Sunday, February 24, 2013

Glary Utilities...

Lama juga aku tak update blog ni.Agak sibuk juga kebelakangan ini.Baiklah,untuk kali ini  aku nak share atau berkongsi satu software yang bagi aku agak bagus juga untuk dipasang dalam komputer kita.
Tambahan pula software ni freeware...pakai percuma la tu hehe..


Inilah software tu ..namanya Glary Utilities. Aku nak kongsi dengan orang yang belum pernah
guna software ni,yang dah pakai tu tau lah kan..

Ini butang menu 1click maintenance..peringkat ni
ada Registery cleaner,Temporary file cleaner dan
lain-lain seperti yang terdapat dalam screenshot
tu.











Pada menu Modules ni terdapat
butang Clean up & repair,Optimize & improve,
Privacy & security,Files & folders dan
System tools.









Di bawah cabang Clean up & Repair,Optimize & Improve,Privacy & Security dan System Tools tersebut
terbahagi kepada beberapa fungsi lagi seperti yang terdapat dalam gambar screenshot seterusnya.




Pada bahagian ini kita boleh disable startup yang tidak perlu yang boleh melambatkan komputer
kita untuk start ......











Pada butang ni ada fungsi Track eraser,File shredder,File undelete dan File encrypter & decrypter.








Di bawah butang File & Folders terdapat
fungsi Disk analysis,Duplicate files finder,
Empty folders finder dan File splitter & Joiner.











Di bawah System tools terdapat Process manager,
Internet explorer assistant,System information dan
Windows standard tools.

Dengan system information kita boleh tengok
info tentang komputer kita termasuk key
windows yang dipasang pada komputer kita.







Inilah yang kita nampak bila klik system information
tu.Kalau nak tengok key windows yang di pasang
pada komputer kita kena klik pada
operating system seperti terdapat dalam screenshot
tersebut.




Kalau berminat boleh dapatkan di sini..

Oklah...selamat mencuba.....





Monday, January 7, 2013

Selamat Tahun Baru 2013..

Akhirnya tahun 2012 telah berlalu dan kini kita telah berada di tahun 2013.
Sudah semestinya begitu banyak kenangan yang kita tinggalkan bersama tahun 2012
yang baru saja berlalu beberapa hari ini.

Tidak kiralah sama ada kenangan manis atau pun kenangan pahit...
itu semua adalah kenangan yang telah kita tinggalkan. Cuma jika kenangan itu
pahit untuk dikenang,lebih baik lupakan saja dan tak perlu dikenang.
Tetapi jika kenangan yang berlalu itu begitu indah...sudah semestinya 
kita berharap masa itu akan berulang semula.

Tetapi memang mustahil untuk kembali ke masa silam dan mengulangi saat 
indah tersebut.Cuma yang termampu kita lakukan hanyalah menyimpan kenangan tersebut 
dalam lipatan memori.

Dan bagi diriku sendiri,tiada apa yang indah untuk dikenang dan tiada juga yang
pahit untuk dilupakan.Cuma,untuk tahun ini (2013) aku berharap hidup ini akan lebih baik.
Maksud aku...kehidupan yang lengkap..ada keluarga sendiri,ada pendapatan yang cukup dan tiada
hutang sana-sini...dan semestinya bahagia disamping keluarga,...

Akhirnya,kepada semua kawan-kawan ku
,pembaca dan pengikut blog aku ini..selamat menyambut tahun baru 2013.




Sunday, November 4, 2012

Hati-hati memandu....utamakan Keselamatan...

Inilah keadaan jalan yang saya lalui setiap hari bila pergi kerja. Ini disebabkan oleh lori yang melakukan kerja pengangkutan pasir yang melalui jalan ini. Jika kegiatan pengangkutan pasir ini berterusan setiap hari dan tiada tindakan membaikpulih jalan pasti keadaan jalan akan menjadi lebih teruk.
Keadaan jalan yang rosak begini akan menyukarkan pengguna jalan tersebut. Tambahan pula kerosakan jalan yang berlaku di bahagian selekoh jalan tersebut adalah lebih merbahaya.Ini kerana untuk mengelakkan bahagian jalan yang rosak,pemandu akan mengambil laluan yang bertentangan.Jika tiba-tiba ada kenderaan dari hadapan tanpa disedari pasti berlaku kemalangan.



Diharapkan pihak yang bertanggungjawab akan memberi perhatian dan ambil tindakan
sekurang-kurangnya menampal jalan yang berlubang terutama di simpang berhampiran Jambatan Mat Win
dan kawasan selekoh jalan yang terlibat.


Adalah lebih baik berwaspada daripada mengambil tindakan selepas berlaku kemalangan....
Tambahan pula dalam keadaan musim hujan seperti sekarang akan mempercepatkan
lagi penghakisan jalan yang sedia rosak tersebut..




Kepada pengguna jalan Dalat - Sg Kut Muara, dinasihatkan supaya lebih berhati hati..
dan kepada pihak yang bertanggungjawab sila beri perhatian...