Sunday, April 3, 2016

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN MELANAU DALAT SARAWAK (PMDS)


Dalat :  Sabtu ,2 April 2016 berlangsung mesyuarat agung Persatuan Melanau Dalat
bertempat di dewan utama Stadium Perpaduan Dalat. Majlis perasmian
 mesyuarat tersebut disempurnakan oleh YB Hjh Fatimah Bt Abdullah (ADUN Dalat).







Majlis dimulakan dengan menyanyi lagu Negaraku dan Ibu Pertiwi Ku dan diikuti
bacaan doa oleh KK Sani bin Taip.Seterusnya ucapan aluan daripada YDP PMDS
iaitu En Pon bin Akie.



Selepas itu YB Hjh Fatimah bt Abdullah pula menyampaikan ucapan beliau
 dan seterusnya merasmikan mesyuarat tersebut. Dalam ucapan  beliau ,
YB Hjh Fatimah menekankan betapa pentingnya perpaduan dikalangan ahli
persatuan tanpa mengira agama yang dianuti ahli.

.


Dalam majlis tersebut YB Hjh Fatimah bt Abdullah juga menyampaikan sumbangan
berjumlah RM7 ribu kepada persatuan. Selesai majlis perasmian maka bermulalah
 upacara pembubaran AJK PMDS 2014-2016 dan upacara pemilihan 
AJK untuk sesi 2016-2018.


Inilah senarai nama AJK PMDS baru yang terpilih untuk sesi 2016-2018 .

Penaung         : YB Hjh Fatimah
Penasihat       :  Temenggung Hendi Suhai. 

YDP (pengerusi)       :  En Pon bin Akie
Timb. YDP               : En Moses Dominic Atong
Setiausaha agung      : En Blujab bin Temayuh
Timb. setiausaha       : Pn Maimon Bt Bubat
Bendahari                  : En Philip Linguh
Timb. bendahari         : En Saidin Rahman

AJK (lain)           :   Kr Aini bin Suhaili
                          :   Pn Hadiah Jaraie
                          :   Tuan Hj Kenil Hj Jaraiee
                          :   En Ismail bin Sulaiman
                          :   Lidwina Len
                          :   Pn Mary Balang
                          :   Pn Marina Jana.


Sunday, March 27, 2016

Program Sejiwa Senada Mukah 2016.



Pada 18 - 20 Mac yang yang lalu telah berlangsung program yang diberi nama Sejiwa
Senada bertempat di perkarangan Dataran Pehin Setiaraja Mukah. Program
 tersebut dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak.


Dalam ucapan beliau, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Hj Adenan bin Hj Satem
antara lain mengumumkan calon  BN yang akan
bertanding dalam pilihan raya yang akan datang seperti berikut:
YB Hjh Fatimah akan mewakili DUN Dalat, YB Yussibnos Balo mewakili DUN Tellian
 dan DUN Balingian pula diwakili olen Yakub Arbi.




 Lebih kurang 200 booth yang mengambil bahagian dalam pameran pada 3 hari tersebut.
Peserta yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut adalah dari pelbagai agensi
 Persekutuan,Kerajaan Negeri Sarawak,Swasta,Pihak Berkuasa Tempatan dan Institusi Pendidikan.
Tidak ketinggalan juga turut diadakan gerai - gerai menjual pelbagai makanan dan minuman untuk pengunjung.





Turut diadakan pada program tersebut adalah acara pertunjukan fesyen
anjuran Latip's Collection . Pakaian digayakan oleh model-model tempatan.











Pada hari ketiga yang juga hari penutupan program tersebut diadakan
pertandingan akhir Ratu Sejiwa Senada yang dirasmikan oleh YB Hjh Fatimah bt Abdullah.

Wednesday, October 14, 2015

Keladi Bunting.


Hari ni nak cerita pula pasal tumbuhan yang terapung atas air saja tu iaitu keladi bunting..
Memandangkan keladi bunting ni banyak terdapat tepi sungai tempat saya ni tergeraklah hati ni nak buat entri tentang keladi bunting haha..


Keladi bunting atau nama saintifiknya Eichornia Crassipes merupakan sejenis tumbuhan yang hidup subur di permukaan air.Sesetengah orang memanggilnya pokok Kemelin,Orkid air dan Water Hyacinth.

Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Amerika Selatan .Ia berbentuk seakan akan bunga orkid dengan enam kelopak berwarna ungu atau merah jambu keputihan.Keladi bunting kini telah banyak digunakan sebagai tanaman perhiasan dalam pasu atau kolam kecil di halaman rumah.

Selain itu ia juga digunakan dalam kolam ternakan ikan. Dengan kehadiran plankton plankton yang hidup pada akar pokok keladi bunting menjadikan ia sumber makanan bagi ikan-ikan yang dipelihara dalam kolam atau takungan.





Dalam penternakan pula daun  keladi bunting digunakan sebagai makanan lembu dan kambing. Ada juga kajian yang menyatakan bahawa keladi bunting boleh dijadikan sumber bahan mentah untuk membuat kertas cuma hasil kualiti kertasnya kurang baik jika dibandingkan dengan hasil kertas daripada kayu.