Thursday, December 24, 2009

Selamat Hari Krismas...


Hari ini dah 24 Disember..beberapa jam lagi adalah Hari krismas.

Untuk itu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua yang merayakan Hari
Krismas dan sekaligus selamat Menyambut Tahun Baru 2010.

Memandangkan pada musim perayaan begini pasti

jalan raya akan dipenuhi dengan pelbagai kenderaan,oleh itu berhati-hatilah selalu..

Sentiasalah berhati-hati dan AWAS -Anda Waspada Anda Selamat.


Saturday, December 5, 2009

Menyambung paip..














Baru-baru ini aku berjumpa dengan rakan sekerja aku yang dulu ..
Mereka mengajak aku kerja dengan mereka untuk memasang paip di kpg sg Kut tengah.



Memandangkan aku belum ada kerja lagi jadi aku bersetuju untuk kerja dengan mereka..ok juga daripada takde kerja.Nak pergi kerja jauh-jauh pun tak sesuai juga memandangkan dah hujung tahun ni.


Kawan aku tu minta tolong aku mencari pekerja ,mulanya memang ada juga kawan sekampung aku yang sanggup kerja dengan kami dengan gaji RM50 sehari tapi lepas itu tak jadi pula sebab mereka ada kerja lain pula yang perlu dibuat, jadi terpaksalah aku cari orang lain lagi .


Akhirnya kami kerja bertiga sahaja pada hari pertama iaitu termasuk tauke(kawan aku yang ambil kontrak tu). Hari pertama tu dapat pasang 3 batang paip saja.Maklumlah kerja lewat dan tak tau teknik lagi. Tambahan pula terlalu dekat dengan tiang rumah menyebabkan susah nak kerja.


Pada hari kedua kerja kami lebih baik dan lancar..kami telah gunakan wayar keluli menggantikan tali yang kami gunakan sebelumnya.Kami pasang wayar tersebut dihujung paip dan menyambung satu hujung wayar ke 'chain block' yang di sangkut di hujung paip yang sebelah lagi.Kami gunakan chain block tadi untuk menarik masuk dan menyambung paip tersebut.Kerja menjadi lebih mudah walaupun ada masa kena guna tenaga juga.Hari ini dapat seorang pekerja dari orang tempatan .


Pada hari seterusnya kami guna teknik yang sama dan kerja menjadi semakin mudah dan cepat.
Maklumlah dah biasa..Pada hari ke 2 dan hari ke 3 tu kami dapat pasang masing-masing 11 paip.
Hari ni,hujan lebat jadi kami tak dapat buat kerja. Jadi kenalah off.
Selepas 3 hari kerja tu aku sempat ambil sedikit gambar perkembangan kerja yang kami telah buat.





Sebenarnya kami pasang paip sahaja iaitu menyiapkan kerja kontraktor sebelum itu. Bahagian menggali parit untuk menanam paip itu diberi kepada orang tempatan buat dengan cara kontrak iaitu RM3 setiap satu meter.
Kalau tak ada masalah,rasanya 3 minggu dapat siap kerja tu.Kalau boleh.. siap sebelum Krismas.
oklah ..jumpa lagi.






























Friday, November 27, 2009

Pokok Sagu Dan Proses Membawa dari Kebun Ke Kilang Pemprosesan...






Sebut tentang pokok sagu pasti ramai yang tahu terutama di bahagian Mukah ni.
Tetapi tahukah anda bagaimana pokok sagu atau pokok rumbia itu dibawa dari kebun ke kilang tempat pemprosesan dilakukan.

Di sini aku ingin kongsikan bagaimana cara pokok itu dibawa dari kebun ke sungai sebelum dibawa ke kilang pemprosesan. .
Bagi yang dah biasa dengan kerja ni tahulah tapi mungkin satu kawasan dengan satu kawasan lain berbeza caranya.

