Sunday, November 28, 2010

Andainya aku dapat kembali ke zaman itu...

Hari ni ketika aku duduk termenung sendirian..banyak perkara
yang timbul dalam kepala ku.
Begitu masa yang cepat berlalu membawa segala kenangan pahit
manis pergi bersama.Dan aku bingung sendirian.

Ketika aku termenung aku terpandang sekumpulan kanak kanak bermain dengan riang.
Mereka bermain dengan riang tanpa ada apa yang perlu dirisaukan.
Dan aku mulai berfikir,alangkah indah jika aku dapat kembali ke zaman itu..zaman
kanak kanak ku yang dah lama berlalu.

Aku tak perlu berfikir tentang apa yang yang perlu aku makan..
Tak perlu memikirkan bagaimana aku harus mendapatkan perbelanjaan ..
Dan aku tak perlu berfikir bagaimana ingin menambah pendapatan yang tak pernah cukup..

Segalanya orang tua yang sediakan..mudahnya zaman kanak kanak dulu..
Namun kini zaman itu telah lama berlalu.
Dan aku juga mengerti ,hidup ini bukan semudah yang difikirkan ketika kanak kanak dulu..

Kadang-kadang hidup ini cukup memeningkan kepala...ada saja yang tak kena.
Kadang kadang menyedihkan dan kadang kadang penuh tekanan..
Namun ,apa yang orang nampak bukanlah apa berlaku atau apa yang aku rasakan...
Ada perkara yang lebih baik disimpan jika ia menyakitkan bila diperkatakan..

Sunday, September 5, 2010

Sebersih Manakah Air Minuman Kita..?


Air yang tercemar tidak semestinya kelihatan keruh. Pada hakikatnya,air sejernih kristal dari paip kita mungkin telah dicemari oleh bahan-bahan buangan dari kawasan perumahan,perindustrian dan pertanian.Bahan-bahan pencemar ini berakhir di sungai kita,di mana air diekstrak dan dirawat di loji pemprosesan sebelum disalurkan balik ke rumah kita.

Walaupun air paip telah ditapis dan melalui proses pengklorinan untuk membunuh bakteria dan virus,proses ini tidak menyingkir kebanyakkan bahan kimia sintesis dan bahan pencemar bukan organik termasuk mineral berbahaya seperti nitrat dan nitrit.Pastinya penggunaan jangka panjang air ini berpotensi mengakibatkan bencana.
Sama ada untuk diminum atau untuk kegunaan rumahtangga,air bersih dan sihat merupakan asas kehidupan yang panjang,sihat dan berkualiti.

Dari manakah sumber air paip kita?
Kebanyakkan sumber air kita seperti sungai,tasik,empangan dan mata air telah dicemari oleh bahan-bahan kimia berbahaya.Dari sumber-sumber tadi air ini seterusnya disalurkan ke loji-loji rawatan dan di sini klorin ditambah ke dalam air untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria tetapi ia tidak menyingkirkan semua bahan pencemar.
Seterusnya dari loji-loji tadi air seterusya disalurkan ke rumah kita melalui paip-paip besar yang kemudian akan masuk ke rumah kita melalui paip yang lebih kecil. Walau pun telah melalui proses pengklorinan tetapi air ini masih mengandungi bahan pencemar .Pengklorinan hanya membunuh mikroorganisma dan bakteria tetapi tidak menyingkirkan semua bahan pencemar.

Jenis-jenis bahan pencemar yang biasa dalam air.

Bahan pencemar biologi
Bahan pencemar biologi termasuk "organisma hidup" seperti bakteria, virus, sistas, dll. Mereka bertanggungjawab ke atas kematian berjuta-juta orang setiap tahun.
Menurut Bank Dunia,88% daripada semua penyakit didunia berpunca daripada air minuman yang tidak selamat,sanitasi yang tidak mencukupi serta kebersihan yang tidak cekap.
Setiap tahun,masalah yang berkaitan dengan air bertanggungjawab atas 4 billion kes cirit-birit yang yang menyebabkan kematian terhadap lebih daripada 6 juta orang kanak-kanak. Air yang tidak bersih mengakibatkan 1.5 juta kes hepatitis A (dan 133 juta kes cacing usus) . Laporan CNN,Dis 2007

