Friday, December 13, 2013

Karnival Balau Dalat 2013.


Pada 16 - 18hb Nov yang lalu telah berlangsung Karnival Balau di Dalat.
Antara aktiviti yang diadakan pada Karnival Balau tersebut adalah
pertandingan  Ratu Balau,persembahan bot enjin pam,karaoke lagu
P.Ramlee dan pertandingan Tugau Balau.

Turut diadakan adalah pertandingan gerai komuniti yang dibahagikan kepada beberapa
gerai di bawah penghulu yang bertanggungjawab dan booth pameran dari beberapa agensi kerajaan,persatuan dan juga swasta.Inilah gambar-gambar yang dirakamkan pada karnival tersebut.











Itu adalah gambar sebahagian daripada booth agensi kerajaan , swasta dan persatuan
 yang menyertai pameran pada Karnival Balau 2013 yang lalu.
Gambar yang seterusnya adalah gambar aktiviti yang diadakan pada karnival tersebut.




































Begitulah serba sedikit  gambaran aktiviti pada hari karnival tersebut.

Friday, September 6, 2013

Lori masuk parit..

 Hari ni waktu pergi kerja pagi tadi aku terjumpa sebuah lori yang sarat dengan muatan yang masuk parit.
Agaknya kemalangan awal-awal pagi lagi tu memandangkan
air parit masih keruh .Masa aku sampai sana 
kira-kira jam 7.06 am tu.

Dalam mengejar masa nak pergi kerja sempat juga aku berhenti dan ambil gambar hehe. Lihatlah sendiri gambar keadaan lori tersebut.Gambar yang  aku ambil tu 1 jer.Yang selebihnya
aku ambil dari fb yang diupload oleh kawan kat fb..hihi..






               Kemalangan ini berlaku di kampung Tanam,Dalat.
  Khabarnya pemandu lori tersebut mengantuk dan hilang kawalan.

Friday, August 16, 2013

Buat partition baru dalam Windows 7..

Hari yang lepas saya telah kongsikan  cara tmbah partition baru dan buang partition lama 
dalam windows Xp guna Easeus Partition Master.
Hari ini pula saya akan berkongsi cara tambahkan partition yang ada 
dalam windows 7.



Klik kanan pada my computer dan klik pada 'manage'.



Klik 'disk management'..




Klik kanan pada partition yang hendak dibahagikan supaya dapat menjadi partition yang baru..
saya pilih partition D yang menempatkan fail dokumen.Klik pada 
'shrink volume'..



Klik shrink jika dah berpuashati dengan jumlah
ruang yang dipilih..


Jadi macamni..(unallocated)..



Klik kanan pada 'unallocated' partition..dan klik 'new simple volume'


Klik next....


Klik next..(saya pilih saiz maksimum )


Pilih huruf untuk partition yang anda suka(yang belum diguna).
Klik next.


Klik next


Klik finish...



Selesai.
Dah tambah 1 partition baru.

Wednesday, August 14, 2013

Mengurus partition guna EaseUS Partition Master dalam windows xp..

Kali ini saya nak kongsikan cara padam partition dan buat partition baru dalam windows Xp.Kalau dalam windows 7 tak perlu guna software khas tapi untuk windows Xp kita kena guna software khas.
Di sini saya guna Easeus partition Master versi percuma.

             Buka Easeus partition 
             dan klik pada partition manager...






Klik pada partition yang hendak di padam dan klik 'delete' di bahagian atas tu.(Perlu diingat partition yang anda hendak padamkan bukan yang mengandungi windows yang sedang anda gunakan.Saya padam partition kosong saja tu.)
Lepas tu klik ok pada langkah seterusnya..




Klik pada unallocated partition dan klik create pada bahagian atas tu.
Namakan partition yang anda buat ,pilih drive letter dan nyatakan saiz yang dikehendaki .
Anda pilih jika hendak bahagikan jumlah partition yang belum dibuat(unallocated) atau klik ok 
saja untuk buat partition tanpa bahagikan jumlah partition yang belum dibuat tadi.



   Tutup Easeus partition master dan ikut arahan seterusnya...


  Klik ok.Selesai..Partition berlabel new itulah yang saya baru buat tadi.,anda boleh
namakan partition ikut kehendak anda sendiri.

Friday, August 9, 2013

Bakul mini dari kertas suratkhabar....

Inilah hasil terbaru yang saya buat dari kertas surat khabar.
Entah apa-apa nama yang harus saya berikan  hmmm,saya namakan 'bakul mini serbaguna ' sajalah..
Baiklah ,saya akan tunjukkan dan lihatlah sendiri...takdelah cantik tapi puas hati
kerana dapat buat sesuatu dari surat khabar terbuang.