Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Sunday, April 8, 2012

Perasmian Gelanggang Futsal Kpg Sg Kut Muara 2012.

Hari ini saya tak pergi mana mana tempat yang jauh...kira-kira pukul 9.00 pagi
dah pergi gelanggang futsal tak jauh dari rumah aku tu.
Bukan apa.,.. hari ini ada pertandingan futsal tertutup di kampung aku ni.
Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Pada hari ini juga sebenarnya adalah hari perasmian
gelanggang futsal tu..yang juga telah lama digunakan oleh belia kampung
bermain walaupun masih berpasir saja atau belum lengkap sepenuhnya lagi.
Dikhabarkan peruntukan untuk membuat gelanggang sedemikain rupa adalah RM54 ribu.

Gelanggang futsal  yang ada sekarang


Hari ini tadi kunjungan YB Hjh Fatimah membawa khabar baik  kepada penduduk
kampung Sg Kut Muara terutama kepada para belia.Sambil menyempurnakan
simbolik perasmian gelanggang futsal tersebut,YB Hjh Fatimah
juga menyampaikan peruntukan tambahan sebanyak RM100 ribu untuk menaiktaraf
gelanggang futsal yang sedia ada.



Ketibaan YB Hjh Fatimah dan rombongan.

YB Hjh Fatimah sedang bersalaman dengan penduduk tempatan
 Di harap gelanggang futsal ini akan dimanfaatkan  dengan sebaik mungkin oleh belia
 kampung ini,lebih-lebih   lagi selepas dinaiktaraf nanti. Semoga dengan adanya
 kemudahan  riadah seumpama ini akan mengurangkan tabiat ‘melepak’ di kalangan
 remaja dan belia kampung dan sekaligus menghindari masalah sosial yang berkaitan



YB Hjh Fatimah sedang menyampaikan ucapan.

          



Sunday, March 18, 2012

Gelanggang futsal Kampung ku...?

Hari ni aku rehat saja di rumah.Cuma waktu petang adalah berjalan keluar sekejap.
Masa  keluar tu aku singah  tengok sekejap belia kampung mula
nak main futsal di gelanggang yang masih pasir saja.Lebih kurang seperti  padang bola pantai saja aku tengok haha.

Bagus jugalah ada disediakan gelanggang futsal ni..Tidaklah juga belia kampung ni lepak tak tentu hala atau tidak juga mereka main di tengah jalan raya seperti dulu.

Cuma yang menyedihkan gelanggang tu yang sepatutnya
 lebih baik lagi....itupun budak-budak tu guna juga untuk main.

Aku tak pastilah berapa tender syarikat buat tu..mungkin duit tak cukup agaknya.
Atau memang projek tu diluluskan   untuk dibuat setakat pasir begitu  saja.Itu aku tak tau..

Cuma aku berharap akan ada peruntukan lanjut untuk menaiktaraf
gelanggang tersebut kepada yang lebih baik.

Akhirnya ,aku harap mereka yang berkenaan ambil tindakan untuk
menambahbaik gelanggang tersebut untuk kebaikan bersama.

Monday, June 14, 2010

Demam bola..

Nampaknya demam piala dunia dah merebak.Hampir semua orang bercerita pasal bola..samada tua,muda atau kanak-kanak sekolah.Tak kira jantina,semua minat bola..
Begitulah pengaruh sukan bolasepak dan lebih tepat lagi demam piala dunia yang telah bermula beberapa hari yang lepas.

Setiap orang ada pasukan kegemaran sendiri seperti pasukan Jerman,England,Italy atau Brazil dan lain-lain...dan pastinya ada pemain kegemaran tersendiri pula . Antara pemain yang menjadi pilihan ialah Lionel Messi dan Wayn Rooney..

Tak kira siapa pun pemain pilihan dan pasukan mana pun kegemaran kita.,selamat menonton piala dunia 2010..enjoy.