Akhirnya tahun 2012 telah berlalu dan kini kita telah berada di tahun 2013.
Sudah semestinya begitu banyak kenangan yang kita tinggalkan bersama tahun 2012
yang baru saja berlalu beberapa hari ini.
Tidak kiralah sama ada kenangan manis atau pun kenangan pahit...
itu semua adalah kenangan yang telah kita tinggalkan. Cuma jika kenangan itu
pahit untuk dikenang,lebih baik lupakan saja dan tak perlu dikenang.
Tetapi jika kenangan yang berlalu itu begitu indah...sudah semestinya
kita berharap masa itu akan berulang semula.
Tetapi memang mustahil untuk kembali ke masa silam dan mengulangi saat
indah tersebut.Cuma yang termampu kita lakukan hanyalah menyimpan kenangan tersebut
dalam lipatan memori.
Dan bagi diriku sendiri,tiada apa yang indah untuk dikenang dan tiada juga yang
pahit untuk dilupakan.Cuma,untuk tahun ini (2013) aku berharap hidup ini akan lebih baik.
Maksud aku...kehidupan yang lengkap..ada keluarga sendiri,ada pendapatan yang cukup dan tiada
hutang sana-sini...dan semestinya bahagia disamping keluarga,...
Akhirnya,kepada semua kawan-kawan ku
,pembaca dan pengikut blog aku ini..selamat menyambut tahun baru 2013.
Suatu catatan tentang perjalanan hidup, pengalaman,perkongsian maklumat,info,cetusan rasa...serta aktiviti harian ku.. dan segalanya sekadar catatan.....
Monday, January 7, 2013
Sunday, November 4, 2012
Hati-hati memandu....utamakan Keselamatan...
Inilah keadaan jalan yang saya lalui setiap hari bila pergi kerja.
Ini disebabkan oleh lori yang melakukan kerja
pengangkutan pasir yang melalui jalan ini.
Jika kegiatan pengangkutan pasir ini berterusan
setiap hari dan tiada tindakan membaikpulih jalan pasti
keadaan jalan akan menjadi lebih teruk.
Keadaan jalan yang rosak begini akan menyukarkan pengguna jalan tersebut. Tambahan pula kerosakan jalan yang berlaku di bahagian selekoh jalan tersebut adalah lebih merbahaya.Ini kerana untuk mengelakkan bahagian jalan yang rosak,pemandu akan mengambil laluan yang bertentangan.Jika tiba-tiba ada kenderaan dari hadapan tanpa disedari pasti berlaku kemalangan.
Diharapkan pihak yang bertanggungjawab akan memberi perhatian dan ambil tindakan
sekurang-kurangnya menampal jalan yang berlubang terutama di simpang berhampiran Jambatan Mat Win
dan kawasan selekoh jalan yang terlibat.
Adalah lebih baik berwaspada daripada mengambil tindakan selepas berlaku kemalangan....
Tambahan pula dalam keadaan musim hujan seperti sekarang akan mempercepatkan
lagi penghakisan jalan yang sedia rosak tersebut..
Kepada pengguna jalan Dalat - Sg Kut Muara, dinasihatkan supaya lebih berhati hati..
dan kepada pihak yang bertanggungjawab sila beri perhatian...

Sunday, September 9, 2012
Selamat Hari Malaysia.....
Diam tak diam dah masuk bulan September rupanya.
Lama juga aku tak update blog aku ni.
Sibuk juga beberapa minggu ni,
macam-macam perkara kena buat.
Tiap hari kerja berulang-alik dari Kpg ke tempat kerja.
Dah sampai rumah petang pula letih..malas nak update pula.
Lagi pun sekarang ni aku sibuk layan trading emas
dari Isnin sampai Jumaat tu hihi..cuba-cuba belajar...
Hujung minggu macam ni baru ada sedikit ruang untuk
update blog aku.Cuma aku tak tau apa harus aku tulis....
Ohya,hari Raya dan hari Kemerdekaan baru saja berlalu..
dan hari Malaysia akan menyusul minggu depan.
Selamat Hari Malaysia..dan salam 1Malaysia untuk semua.
Kekalkan keamanan dan saling menghormati
antara satu sama lain.Selamat hari kekerdekaan untuk semua...

Subscribe to:
Posts (Atom)