Suatu catatan tentang perjalanan hidup, pengalaman,perkongsian maklumat,info,cetusan rasa...serta aktiviti harian ku.. dan segalanya sekadar catatan.....
Sunday, March 9, 2014
Ketam kayu..
Bila selongkar barang-barang dalan stor tu,saya terjumpa benda ni.Kalau tak silap namanya
ketam kayu.Ini adalahh sejenis alat pertukangan yang digunakan oleh orang dulu dulu
tapi sekarang orang dah guna ketam elektrik.
Ketam kayu ni adalah sepenuhnya manual,kena guna tenaga sendiri untuk menggerakkanya
bila melakukan kerja melicinkan papan atau bahagian permukaan kayu yang dikehendaki.
Saya pernah gunakan ketam ini dalam kerja membuat meja tempat letak kipas dan sekarang
ianya disimpan saja.
Sunday, March 2, 2014
Pesta Kaul Kpg Petanak Mukah 2014..
Pada 1hb Mac 2014 yang lalu telah berlangsung Pesta Kaul Kpg Petanak Mukah bertempat
di pantai kuala sg Petanak.Saksikanlah foto-foto yang sempat saya rakamkan
ketika berkunjung ke tapak pesta kaul tersebut..
di pantai kuala sg Petanak.Saksikanlah foto-foto yang sempat saya rakamkan
ketika berkunjung ke tapak pesta kaul tersebut..
Friday, December 13, 2013
Karnival Balau Dalat 2013.
Pada 16 - 18hb Nov yang lalu telah berlangsung Karnival Balau di Dalat.
Antara aktiviti yang diadakan pada Karnival Balau tersebut adalah
pertandingan Ratu Balau,persembahan bot enjin pam,karaoke lagu
P.Ramlee dan pertandingan Tugau Balau.
Turut diadakan adalah pertandingan gerai komuniti yang dibahagikan kepada beberapa
gerai di bawah penghulu yang bertanggungjawab dan booth pameran dari beberapa agensi kerajaan,persatuan dan juga swasta.Inilah gambar-gambar yang dirakamkan pada karnival tersebut.
yang menyertai pameran pada Karnival Balau 2013 yang lalu.
Gambar yang seterusnya adalah gambar aktiviti yang diadakan pada karnival tersebut.
Begitulah serba sedikit gambaran aktiviti pada hari karnival tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
































