt taip cd ,buka folder usb_prep8..copy dan paste dibelakang
cd tadi..tekan ENTER..seterusnya taip usb_prep8,Tekan ENTER.

Ikut arahan..tekan apa-apa butang pada keyboard...


Sekarang masukkan cd windows ke dalam CD-ROM drive dan ikuti langkah seterusnya.


Taip 1 dan tekan ENTER. Pilih cd windows yang kita masukkan tadi..klik ok.


Taip 2,tekan ENTER. Masukkan mana-mana drive letter yang belum digunakan.Tekan 
ENTER.




Taip 3,tekan ENTER. Masukkan drive letter untuk usb drive dimana pendrive anda berada.Tekan ENTER.


Taip 4,tekan ENTER.




Klik Yes.



Taip Y,Tekan ENTER.




Tekan mana-mana kekunci di papan kekunci...




Klik Yes untuk semua...


Sekarang tekan mana-mana kekunci untuk melengkapkan proses.Dah siap 'bootable usb pendrive'
kita.Selamat mencuba.


Sunday, February 12, 2012

Kerana Facebook..


Bila sebut tentang Facebook atau singkatannya FB pasti ramai yang tau walaupun tidak semua.
Bercerita tentang FB ni kebanyakan orang ada akaun sendiri termasuk diri saya sendiri.
Facebook telah dicipta oleh Mark Zuckenberg .

Baiklah,saya tak nak cerita pasal pencpta tu.
Kalau nak tau kena cari sendiri maklumat tentang dia di internet ni.
 Saya cuma nak berkongsi
sedikit tentang apa yang dikatakan
 orang tentang facebook
atau lebih mudah...kisah yang
berkaitan dengan FB.

Dalam utusan Borneo hari ni(12Feb 2012) ada disiarkan kisah bapa hancurkan komputer
riba anak gara-gara mengadu dalam Facebook.Kisah tersebut dikatakan telah
disiarkan dalam laman.You-tube bertajuk 'Facebook Parenting For The Trouble Teen'.
Blog ini juga bercerita tentang kisah yang sama.
Bacalah sendiri di
 http://setangile.blogspot.com/2012/02/kerana-facebook-seorang-ayah-menembak.html

Dalam akhbar yang sama juga ada menceritakan tentang pembunuhan yang berkaitan
dengan facebook di AS.


Di bawah ini ada beberapa lagi blog yang bercerita tentang
kisah berkaitan dengan facebook.Silalah baca sendiri.



http://www.borakkosong.com/2011/12/30-kejadian-paling-gila-gara-gara.html






http://justkhai.com/blog/hancurnya-sebuah-kebahagiaan-kerana-facebook/




http://yakboktam.com/pendidikan/hubungan-suami-isteri-retak-kerana-facebook/





Itulah saja yang dapat saya kongsikan.Hati-hatilah bila
berfacebook.Pandai-pandailah sendiri dalam
menggunakan FB yang mempunyai kebaikan dan
keburukan tersendiri.

Friday, February 10, 2012

BR1M ...akhirnya nama aku tersenarai...

Petang tadi saya singgah sebentar di Dalat untuk melihat senarai nama penerima BR1M fasa 3.Sedikit kelegaan apabila ada nama saya tersenarai antara penerima yang akan menerima baucar 13hb nanti. Nama saya terletak di senarai ke 60..haha...

Sebenarnya saya tolong isi untuk bapa saya je.. Yalah sebab dia ketua rumah..tapi memandangkan saya yang menanggung ibubapa saya,kakitangan LHDN yang bertugas telah menasihatkan untuk tukar nama pemohon daripada nama bapa kepada nama saya sendiri..

Ok jugalah..akhirnya berjaya juga.Ada juga sedikit duit untuk belanja mereka. Harapkan gaji saya,memanglah tak cukup nak bagi mereka..kerna memang banyak yang saya perlu bayar ketika ini seperti motor,water filter,insuran,belanja makan dan minyak.

Thursday, February 9, 2012

3G Kampung Sg Kut...

Hai..betapa teruknya broadband di kampung ni. Kejap ada,kejap takde.Dahlah takde liputan 3G.. Yang ada hanyalah GPRS saja. Tu pun kadang - kadang langsung tak dapat guna untuk layari internet.
Kalau setakat lambat takpelah juga, tapi yang tak bagusnya tu kena tunggu beberapa jam lagi atau hari selepas tu baru dapat online lagi bila dah terputus internet ni. Satu lagi..bayaran tu,takde line sebulan pun kena bayar juga bulan tu.. Hah..nak buat camana,tiada pilihan...kalau orang di bandar guna internet dengan 3G bayar RM68..orang di kampung hanya guna internet dengan GPRS yang kejap ada kejap takde tu pun bayar kadar sama juga..


Bila kah agaknya 3G akan sampai di kampung ni. Saya rasa di kampung ni banyak juga orang guna broadband.Jadi patut juga liputan 3G di kembangkan sampai ke kampung ni. Lagi pun Pekan Dalat tu cuma 15 minit je dari kampung kami.Menara Telco celcom, Digi dan Maxis pun memang dah ada di kampung ni. Kalau di pekan Dalat tu dah ada 3G..kenapa tidak di dikembangkan terus ke kampung ni..