Masa aku masih di bangku sekolah rendah dulu caranya adalah berlainan dengan sekarang ni.Prosesnya bermula bila kita kena buat jalan iaitu dengan kayu atau dahan rumbia itu sendiri yang di susun bersambung-sambung 2 hingga 3 baris.

Ini adalah untuk digunakan membawa batang rumbia yang ditebang dan telah dikerat megikut sukatan tertentu ke sungai . Pokok sagu yang hendak ditebang haruslah cukup matang.Setelah pokok itu ditebang proses seterusnya ialah membersihkan batang pohon sagu itu . Proses ini adalah untuk membuang kulit luar yang lembut dan membuang dahan pokok sebelum di sukat kira-kira 3 kaki dan seterusnya di potong.

Setelah pokok tu siap di sukat..tibalah proses memotong pula. Masa dulu orang guna kapak untuk memotong pokok tersebut .Itupun hanya sebahagian pokok sahaja yang dapat dikerat dahulu..setelah siap sebelah bahagian pokok tu,kena terbalikkan pula pokok tadi untuk membersih dan memotong bahagian yang sebelah lagi.

Selepas habis di kerat ,keratan pokok sagu tadi dibuat sedikit lubang pula untuk memudahkan memasang ”patak” (lebihkurang fungsinya macam paku yang dibuat daripada kulit keras pohon sagu sendiri)

Pohon sagu yang siap di potong tadi dibawa ke sungai dengan cara menolak(menggulingkan) dengan tangan mengikut susunan .Selepas selesai semua dibawa ke tepi sungai,proses seterusnya adalah untuk mencantumkan semula pokok tersebut seperti mula sebelum dipotong tadi.Di sini ’patak” tadi digunakan untuk mencantumkan keratan tu semula dengan dahan pokok rumbia itu sendiri. Selepas selesai ia di hanyutkan mengikut arus sungai.Bayangkan kalau sungai tu bengkang-bengkok dan sempit,tambah lagi pokok sagu tadi banyak...letih juga turun naik air untuk lepaskan bahagian yang tersangkut tu.

Tetapi itu dulu..kini manusia semakin bijak dan maju . Orang dah tak lagi gunakan kapak untuk memotong pokok sagu itu tetapi dah menggunakan gergaji berantai(Chain Saw).
Memotong pokok rumbia dah menjadi mudah dan cepat dengan mesin tersebut.Untuk membawa keratan sagu ke sungai juga bukan semata-mata guna tangan sahaja tetapi telah ada alat khas yang di tempat aku dipanggil ’dayung”. Ia adalah sepasang kayu yang di pasang besi bulat pada hujungnya.

Besi ini akan di pasangkan ke setiap hujung keratan rumbia tadi dan ditolak atau ditarik mengikut kesesuaian pengguna.Dengan alat ini keratan pokok sagu tadi boleh di bawa dengan lebih laju.Bukan itu sahaja,ia boleh disambung dengan kayu dan besi lain untuk membawa keratan sagu lebih dari satu kerat sekaligus.Ada juga yang lebih kreatif telah mencipta kereta kayu yang boleh membawa lebih banyak keratan pokok sagu sekaligus tetapi perlu jalan yang lebih baik.

Sampai di pangkalan ,kalau dapat guna lori kena tunggu lori pembeli.
Tetapi jika masih perlu dibawa dengan sungai sebelum dijual..kena kumpul semua keratan pokok sagu tadi tetapi sekarang ini caranya tak perlu ikut turutan. Cukuplah keratan pokok sagu tadi di buat sedikit lubang pada kulitnya untuk memasukkan tali.
Selesai semua dipasang tali..bolehlah ditarik..biasanya dengan enjin sangkut.

Begitulah keadaanya cara tradisional proses pengambilan pokok sagu dulu dan sekarang.
Ternyata sekarang ini proses pengambilan pokok sagu lebih mudah dan cepat..
Itu adalah bagi pekebun kecil-kecilan...pengusaha ladang ada cara tersendiri pula..