Monday, September 29, 2014

Bengkel Adat Perkahwinan Melanau Dalat.

Pada 24-25hb September yang lalu telah diadakan bengkel adat perkahwinan
Melanau Dalat bertempat di Dewan Masyarakat,Dalat.
Bengkel ini dianjurkan oleh Majlis adat Istiadat
Sarawak dari seksyen Melanau .

Bengkel ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan melengkapkan
 pengetahuan tentang adat perkahwinan Melanau Dalat kepada pelapis
dan ketua - ketua masyarakat  yang berada di sekitar daerah Dalat  .

sesi pendaftaran peserta bengkel.













Kira-kira 140 peserta telah menyertai bengkel tersebut yang diadakan selama 2 hari.
Untuk hari pertama acara bermula seawal pukul 7: 30 pagi untuk pendaftaran
 peserta sehingga jam 9:00 pagi.

 Kira-kira pukul 9:00 pagi acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada
presiden PMDS iaitu En. Pon bin Aki dan diikuti ucapan YBhg Datu Nillie Tangai,
Ketua Majlis Adat Istiadat sarawak yang seterusnya merasmikan
bengkel tersebut. Beliau mewakili YB Hjh Fatimah yang tidak dapat
hadir seperti yang dijadualkan sebelumnya.




























Inilah antara peralatan yang digunakan dalam upacara perkahwinan
 melanau Dalat......termasuk pedang dan perkakas daripada tembaga...















Bila tiba sesi soalan ..lebih 50 soalan telah dikemukakan oleh
peserta(dalam tempoh 2 hari bengkel diadakan) berdasarkan topik yang
berkaitan dan telah dijawab oleh penceramah iaitu En Norbert Lee dari
 Majlis Adat Istiadat Sarawak.
















Pada hari ke 2 kira-kira pukul 12:30 pm, bengkel tamat dan majlis  penutupan
telah disempurnakan oleh YB Yussibnosh Balo,ADUN 51 Balingian dan
 diikuti sesi bergambar beramai-ramai sebagai acara penutup..


Sunday, May 11, 2014

Pesta kaul mukah 2014

Pada 25 hingga 30 April 2014 berlangsungnya Pesta Kaul Mukah 2014.Sempena pesta kaul tersebut telah
diadakan berbagai acara untuk memeriahkan sambutan kaul pada tahun ini.Antaranya
adalah pertandingan Ratu yang diberi nama 'Teluwaih Jinih' yang bermaksud ratu cantik.




Disamping itu juga seperti biasa diadakan gerai-gerai menjual makanan dan minuman.
Tidak ketinggalan juga penyertaan booth atau gerai yang mempamerkan produk,peralatan dan
perkhidmatan.








Dan ini pula adalah salah satu permainan tradisi kaum Melanau dulu..yang diberi nama Tibau


 Yang seterusnya pula adalah foto-foto yang  dirakamkan pada hari perasmian oleh
 Ketua Menteri Sarawak yang baru .YAB Datuk Seri Adnan Satem.













Baiklah, itulah serba sedikit gambaran  sambutan Pesta Kaul Mukah untuk tahun 2014 ini. Jumpa lagi
tahun depan,2015..

Friday, April 18, 2014

Mesyuarat Agung Persatuan Melanau Dalat 2014.

Pada 5 April 2014 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agung Persatuan Melanau Dalat(PMDS)
bertempat di Dewan Masyarakat Dalat. Mesyuarat tersebut dijadualkan akan dirasmikan
oleh YB Abu Seman Jahwie,setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sarawak merangkap
ADUN N38 Jemoreng pada pagi hari tersebut.

Memandangkan pada pagi hari tersebut juga YB Abu Seman menghadiri majlis yang diadakan di Mukah,
mesyuarat tersebut diteruskan tanpa menunggu YB Abu Seman.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu
Negara ku dan Ibu Pertiwi ku dan diikuti dengan bacaan doa selamat oleh Imam Ali Hj Kalong.
Seterusya disusuli ucapan daripada YDP PMDS, Hj Ibrahim Mekir dan ucapan daripada Penolong Pegawai Daerah Jerni bin Hj Rapaie.




Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kursus yang dianjurkan oleh PMDS sebelum ini oleh Penolong Pegawai Daerah Dalat,Jerni Hj Rapaie.



Selepas rehat jam 10.50 pagi majlis diteruskan semula kira-kira jam 11.15 pagi dimulakan dengan persembahan tarian oleh penari dari kampung Tanam Dalat.


Selepas saja selesai  persembahan tarian, majlis diteruskan dengan mesyuarat dan pembubaran 
AJK Persatuan Melanau Dalat 2012-2014 dan memulakan pemilihan AJK PMDS
untuk sesi 2014 - 2016. 


Kira - kira jam 2.20 petang YB Abu Seman tiba untuk bersama menyertai majlis dan seterusya
telah merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Melanau Dalat (PMDS) 2014.
Dalam majlis tersebut YB Abu Seman telah menyumbangkan sejumlah RM3000 untuk
menjalankan aktiviti persatuan. Beliau malah sempat menari poco-poco bersama
ajk persatuan sebelum beredar untuk menghadiri majlis seterusnya di Matu.




Antara AJK baru yang telah dipilih dalam mesyuarat tersebut :  1. YDP /Pengerusi :  En Alphonsus b. Aki 2. Timb. pengerusi : En Zaidi Kassim  3.Setiausaha : En Blujab b. Temayuh.
Majlis selesai kira - kira jam 4.30 petang.