Sunday, September 5, 2010

Sebersih Manakah Air Minuman Kita..?


Air yang tercemar tidak semestinya kelihatan keruh. Pada hakikatnya,air sejernih kristal dari paip kita mungkin telah dicemari oleh bahan-bahan buangan dari kawasan perumahan,perindustrian dan pertanian.Bahan-bahan pencemar ini berakhir di sungai kita,di mana air diekstrak dan dirawat di loji pemprosesan sebelum disalurkan balik ke rumah kita.

Walaupun air paip telah ditapis dan melalui proses pengklorinan untuk membunuh bakteria dan virus,proses ini tidak menyingkir kebanyakkan bahan kimia sintesis dan bahan pencemar bukan organik termasuk mineral berbahaya seperti nitrat dan nitrit.Pastinya penggunaan jangka panjang air ini berpotensi mengakibatkan bencana.
Sama ada untuk diminum atau untuk kegunaan rumahtangga,air bersih dan sihat merupakan asas kehidupan yang panjang,sihat dan berkualiti.

Dari manakah sumber air paip kita?
Kebanyakkan sumber air kita seperti sungai,tasik,empangan dan mata air telah dicemari oleh bahan-bahan kimia berbahaya.Dari sumber-sumber tadi air ini seterusnya disalurkan ke loji-loji rawatan dan di sini klorin ditambah ke dalam air untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria tetapi ia tidak menyingkirkan semua bahan pencemar.
Seterusnya dari loji-loji tadi air seterusya disalurkan ke rumah kita melalui paip-paip besar yang kemudian akan masuk ke rumah kita melalui paip yang lebih kecil. Walau pun telah melalui proses pengklorinan tetapi air ini masih mengandungi bahan pencemar .Pengklorinan hanya membunuh mikroorganisma dan bakteria tetapi tidak menyingkirkan semua bahan pencemar.

Jenis-jenis bahan pencemar yang biasa dalam air.

Bahan pencemar biologi
Bahan pencemar biologi termasuk "organisma hidup" seperti bakteria, virus, sistas, dll. Mereka bertanggungjawab ke atas kematian berjuta-juta orang setiap tahun.
Menurut Bank Dunia,88% daripada semua penyakit didunia berpunca daripada air minuman yang tidak selamat,sanitasi yang tidak mencukupi serta kebersihan yang tidak cekap.
Setiap tahun,masalah yang berkaitan dengan air bertanggungjawab atas 4 billion kes cirit-birit yang yang menyebabkan kematian terhadap lebih daripada 6 juta orang kanak-kanak. Air yang tidak bersih mengakibatkan 1.5 juta kes hepatitis A (dan 133 juta kes cacing usus) . Laporan CNN,Dis 2007

2. Bahan pencemar organik
Bahan pencemar organik termasuk racun serangga, racun rumpai, racun kulat, farmaseutikal, dll. dan ditemui dalam air di seluruh dunia. Mereka boleh menyebabkan, di antaranya, gangguan sistem endokrin, kanser dan kematian.
Menurut ‘Earth Day Network’ ,1.4 juta penduduk A.S kini secara malarnya meminum air yang dicemari oleh racun rumpai karsinogenik. (Laporan CNN,Dis 2007)
Peningkatan jumlah kematian akibat kanser mungkin sebahagiannya berpunca daripada racun perosak,baja dan sisa perindustrian yang semakin banyak terlepas ke dalam bekalan air kita. (Reader’s Digest)

3. Bahan pencemar bukan organik.
Bahan pencemar bukan organik termasuk pepejal terlarut seperti nitrat, nitrik asbestos, kalsium, magnesium, dll., ditambah dengan logam larut seperti plumbum, arsenik, kadmium, tembaga, dll.
Arsenik adalah beracun kepada semua sel hidup,dan akan menyebabkan kanser paru-paru,hati ,buahpinggang dan pundi kencing yang membawa maut dikalangan manusia. (Persatuan Mikrobiologi Umum,melalui Eurek Alert)
Paras nitrat yang tinggi menyebabkan “sindrom Bayi Biru” yang mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen. (U.S EPA)
Plumbum berbahaya kepada perkembangan otak janin,kanak-kanak dan wanita hamil,manakala menimbulkan masalah buahpinggang & tekanan darah tinggi bagi golongan dewasa. (U.S EPA)