2. Bahan pencemar organik
Bahan pencemar organik termasuk racun serangga, racun rumpai, racun kulat, farmaseutikal, dll. dan ditemui dalam air di seluruh dunia. Mereka boleh menyebabkan, di antaranya, gangguan sistem endokrin, kanser dan kematian.
Menurut ‘Earth Day Network’ ,1.4 juta penduduk A.S kini secara malarnya meminum air yang dicemari oleh racun rumpai karsinogenik. (Laporan CNN,Dis 2007)
Peningkatan jumlah kematian akibat kanser mungkin sebahagiannya berpunca daripada racun perosak,baja dan sisa perindustrian yang semakin banyak terlepas ke dalam bekalan air kita. (Reader’s Digest)

3. Bahan pencemar bukan organik.
Bahan pencemar bukan organik termasuk pepejal terlarut seperti nitrat, nitrik asbestos, kalsium, magnesium, dll., ditambah dengan logam larut seperti plumbum, arsenik, kadmium, tembaga, dll.
Arsenik adalah beracun kepada semua sel hidup,dan akan menyebabkan kanser paru-paru,hati ,buahpinggang dan pundi kencing yang membawa maut dikalangan manusia. (Persatuan Mikrobiologi Umum,melalui Eurek Alert)
Paras nitrat yang tinggi menyebabkan “sindrom Bayi Biru” yang mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen. (U.S EPA)
Plumbum berbahaya kepada perkembangan otak janin,kanak-kanak dan wanita hamil,manakala menimbulkan masalah buahpinggang & tekanan darah tinggi bagi golongan dewasa. (U.S EPA)

4. Produk sampingan Disinfeksi
Klorin/Produk Sampingan Disinfeksi, juga dikenali sebagai DBP, termasuk Trihalometana dan Bromida. Banyak daripada kompaun ini telah dikenalpasti baru-baru ini dan dianggap sebagai karsinogenik.
Satu kajian terhadap hampir 40,000 bayi membuktikan bahawa bahan kimia yang terbentuk semasa pengklorinan berkait rapat dengan kejadian kecacatan semasa lahir. ( The Daily Mail Online,03/06/2008)
Risiko kanser dikalangan orang yang minum air berklorin adalah 93% lebih tingi daripada golongan yang minum air tanpa klorin. (U.S Council of Environment Quality)

5. Bahan pencemar estetik.
Bahan pencemar estetik ialah jenis yang dianggap tidak mengancam kesihatan, seperti rasa, bau, warna, dll.

Berdasarkan kepada info tersebut ,air yang kita dapat dari paip kita di rumah bukan lagi air yang paling selamat untuk menjadi air minuman kita.Ini adalah disebabkan punca air tersebut kebanyakkan telah dicemari oleh bahan-bahan buangan industri dan termasuk ubat-ubatan yang larut dalam air yang tidak mudah untuk disingkirkan.
Oleh itu kita perlukan sistem penapisan yang mampu menapis bahan pencemaran tersebut kerana semakin lama punca air kita seperti sungai dan tasik akan semakin banyak pencemaran..

Apa yang kita perlukan adalah sebuah sistem penapisan yang boleh menyingkirkan kebanyakan bahan pencemaran yang terlarut dalam air minuman kita.Ramai orang tidak menyedari bahawa mineral yang ada dalam air bukanlah mineral yang baik semata-mata tetapi terkandung juga bahan kimia dan racun yang merbahaya untuk kesihatan.

Jika kita memikirkan bahawa mineral dalam air adalah perlu untuk kesihatan,fikirkanlan tentang bahan pencemaran lain dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan.Lagi pun mineral yang ada dalam air dikatakan bukanlah bersifat organik. Ini bermakna ia perlu digunakan oleh tumbuhan dahulu supaya ia bersesuaian dengan tubuh kita..

Sebenarnya mineral bukan boleh didapati semata-mata dari dalam air minuman kita.
Sekalipun mineral dalam air minuman kita adalah bersifat organik namun kita tidak akan memperolehi mineral yang cukup dengan hanya meminum air.Berdasarkan Jurnal Perubatan Amerika,kandungan mineral seperti kalsium,magnesium,fosforus,besi,natrium dan kalium dalam air mineral adalah jauh lebih rendah daripada yang terdapat dalam nasi putih,pisang,susu dan rumpai laut.

