Friday, November 27, 2009

Pokok Sagu Dan Proses Membawa dari Kebun Ke Kilang Pemprosesan...






Sebut tentang pokok sagu pasti ramai yang tahu terutama di bahagian Mukah ni.
Tetapi tahukah anda bagaimana pokok sagu atau pokok rumbia itu dibawa dari kebun ke kilang tempat pemprosesan dilakukan.

Di sini aku ingin kongsikan bagaimana cara pokok itu dibawa dari kebun ke sungai sebelum dibawa ke kilang pemprosesan. .
Bagi yang dah biasa dengan kerja ni tahulah tapi mungkin satu kawasan dengan satu kawasan lain berbeza caranya.

Masa aku masih di bangku sekolah rendah dulu caranya adalah berlainan dengan sekarang ni.Prosesnya bermula bila kita kena buat jalan iaitu dengan kayu atau dahan rumbia itu sendiri yang di susun bersambung-sambung 2 hingga 3 baris.

Ini adalah untuk digunakan membawa batang rumbia yang ditebang dan telah dikerat megikut sukatan tertentu ke sungai . Pokok sagu yang hendak ditebang haruslah cukup matang.Setelah pokok itu ditebang proses seterusnya ialah membersihkan batang pohon sagu itu . Proses ini adalah untuk membuang kulit luar yang lembut dan membuang dahan pokok sebelum di sukat kira-kira 3 kaki dan seterusnya di potong.

Setelah pokok tu siap di sukat..tibalah proses memotong pula. Masa dulu orang guna kapak untuk memotong pokok tersebut .Itupun hanya sebahagian pokok sahaja yang dapat dikerat dahulu..setelah siap sebelah bahagian pokok tu,kena terbalikkan pula pokok tadi untuk membersih dan memotong bahagian yang sebelah lagi.

Selepas habis di kerat ,keratan pokok sagu tadi dibuat sedikit lubang pula untuk memudahkan memasang ”patak” (lebihkurang fungsinya macam paku yang dibuat daripada kulit keras pohon sagu sendiri)

Pohon sagu yang siap di potong tadi dibawa ke sungai dengan cara menolak(menggulingkan) dengan tangan mengikut susunan .Selepas selesai semua dibawa ke tepi sungai,proses seterusnya adalah untuk mencantumkan semula pokok tersebut seperti mula sebelum dipotong tadi.Di sini ’patak” tadi digunakan untuk mencantumkan keratan tu semula dengan dahan pokok rumbia itu sendiri. Selepas selesai ia di hanyutkan mengikut arus sungai.Bayangkan kalau sungai tu bengkang-bengkok dan sempit,tambah lagi pokok sagu tadi banyak...letih juga turun naik air untuk lepaskan bahagian yang tersangkut tu.

Tetapi itu dulu..kini manusia semakin bijak dan maju . Orang dah tak lagi gunakan kapak untuk memotong pokok sagu itu tetapi dah menggunakan gergaji berantai(Chain Saw).
Memotong pokok rumbia dah menjadi mudah dan cepat dengan mesin tersebut.Untuk membawa keratan sagu ke sungai juga bukan semata-mata guna tangan sahaja tetapi telah ada alat khas yang di tempat aku dipanggil ’dayung”. Ia adalah sepasang kayu yang di pasang besi bulat pada hujungnya.

Besi ini akan di pasangkan ke setiap hujung keratan rumbia tadi dan ditolak atau ditarik mengikut kesesuaian pengguna.Dengan alat ini keratan pokok sagu tadi boleh di bawa dengan lebih laju.Bukan itu sahaja,ia boleh disambung dengan kayu dan besi lain untuk membawa keratan sagu lebih dari satu kerat sekaligus.Ada juga yang lebih kreatif telah mencipta kereta kayu yang boleh membawa lebih banyak keratan pokok sagu sekaligus tetapi perlu jalan yang lebih baik.

Sampai di pangkalan ,kalau dapat guna lori kena tunggu lori pembeli.
Tetapi jika masih perlu dibawa dengan sungai sebelum dijual..kena kumpul semua keratan pokok sagu tadi tetapi sekarang ini caranya tak perlu ikut turutan. Cukuplah keratan pokok sagu tadi di buat sedikit lubang pada kulitnya untuk memasukkan tali.
Selesai semua dipasang tali..bolehlah ditarik..biasanya dengan enjin sangkut.

