Friday, February 10, 2012

BR1M ...akhirnya nama aku tersenarai...

Petang tadi saya singgah sebentar di Dalat untuk melihat senarai nama penerima BR1M fasa 3.Sedikit kelegaan apabila ada nama saya tersenarai antara penerima yang akan menerima baucar 13hb nanti. Nama saya terletak di senarai ke 60..haha...

Sebenarnya saya tolong isi untuk bapa saya je.. Yalah sebab dia ketua rumah..tapi memandangkan saya yang menanggung ibubapa saya,kakitangan LHDN yang bertugas telah menasihatkan untuk tukar nama pemohon daripada nama bapa kepada nama saya sendiri..

Ok jugalah..akhirnya berjaya juga.Ada juga sedikit duit untuk belanja mereka. Harapkan gaji saya,memanglah tak cukup nak bagi mereka..kerna memang banyak yang saya perlu bayar ketika ini seperti motor,water filter,insuran,belanja makan dan minyak.

Walau bagaimanapun,saya akan bagi semua duit tu kepada ibubapa saya tu nanti...
Saya setakat tolong uruskan saja..tu yang saya cakap pada mereka dulu.
Terpulanglah kepada mereka bagaimana nak belanja...

No comments:

Post a Comment