Setakat ini satu sistem yang boleh menapis hampir kesemua bahan pencemaran dalam air minuman kita adalah sistem penapis yang menggunakan sisten 'osmosis berbalik'(reverse osmosis).Sistem ini juga dikatakan telah digunakan di Singapura untuk menghasilkan 'new water' iaitu di mana air terpakai telah diproses untuk diguna semula.

Saturday, August 7, 2010

Tajuk..Apa ya?

Hari ni aku hanya buat kerja kat rumah saja.Selebihnya aku rehat-rehat sambil melayari internet.Memandangkan ada sedikit masa jadi aku cuba-cuba update blog ni.
Cuma ..aku tak tau apa yang nak aku tulis plak..

Mulanya memang ada saja yang terlintas kat fikiran,tapi entah macam mana bila buka blog hilanglah plak idea tu..kacau otak aku ni.
Semalam aku ambil cuti..hari ni memang tak kerja pun,buat kerja sendiri ajalah.

Aku buka facebook..tak tau nak buat apa..ada kawan online tapi biasanya kalau hantar mesej tak berbalas ...baik update blog je hahaha..
Sebenarnya kat padang hospital tempat aku kerja tu ada aktiviti hari ni tapi angin aku tak baik,jadi aku tak dapat menyertai mereka.Lagipun aku rasa letih sebab hari-hari jalan jauh.

Oklah .Cakap banyak pun bosan plak orang baca.Tupun kalau ada orang baca...rasanya aku sendiri dan blog aja hahaha..Sekurangnya dapat juga buang 'tension'.
Dah ada idea update lagi..

Saturday, July 17, 2010

Semua dalam 1..

Salam 1Malaysia..kebelakangan ini aku agak sibuk dan jarang dapat update blog ku yang kucar kacir ni hahaha..maksud aku yang tak punya niche yang tetap.
Kira semua dalam satulah ni.

Piala dunia dah beberapa hari berlalu,nampaknya sotong telah menjadi peneka yang hebat apabila ramalannya tentang juara benar-benar tepat.Nampaknya Sepanyol telah menjadi juara pada piala dunia kali ini.Untuk piala dunia seterusnya kena tunggu 4 tahun lagi.

Untuk penduduk di sekitar Mukah..bolehlah menonton piala MUFA yang beberapa hari ni telah berlangsung di padang mesra Mukah.Aku sendiri belum pernah tengok mana-mana perlawanan tu lagi,limpas je padang tu adalah.Takde masa lah katakan..balik pukul 5.00 pun dah pukul 6.00 lebih sampai rumah.Memandu perlahan je..lebih kurang 80km/jam.

Memandu berulang-alik dari kampung ke tempat kerja membuatkan aku letih sehingga kadang-kadang bila kat rumah tu aku hanya sempat beberapa minit online dengan laptop buruk aku sebelum mengantuk dan tidur.Lagipun beberapa hari ni aku selalu je kena hujan,rasa nak demam.

Minggu ni juga agak malang bagi aku..malam hari Ahad yang lepas aku telah kemalangan motor sewaktu pulang dari pekan..mungkin jalan licin kena hujan menyebabkan tayar motor aku tergelincir bila aku membrek.Lagipun aku sedikit pening bila terjumpa kawan-kawan di pekan yang belanja bir hehe.Nasiblah kemalangan ringan je.

Walau bagaimana pun,keesokkan harinya aku tak dapat turun kerja..kena ambil cuti.
Hari seterusnya aku turun kerja tapi kali ini rantai motor aku pula yang putus tiba-tiba dan terus terpelantig dan hilang.Nasib baik jugalah tak sangkut kat bahagian rim motor aku..kalau tidak mungkin kemalangan lagi.Kali ini kena panggil kawan sekerja untuk tolong angkat ke bengkel pakai Dmax..pasal jauh lagi,takkan nak sorong...

Hari ni dan semalam aku sibuk siapkan bahan untuk buat ceramah atau yang seumpamanya tentang produk kesihatan ..nak bagi penerangan tentang penapis R.O hehe.
Pagi Sabtu minggu depan kena buat ceramah benda lain lagi..upline dah bagi topik.. kat rumah sendiri pula..buat ajalah.Pada petangnya pula kena pergi meeting di mukah..
Macam penuh je masa hujung minggu aku ni..

