Friday, May 22, 2009

DUIT......

Akhir-akhir ni kepala aku agak pening bila memikirkan duit gaji asyik tak sampai hujung bulan, malah dah kering tak sampai 2 minggu plak .Nak buat macam mana kalau gaji memang tak cukup.Cuma bila ada ada kerja luar (traveling) baru ada sedikit bertambah pendapatan tu. Itu pun jika ada duit peruntukan ,kalau tak ada duit peruntukan tak dapatlah nak pergi traveling dan bergantung kepada ketua yang bertanggungjawab mengatur program kerja tu juga.

Tambahan pula dalam keadaan ekonomi sekarang, cari kerja lain yang bergaji lebih baik bukanlah begitu mudah.Lagipun kena ada sijil atau kemahiran yang cukup untuk sesuatu bidang kerja yang dipilih.

Bila mencari pekerjaan kita kena memikirkan gaji kerana siapakah yang akan bekerja tanpa gaji.
Memang ada orang yang mahu kerja tanpa gaji tetapi sekejap je..seperti membantu keluarga untuk beberapa hari. Yang penting kita mesti ada sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan seharian kita.

Lebih tepat lagi, kita perlu duit atau wang untuk meneruskan aktiviti harian kita.
Kita perlu makan untuk hidup tetapi bukan hidup untuk makan!
Untuk membeli makanan kita kena ada wang ...bahkan masuk tandas awam pun kena ada wang(siling).

Begitu banyak perkara yang memerlukan wang pada masa kini .......elektrik,air,minyak ,kredit telefon bimbit dan macam-macam lagi (bergantung kepada keperluan seseorang individu itu sendiri).
Kalau kita kembali ke zaman 30 tahun dulu nilai wang adalah agak besar..30 sen tu dapat beli beras kalau aku tak silap (cerita nenek aku dulu.)

Kalau sekarang 30 sen tu sekadar cukup untuk beli gula-gula atau pakai masuk tandas awam je.
Nak buat macam mana,zaman dah berubah. Kita kenalah ikut bersama dengan perubahan zaman .Yang tidak akan berubah ialah duit itu sendiri. Walaupun nilainya turun atau naik,kegunaannya adalah tetap sama iatu sebagai bahan pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barang lain.Kalau dulu orang guna sistem “barter” barang tukar dengan barang yang lain tapi sekarang kena guna wang.

Begitulah peranan wang kepada kita dan pengaruhnaya begitu kuat dalam kehidupan kita.
Bila poket kering,mulalah rasa tak menentu. Nak beli minyak kereta,nak beli kredit telefon bimbit ,nak bayar bil elektrik dan macam-macam lagilah.Pening dibuatnya.

Lebih teruk lagi ,ada yang sanggup buat kerja yang menyusahkan orang lain semata-mata untuk mendapat wang ini.Contohnya seperti kejadian ragut yang berlaku ke atas perempuan mengandung baru-baru ini yang kita lihat di kaca tv tu.

Cukuplah setakat ini,hindarkan daripada buat kerja yang yang menyusahkan orang lain ,diri sendiri serta keluarga kita kerana semata-mata untuk mendapatkan wang .
Fikirkan cara yang lebih baik.Mungkin buat bisnes yang tidak menyalahi undang-undang.........

No comments:

Post a Comment