Begitulah keadaanya cara tradisional proses pengambilan pokok sagu dulu dan sekarang.
Ternyata sekarang ini proses pengambilan pokok sagu lebih mudah dan cepat..
Itu adalah bagi pekebun kecil-kecilan...pengusaha ladang ada cara tersendiri pula..





Thursday, November 19, 2009

Laptop aku...




Sejak aku diberhentikan kerja kerana tiada peruntukan hampir 2 bulan lepas,
aku dah tak sibuk sangat.Maklumlah kat kampung .Terlalu banyak masa
yang terluang dan kebanyakkan masa aku gunakan bermain-main dengan laptop aku ni.

Mujur juga ada laptop 2nd hand ni yang aku beli daripada ipar aku dulu..kira-kira 3 tahun lepas. Walaupun model lama tapi masih ok lagi sebab aku jaga dengan baik.Cuma bahagian luarnya ada retak sedikit..Masa tu aku tau sedikit je tentang komputer tu...

Sekurangnya laptop inilah yang banyak berguna kepada aku..aku telah gunakannya masa kerja dan di rumah...dengan adanya komputer ni taklah juga aku bosan sangat.
Lagipun dengan adanya komputer sendiri ni dapatlah aku mempelajari lebih banyak tentang komputer dan IT.

Kata orang try n error lah tu...tapi aku bukan buat sembarangan tu..
Adalah juga bertanya dan mendapat tunjuk ajar daripada orang yang lebih tau tentang komputer ni.Terima kasih kepada mereka yang telah memberi tunjuk ajar .....

Setakat ni oklah juga,dah mampu nak reformat komputer sendiri dan maintenance..
Selain tu aku tambah pengetahuan aku tentang IT ni dengan membaca hasil tulisan pakar komputer kat internet tu dan ada juga membeli ebook dari mereka…

Cukuplah untuk kali ini…jumpa lagi..

Sunday, November 1, 2009

Jambatan Dalat..


Permukaan jambatan yang bertar...

Akhirnya Jambatan Dalat yang menghubungkan beberapa buah kampung,termasuk kampung aku dengan pekan Dalat telah
siap dan telah digunakan kira-kira sebulan yang lalu..



Jambatan Dalat ketika dalam pembinaan..

Sebelum ini ,penduduk kampung menggunakan jalan air iaitu melalui sungai untuk ke Pekan Dalat. Selepas jalan Sg Kut ke Kpg Brunei siap dibina,penggunaan jalan air telah berkurangan kerana
kebanyakan penduduk kampung yang berdekatan telah mula
menggunakan jalan tersebut .





Jambatan ketika dalam proses pembinaan..
Cuma yang menjadi masalah pula ialah untuk menyeberang Batang Oya dari kampung Brunei ke pasar Dalat di seberang kampung tersebut.

Lantaran itu beberapa penduduk tempatan telah mengambil kesempatan dengan menyediakan perahu tambang untuk orang yang hendak ke seberang.


Batang oya... kampung Brunei ,Dalat.

Sebuah feri kayu juga telah dibina untuk membawa kenderaan seperti kereta dan motosikal untuk menyeberang sungai tersebut.Sebelum itu mereka telah gunakan feri tersebut di tapak Jambatan Dalat sekarang.

Namun itu dulu,sekarang dengan siapnya Jambatan Dalat telah membolehkan penduduk kampung terus menggunakan kenderaan ke seberang tanpa perlu menunggu feri atau meninggalkan kenderaan dan meneruskan perjalanan ke seberang dengan perahu tambang pula.

Dengan siapnya jambatan tersebut juga bermakna berkuranganlah juga pendapatan pengusaha perahu tambang.
Ini kerana hampir semua van pengangkut penumpang terus ke seberang tanpa melalui kampung Brunei di mana perahu penambang menyediakan perkhidmatan.

Cuma yang ada penumpang tempatan sahajalah..
Tapi ok jugalah tu kan daripada takde langsung..