dah pergi gelanggang futsal tak jauh dari rumah aku tu.
Bukan apa.,.. hari ini ada pertandingan futsal tertutup di kampung aku ni.
Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Pada hari ini juga sebenarnya adalah hari perasmian
gelanggang futsal tu..yang juga telah lama digunakan oleh belia kampung
bermain walaupun masih berpasir saja atau belum lengkap sepenuhnya lagi.
Dikhabarkan peruntukan untuk membuat gelanggang sedemikain rupa adalah RM54 ribu.
Gelanggang futsal yang ada sekarang |
Hari ini tadi kunjungan YB Hjh Fatimah membawa khabar baik kepada penduduk
kampung Sg Kut Muara terutama kepada para belia.Sambil menyempurnakan
simbolik perasmian gelanggang futsal tersebut,YB Hjh Fatimah
juga menyampaikan peruntukan tambahan sebanyak RM100 ribu untuk menaiktaraf
gelanggang futsal yang sedia ada.
Ketibaan YB Hjh Fatimah dan rombongan. |
YB Hjh Fatimah sedang bersalaman dengan penduduk tempatan |
kampung ini,lebih-lebih lagi selepas dinaiktaraf nanti. Semoga dengan adanya
kemudahan riadah seumpama ini akan mengurangkan tabiat ‘melepak’ di kalangan
remaja dan belia kampung dan sekaligus menghindari masalah sosial yang berkaitan
YB Hjh Fatimah sedang menyampaikan ucapan. |
No comments:
Post a Comment