Sunday, April 24, 2011

Betapa indahnya ciptaan Tuhan..

Ketika aku sedang duduk-duduk dengan kawan hari ni ...
aku memerhatikan orang lalu lalang .

Bermacam-macam rupa orang yang melintasi di depan
kami dan terdiri dari lelaki dan perempuan.

Seperti kebiasaan,perempuanlah yang menjadi perhatian..
Aku melihat mereka dari berbagai lapisan..tua,muda dan pertengahan..

Sesungguhnya... gadis gadis muda yang menawan
itulah yang menarik perhatian si jejaka..

Dan aku...mulai berfikir..
Betapa indahnya ciptaan Tuhan.

Tuesday, April 12, 2011

Hilang semangat....

Entah apa yang aku rasakan akhir akhir ini..
Aku bagaikan hilang semangat
untuk melakukan kerja harian ku.

Banyak perkara yang timbul dalam kepala ku
aku memikirkan tentang hidup..tentang keluarga...
tentang sahabat dan masa depan..
dan apa juga aktiviti harian ku..

Apakah kesudahan hidup ini..?
Apakah akan menjadi lebih baik..
atau ..akan menjadi sebaliknya..

Banyak perkara yang bermain difikiran ku
dan ..semuanya bagaikan
menghimpit minda ku

Cuma..
Aku harap ,esok dan seterusnya
akan lebih baik..

Thursday, April 7, 2011

Klik klik sana sini..

Sudah lama rasanya aku tak update blog aku ni kerana sibuk dengan kerja harian.
Tambahan pula aku pergi kerja dengan berulang-alik sejauh lebih kurang 60km setiap hari.Maksudnya 120km pergi balik tu..agak meletihkan. Tulah sebabnya bila cuba nak update aku cepat ngantuk.

Malam ni baru aku ada peluang nak update . Baiklah,aku rasa aku nak kongsikan gambar-gambar yang aku ambil dengan hanset aku ni jelah hari ni.