Ohya,kepada rakan-rakan blogger aku..terima kasih kerana sudi menyelitkan diri anda dalam ruang rakan blogger ku.Kesudian anda menjadi rakan blogger ku amat dihargai..
Oh.o..nampaknya malam dah semakin lewat.Kena tidur dulu..Jumpa lagi.

Monday, June 14, 2010

Demam bola..

Nampaknya demam piala dunia dah merebak.Hampir semua orang bercerita pasal bola..samada tua,muda atau kanak-kanak sekolah.Tak kira jantina,semua minat bola..
Begitulah pengaruh sukan bolasepak dan lebih tepat lagi demam piala dunia yang telah bermula beberapa hari yang lepas.

Setiap orang ada pasukan kegemaran sendiri seperti pasukan Jerman,England,Italy atau Brazil dan lain-lain...dan pastinya ada pemain kegemaran tersendiri pula . Antara pemain yang menjadi pilihan ialah Lionel Messi dan Wayn Rooney..

Tak kira siapa pun pemain pilihan dan pasukan mana pun kegemaran kita.,selamat menonton piala dunia 2010..enjoy.

Thursday, May 27, 2010

Entah apa-apa...

Hah...lama dah rasanya aku tak menconteng kat ruangan blog aku ni.Maklumlah acces internet aku tak semudah masa aku kat tempat kerja aku dulu.Dulu mudah saja dapat online kerana streamyx sentiasa on..wireless plak tu...

Baru je beberapa hari ni aku daftar broadband celcom ....jadi bolehlah aku online bila-bila masa atau bila perlu. Walaupun tak sepantas streamyx oklah juga daripada tiada.Tapi kadang-kadang tu memang sangat teruk sampai tak dapat pakai langsung...

Mmmm...nak cerita apa ya.? Ohya,petang tadi aku pergi Sibu atas urusan kerja..ambil stok ubat dari stor Farmasi sibu untuk hospital Mukah .Jalan yang teruk dari simpang Mukah hingga ke Selangau buat aku sedikit letih walaupun aku duduk je kat sebelah pemandu tu..tambahan pula dari mukah ke rumah aku kena menunggang motor sejauh lebih kurang 60 km lagi.




Minggu lepas pula aku telah menyertai bengkel Bio pure Elken.. Oklah juga,banyak maklumat yang aku dapat..tentang air.,pencemaran dan sistem penapisan..serta kesan kepada kesihatan..
Sebenarnya dah lama aku dengar tentang sistem penapisan air elken dan produk mereka tu tapi baru-baru ni saja aku mendaftar sebagai ahli..




Bukan apa,aku menyertai bengkel tu pun kerana jemputan kawan kerana dia ada membeli tiket lebih sebab orang tu tak jadi pergi. Jadi aku pergi sajalah..Bila dah dengar info tentang produk elken dan kelebihannya aku jadi lebih yakin untuk mencuba produk tersebut dan berkongsi dengan kawan dan sedara mara.

Rasanya pada 26.6.2010 ni ada bengkel elken lagi di Kingwood Mukah...aku mungkin pergi lagi. Siapa nak sertai sama bolehlah jadi ahli..hehe..
Oppps..terlupa plak bulan ni dah nak habis.,tinggal beberapa hari saja lagi.
Kepada yang merayakan Gawai saya ucapkan " Selamat hari Gawai.."dan salam satu malaysia.."

Ok,cukuplah setakat ni..mata pun dah berat ni..jumpa lagi.






Friday, April 2, 2010

Hampir dipatuk ular!

Pagi tadi aku agak terkejut bila aku pergi ke tandas..
Tandas ni jenis tandas kampung...yang terapung kat air tu.
Bila aku keluar dari tandas tiba-tiba aku dikejutkan oleh bunyi 'ssssshhhhh'.

Aku menoleh ke bawah aku ternampak seekor ular tedung dengan
kepalanya yang mengembang.
Aku terkejut tetapi tak bergerak kerana ular tu dekat kaki aku...
Mujurlah ular tu lari sendiri sebelum aku juga lari ke tempat lain.

