Memandangkan sekarang ni aku ada cuti beberapa hari,jadi aku banyak masa
berada di rumah.Kesempatan ni aku ambil untuk berehat-rehat saja di rumah.
Nak pergi ke pekan pun kedai-kedai tak beroperasi sepenuhnya memandangkan
para pekedai yang kebanyakkan kaum cina ni sedang merayakan
Tahun baru Cina. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun
Baru kepada mereka yang merayakan tahun baru cina.
Hah,.itu intro saja.Sebenarnya banyak perkara yang aku nak lakukan tetapi
semuanya melibatkan internet.Ini yang buat aku tak senang ni,line internet aku ni
sekejap ada sekejap takde.Nak harapkan laju sangat memanglah tak mungkin.
Aku guna broadband pakej RM68 je..pakej lebih tinggi pun tak guna.Tapi bayar yang tak
pernah kurang..line teruk ke tak bayar tetap sama.
Apa taknya ,kat kampung ni setakat dapat guna internet berdasarkan GPRS saja..kalau
ada liputan 3G kan lebih baik.Bilakah agaknya liputan 3G ni sampai kat sini...kat pekan Dalat tu dah ada..tak juga jauh sangat tu.Dalam keadaan ini guna mana-mana
broadband mudahalihpun pun sama..nak guna streamyx takde talian tetap pula..
Pernah beberapa tahun lepas ada syarikat penyedia talian internet wireless yang
dikatakan telah memasang pemancar atau apa saja nama mereka panggil tu kat menara tangki air kampung ni,kawan aku cakap mereka pasang wireless internet macam kat Dalat tu.Tapi malangnya sampai sekarang tiada perkembangan positif.
Kalau tempat tak cukup tinggi..aku rasa menara telco yang digunakan oleh Digi,maxis dan celcom kat tepi jalan tu dah cukup tinggi.
Entahlah..kalau setakat masalah talian telco tertentu senang je,tukar kepada syarikat lain.
Cuma aku berharap ,kepada mereka yang berkenaan...bila mulakan sesuatu projek biarlah sampai hujung..jangan buat separuh jalan..
No comments:
Post a Comment