Sebut tentang kad kredit ni, tiba-tiba aku teringat dengan seorang kawan.
Dulu ketika aku masih belum dapat pekerjaan tetap aku selalu keluar
makan dan minum dengan dia.
Dia ni selalu bercerita tentang kebaikan kad kredit
dan mengajar aku bagaimana nak guna
kad kredit.
Katanya dengan kad kredit boleh pinjam duit dan tidak seperti pinjam
dengan kawan atau saudara yang selalu tanya bila kita nak bayar ..
Memanglah ada betulnya juga,..kad kredit dia
pula bukan satu..tapi lebih iaitu dalam 3 atau 4 macamtu..
Katanya lagi..kita kena pandai ..pinjam dengan kad kredit yang satu dan bayar
untuk kad kredit yang lain.Begitulah selalunya dia buat..
Memang betul dia boleh buat begitu..
Namun bagi aku buat begitu akan menyusahkan akhirnya..
dan ternyata apa yang aku fikirkan ada betulnya.
Sekarang dia dah tak ada kerja lain ...asyik bayar kad kredit saja..
Pinjam dari bank lain dan bayar kepada bank lain..
Huh...bila nak habis kalau asyik pinjam dan bayar saja..
Kalau berkurang tak apalah juga ..tapi
dia ni macam tak habis-habis lagi bayar..
akhirnya..aku juga yang kena pinjamkan duit..
Kepada sesiapa yang seronok guna kad kredit tu..hati-hatilah ya..
Dengan kad kredit memang memudahkan banyak perkara..
Tetapi kena guna dengan bijak..
Jangan guna habis semua limit untuk semua kad tersebut..
Bagi ku jika ingin meminjam duit atau berhutang
guna kad kredit biarlah ada pulangan..
contohnya..pinjam buat modal berniaga..
bila ada keuntungan dapatlah digunakan
untuk membayar balik.
Itu pandangan aku saja...lain orang lain
pendapat..Cukuplah..Sekadar renungan
semata mata...dan sekadar sebuah catatan
bagi diri ku...
No comments:
Post a Comment