Saturday, December 17, 2016

Sambutan & perarakan Maulidur Rasul peringkat Dalat 2016.

Nampaknya dah lama tak update blog ni..dah berhabuk agaknya hihi.
Masa begitu cepat berlalu ..dalam kesibukan tugas dan dalam menjalankan rutin seharian
nampaknya kita dah sampai ke penghujung tahun 2016.

Sebelum berakhir tahun ni.,saya kongsikan foto - foto perarakan Maulidur Rasul
peringkat daerah Dalat yang sempat saya rakamkan pada hari tersebut.
Walau pun tak banyak tapi bolehlah untuk dijadikan kenangan untuk mereka yang terlibat.




















Saturday, September 3, 2016

Sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat Mukah.

Pada 27.8.2016 yang lalu Hospital Mukah telah menganjurkan sambutan Hari Kesihatan
Sedunia peringkat Mukah bertempat di Medan Mall Mukah.
Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran berkaitan kesihatan dan perubatan,
kempen derma darah,dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
Baiklah,. untuk seterusnya..biar gambar yang bercerita......























Sunday, April 3, 2016

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN MELANAU DALAT SARAWAK (PMDS)


Dalat :  Sabtu ,2 April 2016 berlangsung mesyuarat agung Persatuan Melanau Dalat
bertempat di dewan utama Stadium Perpaduan Dalat. Majlis perasmian
 mesyuarat tersebut disempurnakan oleh YB Hjh Fatimah Bt Abdullah (ADUN Dalat).







Majlis dimulakan dengan menyanyi lagu Negaraku dan Ibu Pertiwi Ku dan diikuti
bacaan doa oleh KK Sani bin Taip.Seterusnya ucapan aluan daripada YDP PMDS
iaitu En Pon bin Akie.



Selepas itu YB Hjh Fatimah bt Abdullah pula menyampaikan ucapan beliau
 dan seterusnya merasmikan mesyuarat tersebut. Dalam ucapan  beliau ,
YB Hjh Fatimah menekankan betapa pentingnya perpaduan dikalangan ahli
persatuan tanpa mengira agama yang dianuti ahli.

.


Dalam majlis tersebut YB Hjh Fatimah bt Abdullah juga menyampaikan sumbangan
berjumlah RM7 ribu kepada persatuan. Selesai majlis perasmian maka bermulalah
 upacara pembubaran AJK PMDS 2014-2016 dan upacara pemilihan 
AJK untuk sesi 2016-2018.


Inilah senarai nama AJK PMDS baru yang terpilih untuk sesi 2016-2018 .

Penaung         : YB Hjh Fatimah
Penasihat       :  Temenggung Hendi Suhai. 

YDP (pengerusi)       :  En Pon bin Akie
Timb. YDP               : En Moses Dominic Atong
Setiausaha agung      : En Blujab bin Temayuh
Timb. setiausaha       : Pn Maimon Bt Bubat
Bendahari                  : En Philip Linguh
Timb. bendahari         : En Saidin Rahman

AJK (lain)           :   Kr Aini bin Suhaili
                          :   Pn Hadiah Jaraie
                          :   Tuan Hj Kenil Hj Jaraiee
                          :   En Ismail bin Sulaiman
                          :   Lidwina Len
                          :   Pn Mary Balang
                          :   Pn Marina Jana.


Sunday, March 27, 2016

Program Sejiwa Senada Mukah 2016.



Pada 18 - 20 Mac yang yang lalu telah berlangsung program yang diberi nama Sejiwa
Senada bertempat di perkarangan Dataran Pehin Setiaraja Mukah. Program
 tersebut dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak.


Dalam ucapan beliau, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Hj Adenan bin Hj Satem
antara lain mengumumkan calon  BN yang akan
bertanding dalam pilihan raya yang akan datang seperti berikut:
YB Hjh Fatimah akan mewakili DUN Dalat, YB Yussibnos Balo mewakili DUN Tellian
 dan DUN Balingian pula diwakili olen Yakub Arbi.




 Lebih kurang 200 booth yang mengambil bahagian dalam pameran pada 3 hari tersebut.
Peserta yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut adalah dari pelbagai agensi
 Persekutuan,Kerajaan Negeri Sarawak,Swasta,Pihak Berkuasa Tempatan dan Institusi Pendidikan.
Tidak ketinggalan juga turut diadakan gerai - gerai menjual pelbagai makanan dan minuman untuk pengunjung.





Turut diadakan pada program tersebut adalah acara pertunjukan fesyen
anjuran Latip's Collection . Pakaian digayakan oleh model-model tempatan.











Pada hari ketiga yang juga hari penutupan program tersebut diadakan
pertandingan akhir Ratu Sejiwa Senada yang dirasmikan oleh YB Hjh Fatimah bt Abdullah.