Sebaik ular tu lari ke dalam tandas,aku pula melompat dan pergi
lebih jauh dari tandas tu.
Dari jauh aku guna air untuk simbah ular tu supaya dia keluar dan
lari dari dalam tandas tu.

Akhirnya aku berjaya menghalau ular tu dari dalam tandas..
Dan..yang penting aku terselamat dari patukan ular tedung tersebut..

Wednesday, February 3, 2010

Dalat

Kali ini aku nak cerita sikit tentang Dalat iaitu sebuah pekan yang berada dalam bahagian Mukah.Dalat terletak kira-kira 40 lebih km dari Bandar Mukah.
Perjalanan dari Mukah ke Dalat mengambil masa kira-kira 20 hingga 40 minit dengan kereta.


Dalat diisytiharkan sebagai sebuah daerah di Bahagian Sibu Pada 2 April 1974 dan pada 1 Mac 2002 pula Mukah telah diisytiharkan sebagai Bahagian ke-10 di Negeri Sarawak. Dengan pengisytiharan ini yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib Mahmud, secara rasminya Daerah Dalat ditadbir oleh Bahagian Mukah.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini Dalat telah mengalami perubahan dari segi pembangunan. Pada awal tahun 2008 yang lalu Taman Poket telah siap dibina dan dibuka kepada kunjungan orang awam.Di tengah-tengah taman ini terletak Jerunai (klideng) yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.









Dalam bulan Oktober 2009 jambatan Dalat telah siap dibina
dan telah mula digunakan.





Jambatan ini digunakan untuk menghubungkan beberapa buah kampung dengan
Pekan dalat iaitu Kampung Brunei ,Kampung Baru Dalat,Kampung sg Kut Tengah dan Kpg Sg kut Muara.

Dari segi kesihatan dan perubatan ,Dalat memiliki sebuah hospital dan sebuah Pejabat Kesihatan.Dari segi keselamatan pula sebuah balai polis telah disediakan untuk kemudahan penduduk di sini.

Antara kemudahan lain yang ada di Dalat ini adalah sekolah-sekolah rendah dan menengah,kompleks sukan dan institusi kewangan .
RHB adalah satu-satunya bank yang ada di Dalat ini.




Selain itu pasarnya telah mengalami perubahan daripada bangunan kayu kepada
bangunanan konkrit seperti sekarang .







Di samping itu ‘waterfront’ juga sedang dibina di tebingan batang oya bertentangan dengan
Kampung Brunei dan Kampung Baru di seberang.
Di sungai ini juga sering diadakan sukan air seperti lumba perahu bermotor dan berkayuh.












Itulah serba sedikit tentang Dalat yang dapat aku kongsikan.
Kalau nak tau lebih lagi kenalah datang ke Dalat .
























































































































Sunday, January 24, 2010

Internet Yang Teruk

Hari ni aku tak pergi kemana-mana. , aku demam. Sakit kepala aku dari semalam lagi. Tambahan pula aku kena format komputer anakbuah aku yang rasanya dah kena virus atau spyware tu. Dah tak dapat nak beroperasi lagi.Jadi terpaksalah aku format semula..

Aku format kepada windows xp..dari sistem operasi yang asalnya iaitu vista.
Cuma yang masalahnya driver cd yang dibekalkan tu dah tak serasi lagi dengan windows xp plak..Memang aku tau juga laptop model ni memang bermasalah dengan drivernya tu…Aspire 4315.

Masalah tu memang aku dah sedia maklum dan aku cuba guna software khas untuk mencari kat internet tu secara automatik..Yang jadi masalahnya pula dan buat aku
bengang tu ialah internet aku ni teruk.

Masa aku perlu internet ni plak dia buat hal..
Tentang lambat tu aku dah biasa sangat,cuma yang buat aku geram tu asyik terputus atau hang saja line internet tu..download dekat nak habis terputus pula..terpaksa mula semula...kena pula download tu ambil masa beberapa jam..hah tensionnya.

Aku tulis ni pun masa offline....
Dah dapat online aku copy/paste dan publish saja..
Line internet yang aku guna ni adalah celcom broadband yang prepaid tu..
pakai hp jadi modem dan kad sim hp aku sekali.