4. Produk sampingan Disinfeksi
Klorin/Produk Sampingan Disinfeksi, juga dikenali sebagai DBP, termasuk Trihalometana dan Bromida. Banyak daripada kompaun ini telah dikenalpasti baru-baru ini dan dianggap sebagai karsinogenik.
Satu kajian terhadap hampir 40,000 bayi membuktikan bahawa bahan kimia yang terbentuk semasa pengklorinan berkait rapat dengan kejadian kecacatan semasa lahir. ( The Daily Mail Online,03/06/2008)
Risiko kanser dikalangan orang yang minum air berklorin adalah 93% lebih tingi daripada golongan yang minum air tanpa klorin. (U.S Council of Environment Quality)

5. Bahan pencemar estetik.
Bahan pencemar estetik ialah jenis yang dianggap tidak mengancam kesihatan, seperti rasa, bau, warna, dll.

Berdasarkan kepada info tersebut ,air yang kita dapat dari paip kita di rumah bukan lagi air yang paling selamat untuk menjadi air minuman kita.Ini adalah disebabkan punca air tersebut kebanyakkan telah dicemari oleh bahan-bahan buangan industri dan termasuk ubat-ubatan yang larut dalam air yang tidak mudah untuk disingkirkan.
Oleh itu kita perlukan sistem penapisan yang mampu menapis bahan pencemaran tersebut kerana semakin lama punca air kita seperti sungai dan tasik akan semakin banyak pencemaran..

Apa yang kita perlukan adalah sebuah sistem penapisan yang boleh menyingkirkan kebanyakan bahan pencemaran yang terlarut dalam air minuman kita.Ramai orang tidak menyedari bahawa mineral yang ada dalam air bukanlah mineral yang baik semata-mata tetapi terkandung juga bahan kimia dan racun yang merbahaya untuk kesihatan.

Jika kita memikirkan bahawa mineral dalam air adalah perlu untuk kesihatan,fikirkanlan tentang bahan pencemaran lain dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan.Lagi pun mineral yang ada dalam air dikatakan bukanlah bersifat organik. Ini bermakna ia perlu digunakan oleh tumbuhan dahulu supaya ia bersesuaian dengan tubuh kita..

Sebenarnya mineral bukan boleh didapati semata-mata dari dalam air minuman kita.
Sekalipun mineral dalam air minuman kita adalah bersifat organik namun kita tidak akan memperolehi mineral yang cukup dengan hanya meminum air.Berdasarkan Jurnal Perubatan Amerika,kandungan mineral seperti kalsium,magnesium,fosforus,besi,natrium dan kalium dalam air mineral adalah jauh lebih rendah daripada yang terdapat dalam nasi putih,pisang,susu dan rumpai laut.

Setakat ini satu sistem yang boleh menapis hampir kesemua bahan pencemaran dalam air minuman kita adalah sistem penapis yang menggunakan sisten 'osmosis berbalik'(reverse osmosis).Sistem ini juga dikatakan telah digunakan di Singapura untuk menghasilkan 'new water' iaitu di mana air terpakai telah diproses untuk diguna semula.

Saturday, August 7, 2010

Tajuk..Apa ya?

Hari ni aku hanya buat kerja kat rumah saja.Selebihnya aku rehat-rehat sambil melayari internet.Memandangkan ada sedikit masa jadi aku cuba-cuba update blog ni.
Cuma ..aku tak tau apa yang nak aku tulis plak..

