Friday, November 27, 2009

Pokok Sagu Dan Proses Membawa dari Kebun Ke Kilang Pemprosesan...






Sebut tentang pokok sagu pasti ramai yang tahu terutama di bahagian Mukah ni.
Tetapi tahukah anda bagaimana pokok sagu atau pokok rumbia itu dibawa dari kebun ke kilang tempat pemprosesan dilakukan.

Di sini aku ingin kongsikan bagaimana cara pokok itu dibawa dari kebun ke sungai sebelum dibawa ke kilang pemprosesan. .
Bagi yang dah biasa dengan kerja ni tahulah tapi mungkin satu kawasan dengan satu kawasan lain berbeza caranya.

Masa aku masih di bangku sekolah rendah dulu caranya adalah berlainan dengan sekarang ni.Prosesnya bermula bila kita kena buat jalan iaitu dengan kayu atau dahan rumbia itu sendiri yang di susun bersambung-sambung 2 hingga 3 baris.

Ini adalah untuk digunakan membawa batang rumbia yang ditebang dan telah dikerat megikut sukatan tertentu ke sungai . Pokok sagu yang hendak ditebang haruslah cukup matang.Setelah pokok itu ditebang proses seterusnya ialah membersihkan batang pohon sagu itu . Proses ini adalah untuk membuang kulit luar yang lembut dan membuang dahan pokok sebelum di sukat kira-kira 3 kaki dan seterusnya di potong.

Setelah pokok tu siap di sukat..tibalah proses memotong pula. Masa dulu orang guna kapak untuk memotong pokok tersebut .Itupun hanya sebahagian pokok sahaja yang dapat dikerat dahulu..setelah siap sebelah bahagian pokok tu,kena terbalikkan pula pokok tadi untuk membersih dan memotong bahagian yang sebelah lagi.

Selepas habis di kerat ,keratan pokok sagu tadi dibuat sedikit lubang pula untuk memudahkan memasang ”patak” (lebihkurang fungsinya macam paku yang dibuat daripada kulit keras pohon sagu sendiri)

Pohon sagu yang siap di potong tadi dibawa ke sungai dengan cara menolak(menggulingkan) dengan tangan mengikut susunan .Selepas selesai semua dibawa ke tepi sungai,proses seterusnya adalah untuk mencantumkan semula pokok tersebut seperti mula sebelum dipotong tadi.Di sini ’patak” tadi digunakan untuk mencantumkan keratan tu semula dengan dahan pokok rumbia itu sendiri. Selepas selesai ia di hanyutkan mengikut arus sungai.Bayangkan kalau sungai tu bengkang-bengkok dan sempit,tambah lagi pokok sagu tadi banyak...letih juga turun naik air untuk lepaskan bahagian yang tersangkut tu.

Tetapi itu dulu..kini manusia semakin bijak dan maju . Orang dah tak lagi gunakan kapak untuk memotong pokok sagu itu tetapi dah menggunakan gergaji berantai(Chain Saw).
Memotong pokok rumbia dah menjadi mudah dan cepat dengan mesin tersebut.Untuk membawa keratan sagu ke sungai juga bukan semata-mata guna tangan sahaja tetapi telah ada alat khas yang di tempat aku dipanggil ’dayung”. Ia adalah sepasang kayu yang di pasang besi bulat pada hujungnya.

Besi ini akan di pasangkan ke setiap hujung keratan rumbia tadi dan ditolak atau ditarik mengikut kesesuaian pengguna.Dengan alat ini keratan pokok sagu tadi boleh di bawa dengan lebih laju.Bukan itu sahaja,ia boleh disambung dengan kayu dan besi lain untuk membawa keratan sagu lebih dari satu kerat sekaligus.Ada juga yang lebih kreatif telah mencipta kereta kayu yang boleh membawa lebih banyak keratan pokok sagu sekaligus tetapi perlu jalan yang lebih baik.

Sampai di pangkalan ,kalau dapat guna lori kena tunggu lori pembeli.
Tetapi jika masih perlu dibawa dengan sungai sebelum dijual..kena kumpul semua keratan pokok sagu tadi tetapi sekarang ini caranya tak perlu ikut turutan. Cukuplah keratan pokok sagu tadi di buat sedikit lubang pada kulitnya untuk memasukkan tali.
Selesai semua dipasang tali..bolehlah ditarik..biasanya dengan enjin sangkut.

Begitulah keadaanya cara tradisional proses pengambilan pokok sagu dulu dan sekarang.
Ternyata sekarang ini proses pengambilan pokok sagu lebih mudah dan cepat..
Itu adalah bagi pekebun kecil-kecilan...pengusaha ladang ada cara tersendiri pula..





3 comments:

  1. boleh x saya nak dapatkan maklumat salah satu kilang pemprosesan sagu di sarawak.. email atau fone numbers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kilang ni tak jauh dari tempat saya..boleh rujuk kat sini..
      http://www.inet.com.my/nsn/

      Delete
  2. saya nak juga, email saya adalah kcoh_80@yahoo.com, terima kasih ya.

    ReplyDelete