Saturday, May 26, 2012

Tandas Kampung..tandas terapung........


                     Inilah dia tandas terapung.Tandas ini dibina di atas batang kayu yang terapung.
                                             Ini biasa  dilihat di perkampungan  ditepi sungai......





Bila air dah surut.......beginilah keadaannya.........




Sunday, May 6, 2012

Pokok Ara di pekan Dalat...........

Inilah  sepohon pokok ara yang kelihatan subur.Pokok ini terletak di antara deretan bangunan
kedai yang terdapat di Pekan Dalat.Jika sesiapa dari luar datang ke Dalat  pasti akan 
dapat tengok pokok ini.

Sebenarnya pokok ini bukan sengaja dibiarkan hidup  subur di situ.Bagi penduduk Dalat
dan yang berhampiran tahulah sebabnya.Tapi mungkin ada juga yang tak tau.
Baiklah ,saya  akan bagitau sebabnya secara ringkas..

Dulu pasar di pekan Dalat ini bukanlah seperti sekarang.Dulu pasar Dalat hanya terdiri  dari deretan
bangunan kayu sahaja..dan kebanyakan terletak di sepanjang  batang Oya tu di mana
Waterfront dibina sekarang.

Dalam proses pembinaan pasar baru  tu pernah pekerja binaan cuba menebang pokok ara tu
tetapi dikatakan tidak berjaya.Dari cerita yang pernah saya  dengar,ada pekerja yang sakit perut
bila cuba menebang dan ada juga mereka kata 'excavator' (orang tempatan panggil Kato/Piko)
yang digunakan tidak dapat bergerak bila cuba menghampiri dan menebang pokok tersebut.

Maksudnya ada penunggu atau makluk halus yang mendiami pokok tersebut.Itu cerita
saya dengar.Sebab itulah pokok itu kekal di sana...sebab tidak berjaya di tebang.
Kalau nak tahu lebih lagi kena tanya orang tua yang tahu..saya pun dengar dengar saja.
Oklah..saya undur dulu..........

Tuesday, May 1, 2012

Kaul Mukah 2012.(bhg 2).

Tahun ini saya tak ikut sangat program yang berlangsung ketika Pesta Kaul Mukah 2012 ni.
Saya sempat berjalan-jalan di tapak Kaul pada hari perasmian tu  saja..tapi saya pergi selepas
upacara perasmian berlangsung.Bukan apa,malas nak pergi waktu orang terlalu ramai..parking pun susah.

Ok..inilah gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika berjalan jalan tu.
Sekadar berkongsi..tengoklah sapa  yang termasuk dalam gambar tu haha..
Kualiti gambar memang tak bagus sebab saya guna handphone murah je..hehe..
Jommmmm.....





























Pertandingan Mr&Miss Jerd..(Jerd = Kuat)


Makan 'siet'









Itu sajalah gambar yang sempat saya rakamkan..
Mungkin kena beli kamera yang lebih baik lagi nanti hehe..
Ok...nak keluar dulu....