Mulanya memang ada saja yang terlintas kat fikiran,tapi entah macam mana bila buka blog hilanglah plak idea tu..kacau otak aku ni.
Semalam aku ambil cuti..hari ni memang tak kerja pun,buat kerja sendiri ajalah.

Aku buka facebook..tak tau nak buat apa..ada kawan online tapi biasanya kalau hantar mesej tak berbalas ...baik update blog je hahaha..
Sebenarnya kat padang hospital tempat aku kerja tu ada aktiviti hari ni tapi angin aku tak baik,jadi aku tak dapat menyertai mereka.Lagipun aku rasa letih sebab hari-hari jalan jauh.

Oklah .Cakap banyak pun bosan plak orang baca.Tupun kalau ada orang baca...rasanya aku sendiri dan blog aja hahaha..Sekurangnya dapat juga buang 'tension'.
Dah ada idea update lagi..

Saturday, July 17, 2010

Semua dalam 1..

Salam 1Malaysia..kebelakangan ini aku agak sibuk dan jarang dapat update blog ku yang kucar kacir ni hahaha..maksud aku yang tak punya niche yang tetap.
Kira semua dalam satulah ni.

Piala dunia dah beberapa hari berlalu,nampaknya sotong telah menjadi peneka yang hebat apabila ramalannya tentang juara benar-benar tepat.Nampaknya Sepanyol telah menjadi juara pada piala dunia kali ini.Untuk piala dunia seterusnya kena tunggu 4 tahun lagi.

Untuk penduduk di sekitar Mukah..bolehlah menonton piala MUFA yang beberapa hari ni telah berlangsung di padang mesra Mukah.Aku sendiri belum pernah tengok mana-mana perlawanan tu lagi,limpas je padang tu adalah.Takde masa lah katakan..balik pukul 5.00 pun dah pukul 6.00 lebih sampai rumah.Memandu perlahan je..lebih kurang 80km/jam.

Memandu berulang-alik dari kampung ke tempat kerja membuatkan aku letih sehingga kadang-kadang bila kat rumah tu aku hanya sempat beberapa minit online dengan laptop buruk aku sebelum mengantuk dan tidur.Lagipun beberapa hari ni aku selalu je kena hujan,rasa nak demam.

Minggu ni juga agak malang bagi aku..malam hari Ahad yang lepas aku telah kemalangan motor sewaktu pulang dari pekan..mungkin jalan licin kena hujan menyebabkan tayar motor aku tergelincir bila aku membrek.Lagipun aku sedikit pening bila terjumpa kawan-kawan di pekan yang belanja bir hehe.Nasiblah kemalangan ringan je.

Walau bagaimana pun,keesokkan harinya aku tak dapat turun kerja..kena ambil cuti.
Hari seterusnya aku turun kerja tapi kali ini rantai motor aku pula yang putus tiba-tiba dan terus terpelantig dan hilang.Nasib baik jugalah tak sangkut kat bahagian rim motor aku..kalau tidak mungkin kemalangan lagi.Kali ini kena panggil kawan sekerja untuk tolong angkat ke bengkel pakai Dmax..pasal jauh lagi,takkan nak sorong...

Hari ni dan semalam aku sibuk siapkan bahan untuk buat ceramah atau yang seumpamanya tentang produk kesihatan ..nak bagi penerangan tentang penapis R.O hehe.
Pagi Sabtu minggu depan kena buat ceramah benda lain lagi..upline dah bagi topik.. kat rumah sendiri pula..buat ajalah.Pada petangnya pula kena pergi meeting di mukah..
Macam penuh je masa hujung minggu aku ni..

Ohya,kepada rakan-rakan blogger aku..terima kasih kerana sudi menyelitkan diri anda dalam ruang rakan blogger ku.Kesudian anda menjadi rakan blogger ku amat dihargai..
Oh.o..nampaknya malam dah semakin lewat.Kena tidur dulu..Jumpa lagi.