Sunday, July 12, 2009

Aku dan hidup ku..hanya aku yang tahu apa yang ku rasa....


Minggu ni aku pulang kampung lagi..maklumlah dekat je.Kalau jambatan yang menghubungkan kampung aku dengan pekan dalat ni siap bolehlah aku pulang bila bila masa je..tak perlulah nak bayar tambang perahu dan van ulang alik ke kampung aku.

Semalam dan hari ini aku tak pergi mana-mana.Aku banyak menghabiskan masa ku di rumah saja.. hari Sabtu dan Ahad ni saja hari aku boleh rehat .Hari Isnin hingga Jumaat tu aku kena berulang-alik dari tempat kerja ke rumah.Letihlah juga...

Buat masa ni aku masih menumpang di rumah pakcik ..saudara belah bapa aku..
Tinggal menumpang kat rumah orang ni kadang-kadang sangat tertekan juga.
Bila nak buat apa-apa pun kena berfikir dulu,kalau tuan rumah tak suka tak sedap juga rasa bila kena marah nanti..Rasanya serba salah saja..Bila cara dan citarasa kita tak sama dengan mereka atau tuan rumah kita boleh hadapi tekanan.

Hanya orang yang pernah merasa keadaan ini akan faham..tiada yang lebih baik dari rumah sendiri .Aku ingin menyewa rumah dekat tempat kerja tapi gaji aku tak mengizinkan pula.
Maklumlah sewa saja dah lebih separuh dari gaji aku sebulan..

Sebenarnya kebelakangan ini aku memang rasa tertekan sangat...cuma masa kerja aku rasa bagus sikit .Banyak yang berlaku padaku kebelakangani ini. Bulan lepas aku terpaksa berpisah dengan girlfriend aku..sedihlah juga..minggu dulu aku kena marah tuan rumah tempat aku tinggal tu..katanya aku tak berguna bagi dia..kalau setakat kawan je aku dah keluar dari rumah tu..dan aku akan usahakan..

Memang benar kata orang bila diperlukan kita berguna dan bila tak diperlukan..siapalah kita bagi mereka...Kira-kira 2 tahun dulu aku juga telah difitnah kawan-kawan kat kampung sendiri hingga aku tak suka pulang kampung aku..aku dikatakan mengganggu rumahtangga orang...oh pedihnya..Aku tak pernah buat pun ,cuma aku suka tolong orang masa tu bila ada keramaian..Di situlah aku mula dapat masalah.

Walau pun perkara tu dah berlalu tapi aku tak pernah lupa apa orang buat kat aku..aku pun dah tak peduli sangat tentang keramaian kat kampung aku..Kalau ada keramaian aku tengok je tapi tak kan membantu sangat.Kerana aku tak nak menyusahkan diri ku lagi..bila orang tak senang hati nanti.

Memang begitulah resam hidup..sebaik mana pun kita, pasti ada yang tak senang hati.Apa lagi kalau kita memang teruk .Untuk mengurangkan tekanan ,kebosanan dan apa-apa lagi yang merunsingkan.. aku banyak melayari internet..chating dengan kawan di internet..meluangkan masa kat social network dan membaca blog.

Cuma line broadband yang aku gunakan ni tak bagus..maklumlah aku guna sim kad celcom je..langgan broadband prabayar mingguan saja..tapi ok juga sekadar nak update antivirus dan blog aku ni.

Cukuplah setakat ni dulu..hari-hari akan datang tak tau lagi apa akan berlaku.
Biarlah hari-hari yang lalu terus berlalu dan menjadi kenangan yang mungkin akan terus menghantui masa depan ku..dan aku harap hari-hari yang akan datang akan memberi sinar harapan,lebih menceriakan dan membawa kebahagian dalam hidup selamanya.

No comments:

Post a Comment