Friday, May 29, 2009

Perjalanan Ke Baoh..









Pada 25/5/2009 hingga 28/5/2009 yang lalu kami telah membuat perjalanan kerja ke ulu batang oya iatu ke beberapa buah rumahpanjang di sekitar kawasan baoh..

Aku tak berapa pasti nama kawasan tersebut tetapi dapat ingat nama beberapa buah rumah panjang tersebut iaitu rumah Lanyit,Rh Langit dan Rh Chabo. Yang selebihnya aku tak ingat,maklumlah baru juga menjejak kaki ke rumah- rumah tersebut.


Rh. Chabo merupakan rumah terpanjang yang aku tau kat situ iaitu menghampiri 40 pintu.
Aku pergi bersama 4 lagi rakan dari jabatan yang sama bagi membuat semburan racun nyamuk (semburan biasa).Semburan ini menggunakan racun khas yang digunakan untuk mengawal penyakit malaria dan sekaligus membunuh nyamuk yang hinggap didinding rumah yang kita sembur.Racun ini boleh tahan sehingga 6 bulan selepas disembur.

Sambil membuat semburan tu kami juga mengambil data tentang penduduk di rumah yang dilawati untuk rujukan bila diperlukan nanti.Selain itu kami juga membuat lawatan ke sekolah rendah yang ada di kawasan tersebut.Di sekolah tu kami memeriksa kebersihan kawasan sekolah dan dewan makan dan lain-lain yang berkaitan.Sebenarnya kawan aku yang buat ni,aku tengok je sebab aku buat tugas lain...pandu bot..

Kami berada di sana selama 3 hari 3 malam dan pulang ke Pekan Dalat pada hari ke 4 tu.
Sepanjang berada di sana kami tinggal di Rh. Langit (Gambar atas tu).
Selepas menghabiskan semua kerja , kami pulang pada 28 hb tu.Tetapi dalam perjalanan pulang tu sempat pula kami singgah di tepi sungai/batang oya tu untuk memancing..dapat jugalah beberapa ekor untuk dibawa pulang.


Setakat ni je dulu..tak banyak gambar yang dapat aku rakamkan kerana hanphone aku kehabisan bateri..













Friday, May 22, 2009

DUIT......

Akhir-akhir ni kepala aku agak pening bila memikirkan duit gaji asyik tak sampai hujung bulan, malah dah kering tak sampai 2 minggu plak .Nak buat macam mana kalau gaji memang tak cukup.Cuma bila ada ada kerja luar (traveling) baru ada sedikit bertambah pendapatan tu. Itu pun jika ada duit peruntukan ,kalau tak ada duit peruntukan tak dapatlah nak pergi traveling dan bergantung kepada ketua yang bertanggungjawab mengatur program kerja tu juga.

Tambahan pula dalam keadaan ekonomi sekarang, cari kerja lain yang bergaji lebih baik bukanlah begitu mudah.Lagipun kena ada sijil atau kemahiran yang cukup untuk sesuatu bidang kerja yang dipilih.

Bila mencari pekerjaan kita kena memikirkan gaji kerana siapakah yang akan bekerja tanpa gaji.
Memang ada orang yang mahu kerja tanpa gaji tetapi sekejap je..seperti membantu keluarga untuk beberapa hari. Yang penting kita mesti ada sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan seharian kita.

Lebih tepat lagi, kita perlu duit atau wang untuk meneruskan aktiviti harian kita.
Kita perlu makan untuk hidup tetapi bukan hidup untuk makan!
Untuk membeli makanan kita kena ada wang ...bahkan masuk tandas awam pun kena ada wang(siling).

Begitu banyak perkara yang memerlukan wang pada masa kini .......elektrik,air,minyak ,kredit telefon bimbit dan macam-macam lagi (bergantung kepada keperluan seseorang individu itu sendiri).
Kalau kita kembali ke zaman 30 tahun dulu nilai wang adalah agak besar..30 sen tu dapat beli beras kalau aku tak silap (cerita nenek aku dulu.)

Kalau sekarang 30 sen tu sekadar cukup untuk beli gula-gula atau pakai masuk tandas awam je.
Nak buat macam mana,zaman dah berubah. Kita kenalah ikut bersama dengan perubahan zaman .Yang tidak akan berubah ialah duit itu sendiri. Walaupun nilainya turun atau naik,kegunaannya adalah tetap sama iatu sebagai bahan pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barang lain.Kalau dulu orang guna sistem “barter” barang tukar dengan barang yang lain tapi sekarang kena guna wang.

Begitulah peranan wang kepada kita dan pengaruhnaya begitu kuat dalam kehidupan kita.
Bila poket kering,mulalah rasa tak menentu. Nak beli minyak kereta,nak beli kredit telefon bimbit ,nak bayar bil elektrik dan macam-macam lagilah.Pening dibuatnya.

Lebih teruk lagi ,ada yang sanggup buat kerja yang menyusahkan orang lain semata-mata untuk mendapat wang ini.Contohnya seperti kejadian ragut yang berlaku ke atas perempuan mengandung baru-baru ini yang kita lihat di kaca tv tu.

Cukuplah setakat ini,hindarkan daripada buat kerja yang yang menyusahkan orang lain ,diri sendiri serta keluarga kita kerana semata-mata untuk mendapatkan wang .
Fikirkan cara yang lebih baik.Mungkin buat bisnes yang tidak menyalahi undang-undang.........

Thursday, May 21, 2009

Banjir Di Dalat.

Pada awal tahun 2009 yang lepas,Dalat telah dilanda banjir iaitu antara bulan Januari dan Februari yang lalu.Tempat kediaman kami juga telah ditenggelami air.Ini disebabkan kami tinggal ditingkat paling bawah daripada 3 tingkat bangunan tersebut.

Saya sempat mengambil gambar masa banjir tersebut sebagai kenangan.Gambar tersebut diambil pada 12 Jan dan 29 Jan yang lepas sebelum saya pulang ke kampung.Kami dilanda banjir 2 kali dalam bulan tersebut.Di bawah ini adalah beberapa gambar yang saya rakamkan.


Ini jalan di kampung Brunei iaitu jalan yang menghubungkan beberapa kampung termasuk kampung saya dengan Pekan Dalat.



Tempat letak kereta awam .


Tempat letak kereta depan tempat kediaman kami yang ditenggelami air.


Pejabat Daerah Dalat.



Aku tinggal di sini.....

Keadaan Dalam Rumah...


Jalan Ke SMK Dalat dan Balai Polis....


Ni motor aku ..terpaksa letak dalam rumah....
Itulah sebahagian daripada gambar yang aku rakamkan masa banjir dulu......