kali saya cuba tapi tak berjaya.Baru-baru ni saya cuba lagi buat berdasarkan
arahan dari pakar yang saya dapatkan dari internet.Walaupun mulanya tak berjaya
tapi setelah mencuba dengan berbagai cara atau lebih tepat
lagi selepas ubahsuai sedikit langkah tu,akhirnya berjaya juga..hehe..
Di sini saya ingin berkongsi bagaimana saya buat 'bootable usb pendrive' tersebut.
Mula-mula kena download atau dapatkan 'software' berikut : 1.PeToUSB ,2. Bootsect, 3. Usb_prep8
dan letakkan dalam satu folder supaya lebih mudah untuk digunakan dalam proses
dan letakkan dalam satu folder supaya lebih mudah untuk digunakan dalam proses
membuat 'bootable usb pendrive'nanti.Selain tu,kita kena ada pendrive dan cd windows.
Buka folder yang menempatkan software tersebut dan klik pada PeToUsb application.
Window seperti di atas akan keluar.Tandakan 'enable disk format','quick format' dan ' Enable LBA .......klik usb removeable(pastikan destinatian drive btul) dan seterusnya klik Start.
Klik Yes..pada windows seprti di atas..
Klik Yes pada arahan 'You are about to repartition and format a disk..'
Klik Ok. Selesailah proses memformat pendrive tadi.
Jika window ni masih buka.Tutup saja.Maka langkah pertama dah selesai.
Ni masuk langkah ke 2 pula.Guna software yang kedua pula.Bagi saya ,langkah
ke 2 dan yang ke 3 ni agak rumit Tapi saya rasa saya dah gunakan cara yang lebih mudah.
ke 2 dan yang ke 3 ni agak rumit Tapi saya rasa saya dah gunakan cara yang lebih mudah.
Kali ini kena guna comand prompt.(CMD). Kena taip arahan sikit.,di bahagian ini buat saya agak
lama untuk selesaikan kerna semuanya tak jadi walaupun arahan ada.
Walau bagaimana pun akhirnya saya jumpa cara..mungkin lebih mudah dan tak mengelirukan..
Buka cmd ...start,run,(taip 'cmd) klik ok. Ini untuk windowsXp.
Buka folder bootsect ,copy address di atas tu.......
Pada window cmd taip cd ,paste kan address bootsect tadi dan tekan ENTER..
Seterusnya taip bootsect lagi..tekan ENTER..
Di hujung bootsect tadi, jarak..taip /nt52 G:
Seterusnya tekan ENTER. (G itu adalah drive letter untuk usb drive saya,anda letaklah mana-mana
drive letter untuk usb drive anda).
Selesailah sudah untuk langkah ke 2.
Seterusnya kita masuk ke langkah terakhir.Software yang terlibat ialah
usb_prep8.Kita boleh sambung dengan cmd tadi
atau buka cmd baru.(tutup dan buka cmd baru)
Pada comand prompt taip cd ,buka folder usb_prep8..copy dan paste dibelakang
cd tadi..tekan ENTER..seterusnya taip usb_prep8,Tekan ENTER.
Ikut arahan..tekan apa-apa butang pada keyboard...
Sekarang masukkan cd windows ke dalam CD-ROM drive dan ikuti langkah seterusnya.
Taip 1 dan tekan ENTER. Pilih cd windows yang kita masukkan tadi..klik ok.
Taip 2,tekan ENTER. Masukkan mana-mana drive letter yang belum digunakan.Tekan
ENTER.
Taip 3,tekan ENTER. Masukkan drive letter untuk usb drive dimana pendrive anda berada.Tekan ENTER.
Taip 4,tekan ENTER.
Klik Yes.
Taip Y,Tekan ENTER.
Tekan mana-mana kekunci di papan kekunci...
Klik Yes untuk semua...
Sekarang tekan mana-mana kekunci untuk melengkapkan proses.Dah siap 'bootable usb pendrive'
kita.Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment