Rasanya tinggal 2 minggu lagi Pesta Kaul Mukah 2012 akan bermula.
Aktiviti sempena Pesta Kaul tersebut dijadualkan bermula pada
19 April hingga 29 April 2012.
Pada 19 April 2012 ,8.30 am - 10.30 am bertempat di Tapak Kaul Mukah
akan diadakan Pertandingan Mengubah Seraheng.Pada hari seterusnya akan
diadakan upacara Ritual Pesta Kaul mukah 2012 di Tugek,Pantai Kala Dana.
Majlis Perasmian Pesta Kaul Mukah 2012 akan diadakan
pada 21 April dan dijadualkan akan disempurnakan oleh
YAB Ketua Menteri Sarawak.
Pada hari yang sama juga dijadualkan akan diadakan perarakan
'seraheng' dan perarakan seni warisan budaya,Pertandingan bolasepak pantai,
Pertandingan Lagu klasik,Persembahan kebudayaan dan banyak lagi.
Aktiviti yang dijalankan sempena Pesta Kaul Mulah 2012 ini dijadualkan
berlangsung sehingga malam 29 April 2012.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pesta Kaul Mukah dan
aktiviti yang dijalankan silalah berkunjung ke
laman web http://www.kaulmukah.com/
Itu saja yang saya kongsikan.
Semoga mendapat sedikit info daripada
apa yang saya kongsikan . Sama-samalah kita
pergi ke tapak Kaul tu nanti..untuk bersama memeriahkan
lagi suasana pada hari tersebut..jumpa di sana.
hello....nak tanya blh? Apa itu Perarakan Seni Warisan Budaya ek?
ReplyDelete