Kalau guna sim dan modem yang dijual kat kedai aku tak pasti pula..
Tapi aku dengar sama macam tu juga..maklumlah prepaid juga.
Lepas ni mungkin aku nak cuba broadband postpaid tu pula.
Ok kah tu..? Cuba dululah,harap lebih baik dan tak putus putus.
Kalau tidak rugi saja bayar kalau teruk juga.

Oklah .Jumpa lagi.Kepada follower aku ,terima kasih banyak-banyak.
Ada masa aku jengok-jengok blog korang..

Monday, January 11, 2010

AKu Kemalangan..

Malang tak berbau..hari ni tadi kami baru terlibat dengan kemalangan kereta tanpa melibatkan kenderaan lain(self accident). Namun syukur jugalah kerana kami tidak mengalami kecederaan teruk..
Kereta yang kami naiki terbalik sekali dan tergelincir di tepi jalan.


Kejadian bermula apabila aku cuba mengelak daripada terlanggar kereta myvi yang sedikit masuk ke lorong jalan sebelah kami berada kerana ada kereta yang parking ditepi jalan tersebut.


Dalam aku cuba mengelak tu,entah macamana sebelah tayar kereta kami tergelincir di tepi jalan dan apabila aku cuba naikkan kereta semula atas jalan aku mulai hilang kawalan stering dan tergelincir semula serta terbalik.
Beginilah keadaan kereta tersebut selepas kemalangan tu..




Oklah setakat ni,esok kena pergi balai polis buat laporan untuk
claim insurans pula. ...Perkara lain kena fikir kemudian,maklumlah aku guna kereta orang..










Sunday, January 3, 2010

Minyak Wangi Tanpa Alkohol..



Baru - baru ini saya terjumpa satu produk minyak wangi semasa melayari internet.
Yang istimewanya tentang minyak wangi ini ialah ramuannya tidak mengandungi alkohol.

Selepas membaca info tentangnya,saya terus memesan satu set untuk di cuba.
Yalah, kalau nak tahu kena cuba dulu.
Saya telah pun mendapatkan produk tersebut seperti gambar di
bawah ini.
Kalau nak tahu...harganya adalah RM60 satu set yang mengandungi 3 botol kecil didalamnya.

Sebenarnya produk ini mempunyai 3 pilihan iaitu :
Set 1: Khas untuk lelaki
Set 2: dan Set 3 : Untuk wanita.

Pastinya yang saya beli tu adalah set 1 iaitu khas untuk lelaki.
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, boleh layari laman web syarikat tersebut:


http://www.ALLSTARPerfumes.com/Likokut09


Selamat mencuba.

Saturday, January 2, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010..

Tak terasa bila tahun telah berubah..Tahun 2009 telah kita tinggalkan dan kini kita berada dalam tahun 2010 pula.Selamat tinggal Tahun 2009 dan selamat Datang Tahun 2010..



Begitu cepat masa berlalu dan pastinya banyak kenangan yang kita tinggalkan bersama
tahun 2009 yang telah kita lalui..Yang pasti tahun baru 2010 yang baru kita lalui akan mengubah sedikit sebanyak kehidupan kita.



Walaupun tahun telah berubah,namun apa yang kita lalui pada tahun lepas
pasti akan kekal dalam memori kita sebagai kenangan ....
atau biarlah apa yang kita telah lalui menjadi pengajaran
dan panduan untuk mencorak kehidupan kita supaya lebih teratur
dan lebih matang dalam membuat keputusan..

Setiap kali tahun berubah..,pasti azam itu yang tak pernah ketinggalan diperkatakan orang..
Setiap orang mempunyai azam sendiri.Walau papapun azam kita,
pasti itu kepada yang lebih baik ..walaupun itu sekadar azam yang tak
pernah tercapai.... Semoga azam kita mampu kita capai di tahun 2010 ini..

Bagi aku sendiri pula...tak terfikir pula nak berazam apa apa untuk tahun ini..
Cuma aku terfikir dengan kehadiran tahun 2010 ini ,
biarlah hari hari yang bakal aku lalui akan lebih bermakna..Semoga apa yang
aku lakukan akan lebih berjaya dan mampu mengubah
hidup kepada yang lebih baik.

"Selamat Menyambut Tahun 2010 kepada semua rakan dan pembaca blog ini..terima kasih.''